Senaman Bagi Ketahanan Penunggang Motor

Aiman Radzi - Senaman Untuk Ketahanan Penunggang Motorsikal

Semasa anda menunggang motorsikal, anda meletakkan postur badan anda dalam satu posisi yang kurang natural, lebih-lebih lagi apabila anda menunggang motorsikal jenis sport. Mula-mula mungkin berasa tak selesa, tapi lama-lama akan berasa seperti biasa sahaja.

 

Tetapi, apa jadi kalau lagi lama nanti? Banyak kes yang saya jumpa (dari kalangan riders) yang datang ke pusat fisioterapi mengadu sakit belakang, leher, dan juga pergelangan tangan. Kenapa jadi begini?

Kursus Kecergasan 2024

Apa Yang Berlaku

Bagi penunggang motorsikal, jenis apa-apa pun biasanya boleh mendatangkan kesan yang sama. Cuma, lambat atau cepat sahaja. Maksud saya, yang menggunakan jenis supersport mungkin akan rasa lebih cepat untuk lenguh belakang berbanding yang jenis sport touring. Tetapi, apa jenis pun boleh menyebabkan anda mengalami masalah-masalah yang sama kalau anda tidak mencuba untuk menguatkan otot postur badan anda.

 

Pinggang

Bahagian lower back anda akan berada dalam posisi membongkok untuk “merehatkan” bahagian-bahagian badan yang lain. Meskipun ia merehatkan, otot lowerback anda pula yang terpaksa menampung stress yang tinggi. Dan, membongkok terlalu lama boleh membuka ruang disc pada tulang belakang. Sebab itu, ramai riders mendapat masalah flat back dan juga slipped disc.

 

Leher

Untuk bahagian leher, kebanyakan masa leher anda akan berada dalam posisi hyperextended ataupun mendongak. Ada dua kesan yang boleh berlaku, samada lama-lama nanti anda boleh mendapat kondisi seperti spondylosis atau spondylolisthesis, dan juga postur badan anda menjadi sesuatu yang kita panggil protruded neck (kepala ke hadapan kerana tulang belakang bahagian leher terlebih lengkung – hyperlordosis).

 

Pergelangan Tangan.

Tangan yang menahan throttle lama-lama akan menjadi lenguh, dan mungkin sekali berasa kebas-kebas. Di pergelangan tangan bahagian bawah, ada satu rongga (dipanggil Carpal Tunnel) di mana urat saraf dan otot-otot melalui kawasan ini. Memulas throttle boleh menghimpit bahagian ini, dan jika tidak diregangkan selalu, boleh mendorong kepada satu sindrom dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome (sakit dan kebas bahagian tapak tangan – biasanya ibu jari sampai ke jari hantu – dua jari yang memegang brake lever).

 

Senaman Yang Digalakkan Untuk Dibuat

Saya kongsikan beberapa senaman yang digalakkan untuk menguatkan pinggang, leher, dan pergerlangan tangan. Senaman mewakili senaman untuk menguatkan dan senaman untuk meregangkan otot. Senaman-senaman ini sesuai dilakukan bagi mereka yang belum mempunyai sebarang masalah sakit badan. Bagi yang mempuyai sakit badan kronik (sakit pinggang, kebas, dan lain-lain), anda disarangkan untuk dapatkan nasihat doktor dahulu atau berjumpa dengan ahli fisioterapi yang bertauliah.

 

Pinggang

Senaman Bridging

Bridging

 

Senaman Hyperextension

Lying hyperextension

 

Senaman Deadlift

Deadlift

 

Senaman Quadricep Stretching

Hip flexor stretching

 

Leher

Senaman Regangan Leher

Neck stretching

 

Senaman Neck Retraction

Neck retraction

 

Pergelangan Tangan

Senaman Wrist Curls

Dumbbell wrist curls

 

Senaman Regangan Pergelangan Tangan

Wrist stretching

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: