Sejuk atau Panas?

Air sejuk atau air panas selepas bersenam?
Ramai tertanya-tanya yang mana terbaik?

Atlet berendam dalam ais

Kursus Kecergasan 2024

Mandi Ais Selepas Senaman

Telah menjadi amalan atlet untuk terjun ke dalam air ais (12 hingga 15 darjah celsius) selepas latihan atau pertandingan sebagai satu cara pemulihan lebih cepat dan mengurangkan kesakitan otot dan kesakitan yang mana kini menjadi amalan di Majlis Sukan Negara juga. Terdapat juga atlet yang menggunakan terapi sejuk dan panas atau selang seli antara air sejuk dan air panas untuk mendapatkan kesan yang sama.

Sejauh Mana Keberkesanannya?

Secara teorinya, selepas latihan yang berat, telah berlaku mikrotrauma atau koyak-koyak kecil pada serat otot. Kerosakan yang berlaku bukan sahaja merangsang hipertropi otot bahkan dikaitkan dengan delay onset muscle soreness yang mungkin mengganggu latihan seterusnya.

Mandi air ais dipercayai memaksa keluar bahan buangan seperti asid laktik, mengurangkan aktiviti metabolisme, melambatkan proses fisiologi dan mengurangkan bengkak dan kecederaan. Terdapat juga kekurangan mandi ais terutama pada yang sedar menyasarkan bakar lemak kerana suhu yang rendah boleh mengurangkan kadar metabolisme badan.

Mandi air panas selepas mandi ais meningkatkan aliran darah dan seterusnya meningkatkan proses penyembuhan. Tidak ada protokol tertentu dicadangkan setakat ini tetapi dicadangkan rendam di dalam air ais sekitar 5 hingga 20 minit. Buat masa ini belum ada keputusan muktamad tentang kebaikan dan keburukan mandi air ais atau air panas atau kedua-duanya yang dipanggil terapi sejuk dan panas.

Kesimpulan

Sejuk menyebabkan vasoconstriction (menghadkan aliran darah) dan panas menyebabkan vasodilation (membuka aliran darah). Sejuk dipercayai mengurangkan keradangan selepas latihan yang berat tetapi aliran darah diperlukan kemudian untuk mengeluarkan sisa dan toksin serta menyalurkan keperluan nutrisi untuk pemulihan.

Berdasarkan kebanyakan kajian, dicadangkan mandi air sejuk (tidak semestinya air ais) dan kemudian disertai air panas (tidak semestinya serta merta), yang mana boleh dilakukan serta merta atau kemudian dalam hari itu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

14 thoughts on “Sejuk atau Panas?

  1. Dato pernah cuba ke? Apa effectnya?

  2. after bersenam kita sauna and steam ok ke???
    pastu mandi terus sesuai ke????

    1. mandi dulu air sejuk. then baru sauna/steam. lepas tu air sejuk balik

  3. adakah kemudaratan keatas kesihatan samada dalam jangka panjang atau pendek sekiranya kita terus mandi selapas bersenam tanpa menunggu badan sejuk dan kering peluh?

    1. isu kejutan bukan 1 isu besar. cuma seeloknya, lap bdn, keringkan peluh utk kesihatan kulit.

  4. knp mandi air sejuk buangkan asid laktik,tidak kan asid laktik nie utk membesar badan dan kenapa asid laktik di kataka bahan buangan

  5. AbsoluteBeginner says:

    terus mandi lepas workout?? ooo info baru ni.. tq dato 🙂

  6. adakah bukan ahli sukan boleh selalu mandi ais apabila cuaca terlalu panas,seperti surirumah atau pon yg kurang melakukan aktiviti luar.. ada efect x?atau adakah memandiair sejuk baik utk pesakit jantung dan athma?terima kaseh.

    1. boleh. kecuali kalau ada condition2 tertentu. athma dgn masalah jantung elakkan.

  7. Lepas workout setiap petang..lepas dah sejukkan badan..sy akan mandi air suam dulu..and then sy akan bilas dengan air biasa..tindakan saya tu betul ke tak? Ke sepatutnya air biasa dulu and then baru bilas dengan air suam..boleh terangkan tak effect yang berlaku dalam badan sy bila sy berbuat demikian..

Leave a Reply to Junior Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: