Slipped Disc

Slipped disc atau juga dikenali sebagai prolapsed atau herniated disc merupakan kecederaan yang sangat ditakuti oleh kebanyakan di gym. Hmm… atau mungkin sekadar alasan untuk elak senaman deadlift dan squat. Kecederaan ini boleh terjadi di mana-mana disc di tulang belakang. Ada 33 tulang belakang jika dikira semua bermula dengan cervical, thoracic, lumbar, sacrum dan coccyx. 26 vertebrae ada kusyen atau disc. Kecederaan di gym biasanya dikaitkan dengan lumbar atau lebih spesifik l3, l4 dan l5. Ada juga kes di cervical, mungkin terjatuh atau terhentak barbell ketika squat.

Tulang Belakang

Setiap disc ada 2 bahagian. Bahagian lembut di dalam dan bahagian keras di luar. Kecederaan atau kelemahan otot boleh menyebabkan bahagian dalam disc keluar daripada ring-nya. Ia menyebabkan sakit dan tidak selesa. Jika ia menekan saraf, mungkin menyebabkan kebas dan kesakitan pada sambungan saraf tersebut. Jika kes teruk, mungkin memerlukan pembedahan untuk buang atau memperbaik. Setiap daripada kita ada masalah ini berikutan kita tidak kuat daripada kecil. Dulu, ketika kecil, mungkin pernah angkat barang dengan postur tak betul. Ingat lagi sekolah rendah bawa beg 50kg? Tabiat-tabiat lama membentuk masalah ini. Antara teruk atau tidak sahaja.

Apa tanda-tandanya?

• Sakit dan kebas di mana-mana bahagian, kebiasaanya sebelah badan sahaja.
• Sakit berlarutan mungkin ke bahagian tangan atau kaki.
• Sakit menjadi teruk di waktu malam.
• Sakit menjadi teruk ketika berdiri atau duduk.
• Sakit ketika berjalan walaupun sekejap.
• Terdapat otot yang lemah tertentu, bergantung pada kecederaan di mana.
• Berdenyut-denyut, sakit atau seperti terbakar di tempat yang cedera.Kursus Kecergasan 2024

Tanda-tandanya mungkin berbeza mengikut individu. Jumpa ‘pakar’ jika ada kesakitan atau kebas atau hilang keupayaan mengawal sesuatu otot. Kenapa saya tandakan ‘pakar’? Ada sebahagian doktor klinik yang hanya bagi ubat tahan sakit dan suruh berehat di mana ianya mungkin merupakan SOP dalam bidang perubatan iaitu menghilangkan kesakitan dahulu. Cuma rehat disini subjektif. Ada rehat aktif, ada rehat pasif. Seorang atlet atau yang aktif bersenam lebih baik berjumpa doktor dalam bidang sukan atau boleh jumpa pakar fisio.

Beberapa jenis pakar yang boleh dijumpai di Malaysia:

• Pakar Orthopedic
• Pakar Chiropractor
• Pakar Terapi Fizikal (Fisio, Terapi Senaman, …)
• Pakar Neuro

Slip Disc ketika bersenam

Menurut kajian, mereka di usia 35 hingga 45 paling tinggi kena masalah ini. Ia disebabkan disc mula hilang air pelindung ketika itu. Masalah lebih biasa pada lelaki berbanding perempuan.

Apa bahayanya?

Dalam kes yang tidak dirawat, ia boleh mengarah ke kerosakan saraf yang kekal. Dalam kes tertentu, ia boleh mematikan saraf cauda equina di bahagian lower back dan kaki. Ia menyebabkan seseorang hilang upaya untuk mengawal bowel atau pembuangan air besar dan kecil. Masalah biasa berlaku lagi adalah saddle anesthesia. Ia menyebabkan seseorang hilang rasa di bahagian kaki dan keliling rektum.

Bagaimana mengesahkan kecederaan?

Terdapat beberapa jenis ujian fizikal yang boleh dilakukan bergantung pada kecederaan. Selain itu, beberapa jenis ujian bergambar seperti x-ray, CT scan, MRI atau discogram juga boleh dilakukan.

Postur yang mungkin menyebabkan kecederaan.
Postur yang mungkin menyebabkan kecederaan.

Bagaimana ianya dirawat?

Ia boleh jadi daripada rawatan konservatif ke alternatif ke pembedahan. Jika boleh, rujuk beberapa pakar dahulu sebelum buat keputusan untuk pembedahan. Kebiasaanya, ada pihak terus cadang pembedahan untuk dapatkan duit lebih. Ada senaman-senaman yang boleh dibuat untuk mengurangkan sakit. Agak sukar untuk saya cerita dalam satu entri sahaja. Kalau terlalu sakit, biasanya dicadangkan ubat tahan sakit atau sebarang alternatifnya. Jika ubat tahan sakit biasa tak berkesan, biasa dicadangkan muscle relaxer, atau mungkin dadah narkotik atau ubat saraf seperti gabapentin atau duloxetine. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan apa-apa ubat.

Pembedahan ada kebiasaanya ada 2 iaitu microdiskectomy, buang sebahagian disc yang terkeluar atau laminectomy, menurkar disc dengan disc tiruan.

ZK: InsyAllah akan datang, saya akan tuliskan entri berkaitan pengurusan kecederaan.

Rujukan:
http://www.emedicinehealth.com/slipped_disk/article_em.htm
http://www.nhs.uk/Conditions/Slipped-disc/Pages/Introduction.aspx

Contoh rawatan tanpa pembedahan dan ubat.
Contoh rawatan tanpa pembedahan dan ubat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

14 thoughts on “Slipped Disc

  1. assalammualaikum.. sy pernah mengalami sakit di bahagian lower back ketika main squat.. disebabkan sy sibuk selama 3 bulan sy telah skip main kaki dlm masa 3 mggu.. dgn serta merta sakit tu hilang.. dan semalam sy main kaki .. syukur tak rasa sakit lagi.. sy berumur 22 tahun.. adakah sy perlu berjumpa pakar??

  2. hafiz firdaus says:

    Salam dato
    Saya slalu rasa sakit macam lenguh lenguh dekat lower back . Macam tu ya dato ?

    1. wslm. mungkin sebab under training. duduk dan berdiri selalu lenguh. abs lagi kuat daripada pinggang.

  3. Supari Mohd Arsad says:

    2 mggu lepas sy disah kn ad slip disc L5 setelah MRi dbuat sbuah hospital pakar..
    Doktor suruh sy berehat dlm masa yg agak lama tp sy masih lg berlatih d gym dan brasa lengoh d pinggang.
    Adakah sy perlu herehat dan tidal boleh berlatih d gym? Klu boleh berlatih, latihan yg mcm mane yg bole sy buat?

    1. ada sebab doctor suruh berehat. kalau paksa training, ada kemungkinan jadi lebih teruk.

  4. Hi..husband sy slip disc..doc kate tinggal 0.3mm je lg..n disarankan operate..ade advice or suggestion x?tq..

  5. Farah Samm says:

    Assalamualaikum Doktor. Sy pernah slip disc dan dah buat diskectomy 5tahun yg lalu. Kadangkala selepas berjalan agak jauh atau pun selepas berenang. Sakit di bahagian operation dan perlu berehat beberapa hari baru sakit tu hilang. Sy juga mengalami penambahan berat badan yg mendadak selepas operation. Adakah senaman yang sesuai untuk sy lakukan? Terima kasih.

    1. wslm. dah buat rehab? kena kuatkan byk otot terlibat sebelum memulakan kembali aktiviti. jadikan senaman sebagai rutin harian.

  6. Assalamualaikum….saya slip disc pd L1 – L3. Bolehkah saya zumba n gym lagi? jika ya….Apakah pergerakkan yg perlu saya elakkan?

  7. Assalamualaikum. Saya pesakit slipped disc L4,L5,S1. (Herniated disc) Pernah jalani pembedahan PLED. Selepas 2 tahun sakit tidak hilang dan masih lagi tidak dapat kembali bersukan. Saya ada limited movement apabila rukuk pada 45 darjah saya akan berasa sakit semasa menegakkan badan semula. Soalan saya bolehkah saya melakukan senaman seperti berbasikal atau jogging. Terima kasih

    1. Zaki Khan says:

      wslm. ada buat physio utk betulkan balik badan?

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: