Skim Hadiah Kemenangan Sukan 2018 Dec20

Kongsi

Skim Hadiah Kemenangan Sukan 2018

Apabila sebut nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, semua terbayang Menteri E-Sport Malaysia disebabkan nampak melebihi ke bidang sukan elektronik. Semalam nampak, ada juga kebaikan dalam sukan-sukan lain di dalam Majlis Kesyukuran bersempenan dengan kejayaan sukan dan penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan 2018 di MSN Bukit Jalil semalam.

Kejayaan ini termasuklah ketika Temasya Sukan Komanwel 2019, Temasya Sukan Asia dan Para Asia 2018 serta Kejohanan Dunia yang meliputih sukan tenpin boling, pencak silat dan bina badan. Sebanyak RM6,236,000.00 iaitu hadiah keseluruhan buat penerima telah disampaikan.Kursus Kecergasan 2018

Majlis disempurnakan sendiri oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir meraikan para atlet adalah YB Steven Sim Chee Keong (Timbalan Menteri Belia dan Sukan), YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali (KSU, KBS), YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Shapawi Ismail (KP, MSN) serta Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia dan warga sukan yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan kejayaan ini.

Saya harap YB Syed Saddiq juga turut memandang sukan Orang Kuat yang banyak menyumbang medal di masa hadapan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube