Singlet Cegah Boroi? Realiti atau Sampah?
Singlet Cegah Boroi? Produk hot yang berada dalam pasaran sekarang. Apa pendapat anda?
Pertama sekali. Saya kena gelak dulu. HAHAHA. Anda pun kena gelak juga. Di Malaysia ini, juallah apa sahaja. Janji Tak perlu bersenam, Tak perlu jaga makan comfirm laku. Ditambah dengan ayat, turun 100kg dalam masa 10 hari. Ramai berangan nak cantik, tapi taknak usaha dengan cara yang betul, terbukti berkesan iaitu jaga pemakanan, senaman dan rehat yang cukup. Anda bagaimana?
Antara iklan yang ditambah untuk melakukan produk;
– Mudah dipakai
– Kain lembut mencengkam dan memberi
– Kain tidak gatal dan panas
– Terbukti berkesan
– Membantu pembentukan badan sasa
– Mencegah sakit belakang
– Mampu milik
– Membantu kawal selera makan
– Membantu tingkatkan keyakinan diri
– Membantu seimbangkan badan
– Mencegah keletihan otot
Harga singlet ini mencecah rm90 hingga rm120 dalam pasaran. Bahannya 80% nylon dan 20% spandex. Saya anggarkan di China mungkin hanya sekitar rm1-10 sehelai. Keuntungan besar kan? Ada juga yang lebih mahal. Menggunakan fabrik arang buluh dengan perak, siap ada teknologi nano.
Persoalannya, adakah ia berkesan? Konsepnya sama seperti bekung perempuan yang harganya mencecah rm800 hingga rm2000. Perempuan lebih senang membeli, jadi harga jualnya lebih tinggi untuk kaut keuntungan lebih. Ia membentuk postur secara tak langsung, mengalih lemak ke tempat lain. Bukan menghilangkan lemak. Zaman sebelum ini, perempuan pakai bengkung untuk kelihatan seperti kerengga. Kini kita cuba kembali ke zaman itu.
Apabila bentuk badan berada dalam tekanan untuk 1 jangka masa lama, ada kemungkinan lemak akan turun ‘mengikut masa’ akan tetapi ia bukan cara yang baik untuk turunkan lemak.
Pilihan di tangan anda.
Dato pnah dgr x pasal six pack shortcut tu?? Yg tu pun lbih kurg smpah gak ke??? Hehe
yg mana tu? ada link?
MIke chang,six pax short cut..hahahahahaha
kena studi sikit pasal program tu baru boleh komen.
dato,
bagaimana nak hilangkan perut buncit? saya ni dh work out lebih 3 minggu…abs work out pon dh buat, pelan pemakanan pon dh buat, tapi masih ade lemak antara kulit dan daging sekitar perut dan pinggang.
baru 3 minggu. dia akan amik masa untuk turunkan kalau plan latihan dan makan dah cantik.
tq dato….
Bagaimana cara pemakanan dan senaman utk kempiskan perut???bhgian lain sy ok cma perut je cepat jd boroi.nasi mkn 2 minggu skali je n lebihkan mkn protein.tq.
Mnta d balas pd email ye.tq
Mnta d balas pd email ye.tq
Email gotcha_1506@yahoo.com
cuba tgk entri http://strengthsifoo.com/pelan-pemakanan/
Salam , saya ade masalah perut buncit. Chest , bisep , trisep , shoulder dah naik . Tapi tang perot ade 4 pax jer. Sebab buncit. Mcm mana saya nk hilang kan buncit dgn cepat. ? Agar sye dpt badan ala2 fitnes model. Hikhik. Boleh tolong ?
Salam dato, minta pencerahan sikit.. Sy dulu badan gempal, perut buncit.. Sy dh berjaya turunkan berat badan sebanyak 20kg dari 85kg ke 65kg dgn cara yg betol, tp masalah kulit perut kendur masih ada.. Six pax dh ada bila sentuh, tp cuma masalah kulit perut neyh saja.. Mohon dato bg tips sikit..
akan amik masa yg sgt lama. dan mungkin tak pulih 100%. sapu krim lepas pregnant tu, mcm cocoa butter, amik vit e, c, zn. pakai bengkong kalau perlu.