Size? Cut? (Orang Baru)

Bila masa terbaik untuk besarkan badan (size)? Bila masa terbaik untuk potong (cut)? Bagaimana meletakkan sasaran? Rasanya ramai yang baru mula bersenam keliru, apabila ke gym, sasaran awal lain, tetapi ada pula yang beritahu, ‘ko ni tak cukup saiz ni’.

Kursus Kecergasan 2024Bagaimana yang dikatakan cukup saiz. Cuba tengok gambar di atas. Nampak agak besar dimana peratus lemak agak tinggi. Contoh ini menunjukkan seorang dengan peratus lemak sekitar 30 peratus. Adakah seeloknya besarkan badan dahulu atau terus kecilkan badan? Sebenarnya bergantung pada sasaran. Jika terus mengecilkan badan, mungkin akan mencecah saiz mengikut apa yang dilukis itu. Maknanya, boleh terus ke program bakar lemak.

TETAPI, ada beberapa masalah yang akan menyebabkan proses itu menjadi lambat. Masalah yang nyata adalah dari segi kekuatan. Saya selalu kata, jadikan 3 senaman ini sebagai pengukur, iaitu bench press, squat dan deadlift. Berapa berat boleh angkat, menentukan kekuatan asas untuk buat senaman yang lain. Pernah dengar konsep, lebih beban lebih otot. Bagi perempuan, mungkin mudah, yang mana kebanyakan di Malaysia takut untuk kelihatan bulky, jadi boleh terus ke program yang menyasarkan bakar lemak. Masalah kedua adalah daripada segi pemakanan. Biasanya ramai yang baru tidak dapat mengikut disiplin makanan yang sebenar. Jadi ada kemungkinan hilang otot. Jadi jika terus ke program potong, kemungkinan akan hilang banyak saiz.

Asas perodisasi senaman, mulakan dengan latihan kekuatan, kemudian ke hipertofi atau pembinaan otot dan seterusnya ke bakar lemak.

Kekuatan (power) > Hipertrofi > Bakar Lemak

Jika kata, perlu saiz, berapa besar? Tidak perlu buat saiz macam Pro seperti contoh dalam gambar, Lee Priest. Pertamanya, mereka dah pernah buat badan. Otot mereka dah ada ingatan untuk kembali ke tahap pertandingan. Jadi bukan satu masalah untuk memotong bagi mereka. Jika anda yang baru buat begitu, memang boleh besar, tetapi akan mengambil masa yang lama untuk potong dan kebiasaannya ramai yang akan kecewa awal dan berhenti.

Jadi seeloknya, untuk yang baru, cuba jaga peratus lemak dalam masa buat saiz. Jika peratus lemak melebihi 20 peratus, jaga makan dan latih bina otot. Apa yang saya tengok, kebanyakan bila mula dan diberitahu suruh besarkan badan, makan tak dijaga. Makan main bedal. Akhirnya besar juga, tetapi perut naik tak ingat dan hasilnya seolah-olah tidak nampak dan apabila tiba masa memotong, sama juga jadi kecil. Bila jaga peratus lemak, senang nak menyasarkan, adakah dah cukup saiz untuk potong? Dapat bayangkan bagaimana rupa badan tanpa lemak.

Bagaimana dengan mereka yang gemuk? Sama juga, ‘digalakkan’, buat senaman untuk otot dahulu dan dalam masa sama tambahkan latihan kardio. Bila otot meningkat, kadar metabolisme akan turut meningkat. Jika terus ke latihan bakar lemak. Boleh, tetapi kurang mendapat kebaikan daripada pertambahan otot. Dalam masa sama bina otot, jangan lupa jaga makan. Jika anda menggunakan sistem latihan dan pemakanan yang betul, percayalah penurunannya lebih cepat daripada terus tumpu pada latihan bakar lemak. Pilihan pada anda. Tak salah pilih terus ke program bakar lemak atau boleh gabungkan dengan latihan kardio.

Rujuk entri
Orang Baru
Sistem Latihan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

124 thoughts on “Size? Cut? (Orang Baru)

  1. dangdingdut says:

    berita faham….thnkz dato’

  2. salam..dato, maaf kalau lari tajuk skit..hihi kenapa untuk mereka yang ada masalah dengan chest mostly for upper chest..dato akan suggest utk start game chest incline dahulu dari game2 lain..knape x chest incline tu di buat pada last game utk chest..

    1. kalau buat pada akhir game, biasanya xde tenaga, dah habis kat flat, jd x boleh angkat lebih bebanan utk incline

  3. saya mengamalkan diet 40% karbo 40% protien 20% lemak..saya training heavy ( hypertropy) tapi tambah kardio 30 minit lepas training..adakan cara ini betul utk gain muscle n burn fat??

  4. Kdng2 masa cut n size pun terkeliru. Keliru masa size lemak ke otot yg lebih bertambah. Keliru masa cut xpasti lemak atau otot yg bnyk trn. Klau main bedal je masa saiz kompom lemak tgi. Then bila cut xbnyk perubahan dr sblm. Kebnykkn dari kita set kan masa utk cut and size.
    Contoh. Buat size n cut 3bln. Tak kira la lemak naik bnyk masa saiz ttp tgu 3 bln bru nak cut. Masa cut pn sama. Kita kena lihat keadaan bdn segi lain juga. Bukan berat dan ukuran saje. Sayang la usaha dan masa kita klau hasil tak seberapa. Tp kita masih boleh perbaiki dgn buat penilain semula. Buat research, jadual latihan baru, cari mana silap. Klau ada track record senang nak wat reassessment.

    1. btul, track record n monitoring tu penting. sentiasa check di mana salah silap. tidak semestinya latihan A berkesan untuk setiap orang. mungkin orang A sesuai, orang B program lain. individual principle.

      1. saye sendiri kdg2 tersasar dari landasan. Masalah utama yg saya kenal pasti ialah. Penjagaan pemakanan /diet. Kadang2 sukar nak kekalkn pd tahap positive nitrogen balance. Dlm pada masa yg sama sukar utk mengawal pengambilan lemak. Keadaan makan harian Malaysia yg disediakn dikedai2 makan, bnyk yg tgi lemak.
        Maka sye cuba sedaya upaya utk menyediakn makanan sendiri. Mmg agak leceh jugak. Tp memandangkan dah dkt date line….

        1. kekadang tu mmg rasa agak leceh.
          kalau bukan non competitior mungkin x se-tekan budak competitor, competitor perlu lebih menjagaan,
          lg2 dekat contest, ada yg sampai tahap makan tandori sampai cuci balik. 🙂

    1. blum menepati permintaan tu lagi. boleh anggap sebagai topic santai dulu sbelum buat glosari tu. amik masa skit nak check satu2. 🙂

  5. assalmkm dato.mslh saye tak cukop saiz la.cuting dah ade tp bile tak cukop saiz nmpak mcm pelik je badan.saye student lg.mkn pn care stdnt la.dato ade ape2 cdangn or tips ?utk makluman dato saye dah habiskn 2 tong gainer tp takde hasil.

    1. wasalam, saya ada rancang utk entri student ni, tp x siap2 lg, insyAllah lepas balik ni, saya usahakan, bagaimana berjimat sbagai pelajar. saya ada program di thai esok.

  6. kalu nk buat cut n saiz dlm mase yg same ape yg perlu d titip berat kn, permkanan atau senaman?

    1. apa2 pemakanan lg penting. training la mcm mana pun, slagi mkn x btul, pyh.

      1. emm tp cre permkanan untuk dpt kn cut n saiz dlm mase yg same mcm mne adakah perlu mkn sedikit atau mkn lebih atau sederhana… ?

  7. tanye sikit…mane elok joging atau gune basikal kat gym tu…ok ke kalau kayuh dalam 10 minit basikal tu..lepas tu main besi..lepas main besi kayuh dalam 10 minit lagi sbagai penutup…

    1. jika cardio, ikut intensity latihan cardio jika menyasarkan bakar lemak. better choice lepas weight training. joging vs basikal= joging lebih pergerakan.

  8. saya pernah sistem low n high karbo time berdiet..contoh 3 hari low karbo n 1 hari high karbo…tlg explain tntg cycle nie dato..tq..

    1. sy blum masuk lg topic cycle carb, cuma masuk carb loading. insyAllah bg sy masa skit utk tulis topic cycle carb n protein

  9. Joe Terry says:

    Salam dato’
    sy nak tanya jika nak buat badan yg mcm model tu adkah perlu size n cut dlu?or dri bdn skrg xpyh size n hanya trus workout je?sbb sy mengamalkan whey protein je….fat burner xambil sbb pk bia lmbt asal selamat..hehehe….tq

      1. Joe Terry says:

        k tq 4 respon yer….

  10. Assalamualaikum dato’
    saya nak tanya bagaimana ingin melakukan latihan memotong dan apakah yang dikatakan memotong itu?

  11. Assalamualaikum dato’
    saya nak tanya bagaimanakah melakukan latihan memotong dan apakah yang dikatakan memotong itu?.

    1. jan kenpaci says:

      guna pisau klu nak potong

      1. betul tu ha…ha,sudah diterangkan shukri masih tak faham

  12. salam dato’
    utk buat size ni sesuai x gna rutin pmakanan dirty bulk..just makan n makan..any suggestion??

  13. Redemption says:

    Assalam Dato’…

    Nak tya skit… Selain Mass Gainer, adakah Whey Protein mampu membantu dalam proses membesarkan otot…??

    Terima Kasih…

    1. wsalam. utk besarkan bdn perlukan protein, carb, lemak. whey protein boleh bantu cukupkan keperluan protein, tambahkan carb daripada sumber natural food.

      1. Redemption says:

        contoh terbaik carb dari natural food ape ye…?? nasi boleh ke…?? roti…??

          1. Redemption says:

            terima kasih Dato’

  14. dato’ ..ada x meal plan utk buat saiz/bulking…

      1. Redemption says:

        harap dato’ dpt buat satu artikel ttg pelan pemakann yg sesuai utk proses bulking… TQ…

  15. Akum….Apa pandangan dato’, jika orng baru adalah si polan yg dah mencecah umur 40 an, adakah panduan yg sama terpakai, atau tak perlu lagi besarkan badan (bina otot), bagaimana diet adakah sama mcm org muda (krn mungkin tahap kesihatan juga diambil kira-cth tahap kolesterol yg mungkin lebih memudaratkan jika org lama tp baru ini mengambil pemakanan tambahan spt mass gainer yg tinggi tahap kolesterol dan gula) dan mungkin dah tak boleh mkn byk daging merah atau telur. Saya sebenarnya mengambil contoh diri saya umur: 44tn, BP: 120/80 mm/Hg, tahap gula: 6.7mmol/L dan kolesterol: 5.6 mmol/L. (Workout di gym lebih kurang 3 tahun dah).TQ

    1. wkum. panduan boleh diikuti, cuma daripada segi gula dan kolestrol agak tinggi. jd pemakanan yg baik tu sgt perlu. bila mencecah umur 30 ke atas, paras testosteron juga akan mula menurun. faktor2 ini juga perlu diambil kira. tp apa2 pun, bergantung pada sasaran. jika hanya bersenam utk kesihatan secara umum, boleh diubah kepada latihan biasa. tp jika menyasarkan membina otot, ikut cara bina otot. 🙂

  16. sya kerja kat KFC..mcm mne nk cut bdan..asal tgK ayam
    nk mkn tpi sye buang kulit…mkn aym kfc lemak naik x ??

  17. Assalam Dato’…

    Sy ada masalah skit… Sy sekarang dalam proses besarkan bdn/bulking… Sekarang tengah ambil Mass Gainer… Makan pon boleh tahan kerap tapi dalam kuantiti yg sikit dan kurang lemak…

    Masalah utama saya pada bahagian perut yang agak buncit… Adakah saya perlu kawal lagi pemakanan saya untuk elakkan buncit…?? Adakah sy perlu tambahkan latihan Cardio dalam rutin sy…?? Sebab ada yang kata jgn terlalu Cardio semasa proses bulking… Apa yang perlu saya buat untuk hilangkan perut yang buncit…

    rutin saya:-

    day1 – chest + tricep
    day2 – back + bicep
    day3 – leg + shoulder

    rest 2 hari

    ulang day1

    untuk maklumat dato’, saya jarang workout bhgian abs… kadang2 jer sy buat… adakah sy perlu tambah latihan Abs dalam rutin sy…?? Harap dato’ dapat memberi pndangan… TQ…

  18. Daus Pandan says:

    Aiseh……dah 3 bulan masuk gym baru baca artikel nh….patutlah power makin kurang…awal2 lagi dah buang lemak..Thanks for info

  19. FireFighter says:

    Dato,
    Selepas saya buat senaman otot(bebanan), saya terus sambung sistem tabata, senaman perut 1 set 12 ulangan dan plank 1 minit 3 ulangan. Target saya utk buang lemak d perut dan tambah Size. Adakah cara saya ni sesuai utk 2 target saya d atas ? Saya minum serious mass sebelum n selepas w/o.

    1. boleh, tp jgn pressure sgt dgn melebihkan perut. cuma pastikan makan berkualiti dan ikut sistem latihan

  20. Apa Komen dato’?
    (Artikel ini saya copy dpd satu laman web) berkaitan mana satu-cardio dulu/workout dulu baru cardio):
    If you do aerobic and strengthening exercises on the same day, do the aerobic exercises first. In aerobic exercises, such as running or tennis, the leg muscles act as shock absorbers to protect the Achilles tendons, plus they work to keep the body aligned so that the Achilles tendons are not unduly twisted, stretched, or strained. Strengthening exercises, such as weight lifting, are done to the point of muscle exhaustion. If strengthening exercises are done first, then the muscles will be too tired to do a good job protecting the Achilles tendons during the aerobic activity, increasing the chance of injury.

    1. inilah sport sciences. tiada 1 pun yg benar2 tepat 100% kecuali yg dah dikenal pasti. kedua2 ada pro n con. jika buat selepas latihan, glikogen store dah deeplete, jd sasarannya lebih pada fat burning. jika ingin menjaga kaki, berlainan caranya.

  21. sya nak tanya,saya dah men gym setahun tapi berat badan tak naik banyak, tapi saiz nampak perubahan juga,adakah benda ni normal atau ada masalah.?dari segi apa? tq tuan zk.

      1. rasa2ny saiz otot,bab da ramai kwn2 tanya,”awk men gym ke,gym mana”? hehe…

  22. salam dato’

    ada ke istilah saiz dan cutting sekaligus.Maksud saya ada ke proses membina saiz otot beriringan dengan saiz?.

    terima kasih dato’

  23. rasa2ny otot,bab da ramai kwn2 tanya,”awk men gym ka?gym mana?”hehe..tq tuan zk.blog tuan jadi panduan sya slma ni.terbaik!

  24. Salam dato’….maw tanya sikit…ape kah mkann yg sesuai yg ptt sy ambil yer…sbb sy dlm proses utk bwt size..nk nmpk cm size model2 tu…sy ade juga amk serious mass n dlm mase yg same tentang mkanan sy xjge..sume yg sedap sy sapu je….harap bantu..hehe

  25. salam dato….sye nak tnyee sikit… :D…saye tringin nak bsar kan bdan sayee lahh dato…bdan sayee niee slim jee…syee pown bwu abis spm n have much time r ..n sayeee nak isi mse uh ngan fit kan bdan …but syee x tau workout ngan btoll..n sayee ingin kan nasihat fromm dato lahh…n lg satu sayee duduk kat area2 rawang nieyh dato..n sayee dew nmpak firegym at rawang uh…dato pnyee en?,,,sye mmg brminat nak workout datoo.. 😀

  26. dato…saye x seberapa faham mengenai cut ur size….tapi saye nak tau mcm mne nak cut badan agar kite mantain pada berat yg kurank dari berat asal syer….skunk berat syer 66 kg n tggi plak 152cm….sayer ber gym…hanye nak bine otot perot n diet

    1. sy assume daripada nama, seorang prempuan.
      nasihat sy pada perempuan, jika boleh, letak penimbang tu jauh2 dulu. jgn risau pasal berat dulu. aim kepada bentuk badan dulu. indikator terbaik, tgk cermin dgn buka baju semua, cantik tak. buat kat rumah. n jgn semata2 aim perut, buat seluruh badan.

  27. Salam dato,sy bermula masuk gym pd nov 2011 ,berat ketika itu 65kg, pd hari ini sy telah mencapai berat 83kg.sy x guna mass gainer cume guna natural food (x berapa bersih) dn bantuan whey myo probiotics.adakah peningkatan itu berada dm tahap normal ataupun kebanyakan yg naik adalah lemak,dan pd masa skrg sy berasa sgt lembab,malas melayan perbualan,SWING MOOD,kuat tidur dan cepat penat.perlukah sy berhenti menambah saiz ataupun memang kebiasaan org pun begitu? Tq

    1. kena tanya tuan punya bdn, naik apa tu? lemak atau otot? daripada pemerhatian? sy x dpt gambarkan tanpa gambar

      1. Naik otot bersama lemak sekali..adakah sudah tiba masa utk cut dato?

          1. Terima kasih atas jawapan ….

  28. Akum dato’..slmat ari raye. Nk tanya dato’ berhubung diet-jaga makan ni…..sebagai org baru mcm dlm gmbr yg dato bubuh tu kt atas tu, berapa lama biasanya nk kekal berjaga makan baru bole dpt badan yg ripped, kuar urat2 tu (sy faham la ada byk faktor-working out nyer, genetiknye, how kekuatan nye-bebanannya…contoh: sy bench press maksimum 80kg, deathlift 100kg n squat 80kg gak-sbb dh berumur, lutut x kuat). Bole dato’ jelaskan skit …..

    1. depend. soalan tu terlalu general. secara amnya, jika pemakanan betul, training betul. dlm range 3-6 bulan. juga bergantung pada berapa fat percentage sebelum start.

  29. salam dato

    apa salah satu senaman untuk cutting body?

  30. Salam dato..saya mempunya berat sebanyak 242lb,tinggi 5’7″,intake cal yang diperlukan sebanyak 2500kcal sehari..sekarang dah start masuk gym untuk kurangkan berat badan saya..train dgn kawan2..training saya di gym 5x seminggu dan hari minggu rest day..train weight lifting 1 muscle group per day..permakanan saya harian seperti berikut..

    bfast
    9.30am to 10am
    lipo 6 uc
    oat dgn apple hijau

    late lunch
    4.30pm to 5.00pm
    dada ayam 1 ketul size biasa
    daun salads
    whole meal bread(gardenia hijau) 2 keping

    before workout
    7.30pm to 8.00pm
    lipo 6 sebiji
    oat dgn apple hijau

    workout start 9.00pm sampai 10.30pm

    dinner
    10.45 ke 11.00pm
    ayam dada sahaja (ayam yg buat untuk nasi ayam)
    capati 1 keping
    protein on hydrobuilder utk recovery

    selalu dinner saya selang dgn sup daging kalau saya rasa jemu dengan ayam nasi ayam tu..
    Adakah cara permakanan saya betul atau salah dato? kena tambah atau kurangkan…saya cuma nak kurangkan berat badan sahaja..tq dato

    1. pagi xde protein
      . kalau boleh setiap meal pastikan ada protein. calori seperti agak kurang dgn berat bdn sekrang.

      1. Terima kasih kerana sudi reply dato…kalau saya nak tambahkan protein pada waktu pagi…dengan makan telo…scramble atau separuh masak ok tak dato?..apa cadagan dato untuk penambahan calori untk badan saya…terima kasih dato..

  31. assalamualaikum dato… sya nk buang lmak tp supplemnt apa yg ssuai antra whey protein ngan fat burner, ada yg syorkn sya amik whey je… ada yg kta amk dua2 skali.. tp sya hnya nk amk slah stu je… mna yg bgus slain dri solid food…

    1. kalau ada budject amik dua2 pun xpe. kalau x, amik whey sahaja utk bina otot.

  32. orang baru belajar says:

    salam dato..berat sye dah sampai 100kg..bgus k klu sye ambil whey yg mcm dato cadangkan untuk bina badan sambil dapat mnurunkan berat..??harap dato dapt membantu saya..terima kasih..

      1. nak tnye sy ni baru lg ke gym tinggi sy 174 n berat 65.. bdan sy berisi sikit x tlmpau kurus sy amik whey protein ..boleh x die besarkan otot sy..SBB ad ckp amik mass BG besa kan bdan..tp sy cume amik whey…boleh ke whey besarkan otot?

        1. fat berapa? kalau lebih 18% saya x galakkan amik mass gainer, elok whey.

  33. orang baru balajar says:

    salam..macam mana nak jaga pemakanan masa main cutting

  34. assalamualaikum dato..bulan ramadhan dh mkin hmpir..apa tips dato untuk workout di bulan puasa ni..kalo nk pergi pg atau petg memng xlarat..mlm pun kdang2 ada assignment or stdy untuk test..ape cdgn dato untuk pelajar seperti saya

  35. Dato, btl ke gamba lee priest tu..
    Wauu!! Xknla dh gemuk cam tu bole sixpack cam tu skali..
    Maafla bdk baru nk up.. Keliru la.
    Skrg bdn dh naek size L. Berat 80 kg.. Perut boroi. Tinggi 165( lebih kurangla)
    Cam ne nk turun berat n skali ngan size..

    1. boleh je. nak turunkan, kena jaga pemakanan. tu paling penting.

  36. Dream big says:

    Salam Dato,
    Nak tny, klau xde PT, agak nye berjaya x klau nak bermuscle utk perempuan? Sblm ni pernah buat P90x, tp halfway. Skrg dah reg gym, tapi blur2 lak nak guna machine apa…

    PT lak rm4k ++…

    Saya klau boleh nak jd bermuscle, mcm perempuan kat oversea yg pegi bikini competition tu… ;)S

    1. boleh, mungkin susah sikit tanpa trainer.
      bukan senang nak berotot bg perempuan. testosterone low. kebanyakan, bukan kata semua, menggunakan hormon luar. ada juga natural, tapi ambil masa agak lama.

  37. asslm…diet seharian saya = saya minum protein 50g, sarapan saya mkn mihun n air madu royal jelly satu sudu campur air, duam lps tu minum 25g protein campur oat, tngahari nasi secwn n ikan kembung or ayam…mlm nasi secwn n ikan kembung or ayam, sblm tdo minum protein 25g campur oat…agak ok x diet tu klu nak body mcm pelari 100meter..

  38. dato sya bru nak main gym,semasa di gim sya akan warm up,latihan asas guna sistem latihan neuromuscular,workout,warm down,pumping dan plank…apa pendapat dato,dan satu lgi boleh tlong kira kalori intake sya tak umur16,berat84,tinggi162 bersenam 5 kali seminggu..3 kali gym 2 kali jogging

  39. Hi dato
    Kalo nak cutting perlu carbo dikurang kan dari kebiasaan dan protein dikekalkan.ada kawan berjaya cutting dgn mengurang carbo tiada pengambilan gula minyak dan garam.

  40. Me its are says:

    Salam dato..
    Cara sya wo dlm mnggu prtama mngangkat lebih beban(size) dan mnggu kedua mngankat kurang beban(cutting) dgn reps bnyk.. dgn cara wo ni bole d guna pakai??? Berat skrg 84kg tiggi 176cm… pls advice dato

  41. Salam dato
    saya main dah lama
    dulu ikut tarik tali
    adalah juga tittle
    so skrg saya nak buat badan mcm arwah shamsudin (bujang lapok)
    Kurus berotot
    bagaimana senaman yg perlu saya amalkan
    tq

    1. kurus benar tu. kena buat high reps. low weight. even guna bodyweight pun boleh tu.

  42. Assalammualaikum dato…sy ni baru nak mula buat body cutting…sy da ambik protien..
    N sy nak mintak tunjuka ajar..apakah perkara pertama yg harus sy lakukan?berat sy 56 n tinggi 174

  43. salam tumpang tanye ,kalau nk sizing tapi nk buang lemak kat perut nk buat abs boleh tak dato?perut sedikit buncit .tp nk sizing sambil dapat abs .

  44. Saya tak faham bila kena buat size dan bila kena cut. Mcm mana nk besarkan otot dan dlm masa yg sama buat cut.

  45. Muhd Syahmi says:

    Assalam Dato, saya xtahu nk cutting atau bulking, sy berat badan dah susut 66kg dan tnggi 180, tapi sy xder sixpax lamgsung, dan dada ada tapi mcm berlemak, ada muncung, dan xda lower chest, dan mcm mna nk hilang kn, ada org ckp bulking dlu, sy main lama dh gym, so aper yg patut sy buat, bulking atau cutting, terima kasih dato

    1. wslm. lemak tinggi lagi tu. kalau lebih 18%, cut dulu. kalau kurang, nak sizing pun boleh

      1. salam dato .nak tnya ..berat 64 tinggi 166 ..dh boleh cutting ke atau kena bulking lg ?

  46. Salam dato.. Kalau lepas angkat beban pastu buat senaman kardio contohnya jogging tak mengganggu pertumbuhan otot kan? Saya konfius.?

  47. salam dato.kalau berat 81 tinggi 170..nak kene cutting ke atau bulking

  48. Salam, dato nak tanya sikit, sebelum ni saya pernah main gym size and cut then saya stop for 1 year something, then bila saya nak start comeback ni saya taknak size sampai perut besar and pipi naik, jadi boleh ke kalau minum protin whey but makan saya tak jaga

  49. Salam, dato nak tanya sikit, sebelum ni saya pernah main gym size and cut then saya stop for 1 year something, then bila saya nak start comeback ni saya taknak size sampai perut besar and pipi naik, jadi boleh ke kalau minum protin whey but makan saya tak jaga

  50. Salam dato zaki
    Sy dah cuba bermacam2 cara nk bulking tanpa naik lemak..tp sy tetap tak boleh juge walaupun makan dah jaga..
    Tinggi sy 165cm
    Berat sy 63 kg.
    Target bulking 70kg
    Target nak cutting 65kg

    Jadual pemakanan sy
    Mcm ni..
    Pagi mass 2 scoop 625 kalori
    Wholemeal bread 1 keping
    Sandwich anchovies

    Lunch
    Nasik separuh + dada ayam + sayur + air milo + air kosong

    Sebelum wo
    Roti wholemeal

    Lpas workout
    Mass gainer 2 scoop 625 kalori
    Dada ayam 2 ketul
    Telur separuh masak 3 biji tanpa kuning.
    Brokoli anggaran 200gm

    Mcm ni cara pemakanan sy..
    Body sy type skinny fat jadi metabolism agak slow..

    Boleh ke bantu sy perbaiki kalau ade yg kurang..?
    Sy tringin nak follow competition…

  51. Salam dato’..nk Tanya berat Saya sekrg dlm 64kg..adakah sya perlu teruskan bulk utk sya dptkan lean body..sbab sya dlu pernah diet dri 80 hingga 62 kg..sekarang Saya tgh ambil mass..utk tmbh muscle mass lpstu baru nk cut..btul x apa yg Saya buat

    1. bulk lemak ke otot? kalau naik otot cantik dah. ramai bulk tapi naik lemak, sebab tu drop teruk

Leave a Reply to pian Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: