Seminggu ke Mr Olympia 2011

Serba sedikit ulasan saya mengenai peserta kegemaran dalam Mr Olympia 2011 yang akan berlansung pada 15 hingga 18 September 2011 di Nevada, Las Vegas.

Jay Cutler (3hb Ogos 1973)

ZK: Pernah pegang gelaran Mr Olympia sebanyak 4 kali (2006, 2007, 2009, 2010) setelah menewaskan lawan terhebatnya Ronnie Coleman. Kelebihannya terletak pada badan yang freak dan belakang yang lebar. Dengan beberapa siri kecederaan, adakah Jay Cutler mampu keluar pada 100%?

Kursus Kecergasan 2024

Phil Heath (18 Disember 1979)

ZK: Percubaan ketiganya untuk merebut gelaran Mr Olympia. Merupakan peserta kegemaran saya. Memiliki pakej keseluruhan yang menarik. Berdasarkan rekod yang lepas, Phil Heath gagal keluar 100% pada pusingan akhir. Adakah tahun ini Heath temui formula baru dan keluar pada 100% pada pusingan akhir dan merampas gelaran daripada Cutler?

Kai Greene (12 Julai 1975)

ZK: Jika pertandingan melihat belakang siapa paling cantik dan rutin persembahan paling menarik, memang dapat dekat Kai Greene. Adakah Greene mampu memberi saingan tahun ini?

Dennis Wolf (30 Oktober 1978)

ZK: Merupakan antara peserta kegemaran ramai juga tetapi pada saya Dennis Wolf tidak konsisten.

Dexter Jackson (25 November 1969)

ZK: Pernah memegang gelaran Mr Olympia sekali iaitu pada tahun 2008. Pada saya, Dexter Jackson memiliki badan yang sama setiap tahun, hampir tiada perubahan. Jika pertandingan melihat perut siapa paling cantik, memang dapat dekat Dexter.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

9 thoughts on “Seminggu ke Mr Olympia 2011

  1. aie rudyz says:

    dato’ rasa mana yg kebarangkalian besar akan jadiq MR O??

    1. percentage menang mungkin ada pada cutler, tp saya memberi sokongan penuh pada phil heath. smoga phil heath mampu merampas takhta. 😀

  2. dexter la dato….dia terbaik…

  3. Apa mksud keluar 100%?Muscle ke?

    1. keluar pada condition 100%. kebiasaannya, ada yg silap diet, jd bloating time contest. makna tu bukan 100%. atau pun jd kecut time contest, dll yg x sepatutnya berlaku time contest

  4. Rikudou Sennin says:

    datok, tompang tanya.. di mana boleh saya tgk secara live on tv or website ptandingan mr olympia ni..baru gempak.. boleh yea bg info..tq

  5. akhirnya phil heath merampas takhta..hehehe

Leave a Reply to Rikudou Sennin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: