Sekitar Mr Malaysia 2011

Mengikut tajuk, sekitar, saya cuma berada di ‘sekitar’ Kejohanan Bina Badan Kebangsaan 2011 yang berlangsung di Dewan Jubli Intan, Muar. Saya tidak masuk ke dalam, cuma berada di Hotel Pelangi pada hari Sabtu petang hingga ke malam. Jadi jangan tanya saya keputusan kejohanan. Saya akan cuba dapatkan keputusannya nanti.

AGM Persekutuan Bina Badan Malaysia

Kursus Kecergasan 2024

Pada asalnya, saya tidak bercadang untuk ke Muar, tetapi berikutan Mr Malaysia kali ini bermula dengan agak teruk dimana seorang yang telah ‘di-reject‘ (bukan dibuang) daripada Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur telah mencari pasal dengan pasukan bina badan Kuala Lumpur. Rasanya ramai atlet telah menjadi saksi kes ini. Ketika tersingkir daripada Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur, dia tergesa-gesa mencari persekutuan negeri yang lain kerana jika tidak, dia akan digugurkan daripada Persekutuan Bina Badan Malaysia. Apa yang saya dengar, dia menipu sana sini bagi membolehkan dia hadir sebagai delagasi supaya mengekalkan jawatannya dalam Persekutuan Bina Badan Malaysia. Akhirnya dia hadir dengan Persatuan negeri lain.

Piala yang disediakan sebagai hadiah untuk Bujang Taha yang kehilangan semua pialanya ketika kebakaran di rumahnya.
Senarai kejohanan yang pernah disertai Bujang Taha

Berikutan dengan kes kurang ajarnya, seseorang daripada Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur telah memanggil saya menjadi pemerhati dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persekutuan Bina Badan Malaysia. Di dalam mesyuarat tersebut, dia yang menukar keputusan kejohanan tahun lepas tidak memegang apa-apa jawatan tahun ini. Adakah dia masih menjadi pengadil untuk Mr Malaysia? Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia masih kekal, iaitu dipegang oleh Datuk Wira Dr. Gan Boon Leong. Dia yang kurang ajar itu juga masih kekal dalam Persekutuan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

10 thoughts on “Sekitar Mr Malaysia 2011

  1. saya pendekkan cerita dan tidak bubuh nama. tp rasanya org2 lama mungkin tahu cerita ini pasal siapa.

    ada yang bertanya, kenapa mereka yg duduk di muar pun tidak tahu menahu pasal kejohanan. drpd segi promosi, saya perasan banner2 kecik di sekitar. tp hebahan kurang. promosi pun nampak cam kurang.

    1. mcm2 gak ek berlaku……saya mmg org muar….mmg tak byk promosi….sedangkan nilah kejohanan besar….mmg mengharukan…..

  2. sedih bila melihat smua ini terjadi dalam sukan bina badan malaysia…kalau benda ini berlarutan mcm manalah sukan bina badan malaysia nak maju…negara barat dah jauh melangkah sdgkan kita masih berusaha utk perbetulkan konflik yg sedia ada dalam sukan tersebut…anywhere tahniah bt yg menang…yg kalah tu jgn ptus asa jadikan kekalahan tu sebagai semangat utk bangkit semula pd tahun yg akan dtg….majulah sukan bina badan malaysia…

  3. erMmmmmm……tak mau komen

  4. bro apa keputusan nyer

    1. sy masih cuba dptkan. kategori overall ada 2, bawah 70kg dpt kat mike,pdrm, atas 70kg kat deris, sarawak

      pelik tul apsal ada 2 kategori. 😀

      1. Dennis jeros_overall 70 kg. abovr

  5. Dickydzul89 says:

    Memang kurang promosi.. saya hanya nampak sekitar bulatan sebelah Dewan Jubli Intan sahaja.

Leave a Reply to jibam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: