Siapa Pakai Steroid? Dec27

Kongsi

Siapa Pakai Steroid?

Macam mana nak kenal seseorang itu pakai steroid atau pun tidak? Boleh kata majoriti tak nak mengaku pakai apa. Bila tanya, kata ‘natural‘.

Secara logiknya, agak mustahil seseorang dapat tangan 20 inci secara semula jadi melainkan dia ada genetik yang sangat baik. 20 inci di sini bermaksud 20 inci dengan peratus lemak yang rendah sekitar 10 hingga 15 peratus, bukan 20 inci dengan lemak 40 peratus. Tak pelik kalau lemak tinggi ukur litit tangan lebih daripada 20 inci.

Secara purata, secara semulajadi seorang boleh cecah lengan saiz 17 inci dengan berat badan sekitar 80 hingga 90 kilogram.

Pada zaman Arnold Schwarzeneger sebelum ini, formula diguna pakai adalah 26 x tinggi (meter) x tinggi (meter) bersamaan dengan berat badan maksima seorang boleh capai secara semula jadi dengan 6 peratus lemak.

Dr, Caset Butt telah buat kajian untuk kumpulan ahli bina badan semulajadi. Sebanyak 300 subjek telah dianalisis. Mereka ini bertanding daripada 1947 hingga 2010. Beliau mengaji struktur tulang, peratus lemak, tinggi, jumlah otot, dan ukuran pergelangan tangan dan juga pergelangan kaki. Daripada data ini, beliau mengeluarkan formula ini;

H = Tinggi (inci)
A = Ukur lilit pergelangan kaki paling kecil
W = Ukur litit pergelangan tangan, styloid process iaitu di tulang yang timbul sedikit di situ)
%bf = Peratus lemak badan yang disasarkan.

Formula ini lebih tepat untuk kenal pasti potensi seseorang secara semulajadi. Kiraan lari jika berdepan seseorang dengan struktur tulang terlalu kecil atau besar. Data tidak mencukupi untuk struktur badan luar biasa. Kiraan juga mungkin berubah dengan seseorang yang lahir dengan genetik luar biasa.Kursus Kecergasan 2018

Kiraan ini bagus untuk menentukan sasaran seseorang tetapi bukan menyekat perkembangan seseorang.

Kedua-dua formula ini boleh digunakan untuk menentukan adakah kawan anda berkata benar tetap tahap ‘natural‘ beliau. Kaedah menggunakan simptom tak berapa tepat. Adakah tanda-tanda menggunakan steroid anabolik yang biasa seperti bersikap agresif, keluar jerawat bila pemakanan teruk, muka petak dan sebagainya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube