Siapa Menteri Belia dan Sukan

Dah sebulan, Pakatan Harapan (PH) iaitu gabungan 4 parti politik (PKR, DAP, Amanah dan Bersatu) berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihanraya Umum ke 14. Kerajaan Malaysia Baru pimpinan Perdana Menteri ke 7, Tun Mahathir Mohamad belum mengumumkan senarai barisan Menteri Kabinet penuh.

Banyak portfolio yang masih menjadi tanda tanya termasuk portfolio Belia dan Sukan. Adakah ianya akan digugurkan dan digantikan dengan sesuatu yang baru. Siapa yang akan dinamakan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru? KBS kini umpama kapal yang dikemudi tanpa kapten.

Sukan tak dapat dinafikan salah satu elemen penting dalam pembentukan negara ke arah melahirkan masyarakat sihat, cergas, berdisiplin dan bersatu padu. Sukan juga merupakan ins­titusi yang boleh menempa kejayaan dan kecemerlangan serta mengharumkan negara Malaysia.Kursus Kecergasan 2024

Sukan merangkumi semua aktiviti kecerdasan dan kemahiran dalam sesuatu permainan. Sukan sering jadi keutamaan bagi menghiasi dada akhbar dan bukan saja melibatkan kejohanan tempatan malahan di peringkat global. Acara sukan serta kejohanan-kejohanan berprestij merupakan antara program yang sangat penting dan wajib di adakan sama ada setahun sekali, dwi-tahunan, empat tahun sekali atau sebagainya. Bertitik tolak daripada itu, pelbagai kejohanan sama ada peringkat domestik ataupun antarabangsa telah dituan rumahkan oleh Malaysia seperti SUKMA, sukan SEA, dan sukan Olimpik semata-mata untuk memartabatkan sukan di mata masyarakat.

Justeru itu, kami menggesa supaya kerajaan Malaysia Baru menamakan segera Menteri Belia dan Sukan yang dapat memimpin sukan Malaysia ke arah lebih baik. Kami perlukan memimpin yang baik untuk bawa Malaysia ke arah lebih baik. Kita bukan tiada fasiliti, tetapi sehingga kini belum ada pingat emas untuk olimpik, sehingga kini bola sepak yang merupakan sukan paling ramai peminat di Malaysia tapi berada di tahap yang rendah. Kita hanya mampu tonton pasukan lain dalam World Cup di Russia ini. Di mana pasukan kita?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: