Sebu

Sebu? Ramai daripada kita apabila berlatih dan makan menghasilkan saiz yang sebu. Apa sebabnya? Majoriti mungkin disebabkan pengambilan steroid yang mana menyebabkan retansi air. Anda pengguna steroid? Tolak tepi dulu penyebabnya. :D. Bagaimana mengurangkan atau mengatasi masalah badan sebu ini?

Kursus Kecergasan 2024Kurangkan Sodium

Garam sodium biasa dikaitkan dengan kesebuan. Pendek kata menampakkan kulit tebal. Melindungi otot-otot yang sepatutnya kelihatan. Kebanyakan makanan segera, makanan dalam tin mengandungi sodium yang tinggi. Kurangkan perasa, rempah dan garam dalam masakan. Minum air 6 hingga 8 liter sehari. Terdapat beberapa makanan yang membantu melawan masalah sebu ini termasuk salari, asparagus dan timun.

Rendahkan Kortisol

Kortisol meningkat disebabkan tekanan. Peningkatan kortisol mungkin berlaku apabila berlebihan bersenam, apabila melakukan latihan kardio secara berlebihan, apabila melakukan senaman high intensity interval training atau HIIT dan apabila kemasukan kalori terlalu rendah. Peningkatan kortisol mengganggu aldosteron iaitu hormon yang mengawal keseimbangan air di dalam badan.

Pengambilan Serat

Pengambilan serat samada rendah atau tinggi boleh menyebabkan retansi air. Ubah kuantiti serat dalam diet anda sesuai dengan badan anda. Setiap orang berlainan jumlah keperluannya.

Karbohidrat

Pastikan pengambilan karbohidrat yang mencukupi selepas latihan untuk menggantikan glikogen otot yang kurang. 1 karbohidrat mengikat 1 air. Kedua-dua masuk ke dalam otot dengan bantuan potassium. Makanan tinggi potassium termasuk pisang dan saleri.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

20 thoughts on “Sebu

  1. macamna pula dengan makanan yang ditambah minyak?contoh kentang goreng dan burger…ada unsur minyak…adakah ia juga punca sebu dan secara peribadi,,adakah daging burger itu mempunyai protein yang boleh membantu dalam pertumbuhan otot?setakat yang saya tahu daging burger ada lemak dan daging merah,,,

    1. sebu yg dibincangkan disini, sebu air. kalau makanan berminyak, dah masuk kategori lemak. daging burger, majoriti fat. walaupun tulis low fat. kalau boleh elakkan. elakkan burger, fries dan lain2 yg sewaktu dgnnya. ada org bdnnya mungkin terima, tp majoriti org x terima.

  2. ceria btul blog baru nie…hehehe best bace….

  3. ingin tahu says:

    Saya nak tahu, tp tidak mengenai topik ni
    apa perbezaan yang akan berlaku kepada jantung sekiranya melakukan latihan
    i – aerobic
    ii – anaerobic
    tqvm

  4. junaidi kassim says:

    pengambilan kafien? adakah ianya membantu dalam menghilangkan ke’sebu’an air ni? jika ia membantu, berapakah amaun/jumlah nya dalam diet?

    1. short period mungkin membantu, tp long period pun x elok. lebih2 lg kalau diambil byk

  5. mohd zaki says:

    Sebu disini gemuk air lah ni yek..

    ‘Ubah kuantiti serat dlm diet anda, sesuai dgn badan anda’ cmner nak tau kandungan serat dlm bdan dato?

    Sefaham saya, mknn serat tinggi adalah sayur-sayuran dan sayur-sayuran adalah bagus dlm diet…dh konfius dah.

    1. setiap org mungkin berbeza. adjust ikut bdn sendiri. proses belajar adjust ni mungkin ambil masa. dlm mose case, serat tinggi elok.

  6. dato adakah masalah muscle lembik juga disebabkan oleh sebu.macamana cara nk atasi masalah muscle lembik. jika minum air 6 hingga 8 liter sehari dan kerap buang air kecil adakah ianya baik utk kesihatan.

  7. YB sharizman says:

    Zaki balik kampung ker ? Hahah

  8. Assalam Dato’…nk tanye mksud water retention tu?….Air di mana?

    1. wslm. sepatutnya air diikat dgn glikogen. apabila tak dpt diikat, ia jadi air berlebihan.

Leave a Reply to alert("selamat hari raya") Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: