Kongsi
SCL Asia Strongest Man 2017
Maaf lambat kemaskini aktiviti kami. Pada 26 dan 27 Ogos 2017, Saya dan Arif Khalil telah bertanding di SCL Strongest Man di Dehradun, India. Ia merupakan satu pengalaman menarik bertanding menggunakan peraturan berlainan, berlawan pada sesi petang dan malam. Saya cuma dapat tempat kelima. Kali ini rasa macam agak teruk di mana berlaku sedikit kecederaan pada rutin pertama iaitu log press.
Rutin kategori bawah 105 kilogram iaitu kategori saya adalah log press 120g, farmer walk 120kg, yoke walk 310kg, front hold 20kg dan deadlift 300kg. Arif Khalil berjaya dapat tempat ke 3.
SCL Asia Strongest Man 2017
Bawah 90kg
1. Bradlay Soper – Australia
2. Kreson Pillay – South Africa
3. Arif Khalil – Malaysia
4. Nugongid Buranasate – Thailand
5. Deepak Yadav – India
Bawah 105kg
1. Akbar Taleshi- Iran
2. Majid Abbasi – Iran
3. Mizuki Toyota – Japan
4. Sant Bahadur Thapa – India
5. Ahmad Zaki – Malaysia
Terbuka
1. Mohammad Manavi – Iran
2. Willam Egan – UK
3. Parvizi Ali – Iran
4. Bikram Singh -India
5. Yoni Laytayzen – Israel
Nota: Saya cuba masukkan video ke dalam youtube secepat mungkin nanti.