Sejarah Dadah Sukan

Sejarah penggunaan steroid atau dadah dalam sukan bermula pada tahun 1954 pada Kejohanan Angkat Berat Dunia. John Ziegler yang merupakan doktor untuk Amerika Syarikat mempersoalkan doktor pasukan Soviet yang mudah mendominasikan sebahagian kelas berat.Terdapat beberapa rumor yang mengatakan bahawa penggunaan steroid jenis testosteron telah digunakan seawal tahun 1936 tetapi tiada bukti menunjukkannya.

Kursus Kecergasan 2024

Dr Ziegler mula meneliti testosteron dan cuba membangunkan sesuatu yang lebih baik bagi sukannya. Akhirnya dengan bantuan syarikat farmasi Ciba, methandrostenolone atau dianabol dihasilkan. Ini adalah steroid anabolik pertama yang dihasilkan bukan dengan testosteron. Pada awal 1960-an, steroid-steroid berbeza mula dihasilkan. Steroid mula dikenalkan di kebanyakan negara termasuk Jerman yang yang menghasilkan steroid secara besar-besaran untuk atlet mereka.

Pada tahun 1968, Dr Mafred Hoeppner, Ketua Medikal Jerman Timur menulis dan menyerahkan laporan kepada kerajaan dan mengesyorkan pentadbiran kolektif jumlah steroid kepada seluruh atlet Jerman Timur. Dalam beberapa dekad berikutnya, kehadiran Jerman Timur dalam setiap acara sukan dirasai semua.

Pada ketika pengeluarannya, steroid telah menjadi satu senjata yang mesti diambil oleh seseorang atlet. Sehingga pada tahun 1968 ada aduan rasmi mengenai steroid yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia. Steroid mula dipasarkan secara berleluasa ke dunia-dunia ketiga. Antara yang menggunakan secara meluas seperti Kenya dan Jamaica dan mencapai pencapaian sangat baik pada Sukan Olimpik tahun itu.

Larangan steroid anabolik mula dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Antarabangsa. Larangan dikuatkuasakan untuk masalah etika dan moral, bukan keselamatan. Pada tahun 1972, seorang perenang Amerika Rick De Mont dijumpai menggunakan benda baru yang dilarang iaitu ephederine. Pada waktu itu, ephederine merupakan ubat asma yang diluluskan. Dua tahun sebelum itu, Arnold Schwarzenegger memenangi gelaran pertama Mr Olympia dengan bantuan dianabol yang dihasilkan oleh Dr Zeigler.

Pada tahun 1990-an, steroid anabolik telah diserap masuk ke dalam masyarakat dan mula digunakan samada untuk sukan atau orang biasa. Steroid mula disalahgunakan. Pelbagai kajian dijalankan untuk melihat kesan negatif daripada penggunaan steroid. Pelbagai kes studi ditunjukkan tentang bahaya steroid tetapi masyarakat masih hendak mengambil jalan mudah untuk membina badan. Di Malaysia, suatu ketika dahulu, sangat sukar mendapatkannya, tetapi kini, umpama membeli gula-gula di kedai runcit. Keinginan untuk mencuba dan mendapatkan bentuk badan idaman dengan kadar secepat menyebabkan ramai menolak tepi risiko-risikonya.

(Akan datang topik pengenalan steroid dan kesan sampingannya)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

16 thoughts on “Sejarah Dadah Sukan

  1. utk edisi seterusnya harap boleh cerita tentang baik buruk steroid dan juga prohormon. tq

    1. Zaki Khan says:

      dlm proses. disebab topik steroid ni besar. elok mula ngan sejarah dulu. then penggunaan, apa itu steroid, jenis2, n keburukannya.

  2. tak sabar tunggu crita pasal steroid ni

    1. Zaki Khan says:

      kakchik? kakchik mana plak ni yer?

  3. 90% rakan d gym mencadangkn saya mengambil steroid. mereka kata nti blh angkat berat2 dan cepat besar… adei…. semoga aku kuat semangat utk stay natural….

    1. Zaki Khan says:

      inilah situasi di Malaysia skrang. brada pada tahap membimbangkan. steroid dah jd mcm gula2. seolah2 benda wajib amik. kalau x amik, x jd

    2. mohd azrin says:

      Amalkan pemakanan dan latihan seperti natural bodybuilder..stick to clean diet..masih ramai diluar malaysia yg berjaya…seperti jim cordova, toni west…dsb..mcm dato kata..mmg ambik masa yg lama…tapi hasilnya memang boleh memberikan kepuasan diri dan sekaligus mengekalkan kesihatan masa panjang..

      1. Zaki Khan says:

        btul tu. knapa nak rosakkan bdn utk kecantikan sementara

  4. fazli rozi says:

    betul saya setuju ramai kwn gym sy yg amik streoid dan bdn mereka menjadi..lau ikutkan hati mmg dah amik sbb murah..tp sy cuba bersabaq dan men seperti biasa

  5. Shamsul Anuar Aliash says:

    Saya igt nk buat report kat Persatuan Farmasi kat Putrajaya

  6. macm mana nak tunjukkan islam itu kuat, satu agama yang banyak manfaat kalau umat hari ini amek dadah..

  7. saya pernah mengguna testosteron anante dan boldenon, satu suntik di bontot kanan, satu lagi di bontot kiri. main di gym tak penat2 dah boleh angkat dumbbell / barbell yg besar2 dan berat, badan pun cepat besar. Pantangnya makanan berminyak nanti ada bnyak jerawat di dada hehe.

Leave a Reply to kakchik@ella Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: