Soalan Lazim 3

Sambungan dari
Soalan Lazim 1
Soalan Lazim 2

24. Adakah penambahan otot membakar kalori?Kajian menunjukkan setiap pound penambahan otot memerlukan 35 hingga 50 kalori sehari. Jadi penambahan 10 pound otot akan bakar sekitar 350 hingga 500 kalori sehari atau boleh dikatakan membakar 1 pound lemak setiap 7 hari. Membakar 3500 kalori bersamaan penurunan 1 pound lemak. Dalam kajian lain, senaman bebanan yang regular meningkat kadar metabolisme sekitar 15%.

Kursus Kecergasan 2024

25. Adakah puasa elok untuk menurunkan berat badan?

Saya tak nafikan puasa mampu menurunkan berat badan. Bila berpuasa sudah pasti berlaku defisit kalori. Katakan keperluan asas 2000 kalori, bila berpuasa kita makan 1000 kalori. Dari mana datangnya 1000 kalori lagi untuk menjalan fungsi asas badan? Adakah dari lemak atau otot? Badan akan mula berkehendak makanan selepas 3-4 jam dan akan bertukar ke starvation mood. Bila tidak dapat makanan daripada luaran, secara tidak langsung badan mula berfikir yang mungkin ‘tuan aku ini tengah darurat, tak cukup makan’. Badan akan menyimpan lemak dan mula membakar otot. Itu yang kita panggil catabolisme. Badan akan mula menyusut dan berat turun. Adakah itu yang kita mahu? Bila bercerita berkenaan puasa, dalam agama kenapa kita digalakkan berpuasa? dan untuk yang Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan? Tujuannya bukan untuk menguruskan badan. Tujuannya dari sudut usul adalah untuk memperingati Dia yang tidak makan dan tidak minum. Mendekatkan diri kepada tuhan. Dimana dengan berpuasa juga mampu mengawal nafsu. Pernah ke kita belajar dalam agama, jika hendak kurus maka berpuasa lah? :D. Ada beberapa kelebihan berpuasa lagi seperti detoksifikasi dan lain-lain. Jangan gunakan puasa untuk kuruskan badan.

26. Antara orang kurus dan orang gemuk, yang mana senang bina badan?

Orang gemuk disebabkan mereka sudah mempunyai kalori di badan, cuma perlu ditukar ke bentuk yang boleh dibakar sebagai tenaga untuk latihan manakala orang kurus memerlukan kalori daripada luar. Jadi kena banyakkan makan. 😀

27. Saya pernah gemuk dulu dan berjaya kuruskan badan. Bila saya berhenti bersenam badan saya naik kembali.

Bagi mereka yang pernah gemuk, badan akan ada apa yang kita panggil memori otot atau muscle memory. Badan akan cuba jadi seperti keadaan asal disebabkan ingatan itu. Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Jadi bagi sesiapa yang teringin nak gemuk itu, lupakanlah. :D. Bagi mereka dalam situasi ini, bila dah mencapai badan idaman, usahalah untuk mempertahan bentuk badan itu dengan senaman yang regular.

28. Bila sepatutnya saya ambil protein whey? Sebelum atau sesudah bersenam?

Seeloknya ambil sebelum dan selepas. Jika makanan terakhir yang diambil adalah sekitar 4 jam yang lebih, seeloknya ambil sebelum latihan untuk meningkatkan kembali nitrogen balance di otot dan menghalang catabolisme. Campurkan protein whey dan oat sebelum berlatih. Dan selepas senaman, badan kita akan kurang glikogen. Kembalikan sumber glikogen dengan gula daripada sumber dektrosa atau maltodextrin dan kemudian diikuti dengan protein whey. Jangan campurkan fiber di dalam whey selepas latihan kerana akan melambatkan penyerapan. Protein whey seeloknya diambil sekitar 30 minit hingga 2 jam selepas latihan.

29. Kenapa saya cirit birit selepas mengambil makanan tambahan protein?

Kebiasaannya disebabkan toleransi laktosa yang tinggi. Cuba cari makanan tambahan protein yang tiada laktosa atau kurang. Jika masih cirit, cuba tambahkan psyllium hust (boleh didapati di farmasi) ke dalam campuran. Cuma elakkan campuran itu selepas latihan.

Bersambung ke
Soalan Lazim 4

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

48 thoughts on “Soalan Lazim 3

  1. Coxn Azhar says:

    Dato..boleh kah kita training pada hari puasa di bulan ramadan..atau adakah cara training yg betul. Nak g malam kita sibuk lak utk solat terawih..

    1. Zaki Khan says:

      utk bulan puasa, bg yg x berkesempatan, saya cuma galakkan maintainance. mungkin 30 minit sbelum berbuka, boleh buat resistance training pakai rubber band utk semua body part, selang sehari. utk maintain cardio level, kalau dpt cardio sbelum sahur dlm 20 minit pun dah ok. bg bdn rehat sikit bulan puasa. tumpu pada ibadah. setahun skali je dtg ramadhan tu. pulun abis2. :p. bg yg aktif bina badan, kena curi masa gak lepas terawih. loading carb ketika berbuka. lepas terawih cari gym. byk gym yg extend masa buka time bulan puasa. ada yg sama kul 1 pagi

  2. dato’ , nak tanya. Kalau kita trainning super set dengan high rep, boleh ka kita gunakan whey protein untuk diet

    1. Zaki Khan says:

      boleh. tp pastikan makan yg lain pun cukup

      1. thanks, teringin nak sampai ke firegym..kalau pi ke rawang, insyaallah

        1. Zaki Khan says:

          boleh. 24hb ni start 9.00mlm-11.00mlm, ada function bersama syukri the wheel, dia akan buat show

  3. first time comment…
    Info yg menarik dan ilmu-ilmu binabadan yg terbaik tak sangka rupanya dkt je kat Rawang…ade masa nanti saya sampai jumpa sifu….saya kat Rasa.
    En Zaki memang sentiasa ade di sana.
    Bagi info waktu gym…

    1. Zaki Khan says:

      jrg kat gym. biasanya ada sorang lg kat gym. :D. kebanyakan masa ada kat thailand. kalau nak jumpa, bgtau dulu. buat masa ni gym dibuka dari jam 3 ptg hingga 12 malam.

  4. Ada tak info tentang susu yang ada di pasaran,contoh fresh,low fat atau skim milk . Dengar cerita skim milk lebih baik untuk pembentukan otot tetapi skim milk selalu membuatkan perut memulas,,,komen ?

    1. Zaki Khan says:

      skim milk contain lemak. bukan sahaja pembentukan otot tp bulky. low fat contain better CLA utk fat burning. yg buat sakit perut disebabkan kandungan lactose. ada org lactose tolerance terlalu tinggi. elok elakkan.

  5. sye dengar jika main tali skipping…adakah muscsle
    akan naik atau hilang

    1. mmg ada kemungkinan besar kehilangan otot. kecuali bg org yg staminanya tinggi. berbalik pada konsep latihan kardio. jika heart rate jd terlalu tinggi, bdn akan catabolic, otot akan dibakar sbagai sumber tenaga

  6. masa yang sesuai men dumbel n pumping bila???bkn pa..sya kadang2x xtentu masa latihan nie. puasa lagi nie..time yg ble sya latihan agak2x jam brapa..??

  7. saya seorang lactose intollarance, bagaimana psyllium hust boleh membantu orang yang berpenyakit seperti saya? adakah dengan mengambil psyllium hust ,saya boleh mengambil muscle juice?

    1. boleh delay pembuangan je. x membantu hilangkan masalah lactose tu. jd dpt la serba sedikit protein yg diperlukan. 🙂

      1. ok terima kasih datu’.nampaknya kenelah ambil protein semulajadi.

  8. aslmkm boleh terang kepada sy khasiat CLA (CONJUGATED LINOLEIC ACID) dan betulkah ia boleh menggantikan fat burner

  9. Dato’? supplement apa yg sesuai untuk digunakan di bln puasa?? casien protien ok x dato”??

    1. apa protien yg sesuai untuk jaga muscle waktu puasa dato’?? mf take time dato’

        1. bagaimana dgn latihannya pula dibulan ramadhan??

  10. just quick question.. bolehkah saya mengambil sustanon + deca steroid injection seminggu sekali while tengah berpuasa?

    thanks

    1. x brapa adviceable. bila ambil steroid, protein synthesis meningkat. u need protein. tp makan plak kurang di bulan puasa. seeloknya amik 1 bulan utk berehat.

      1. jika di ambik jugak.. bila kah masa sesuai injection? tengah hari? berapa lama kah tempoh steroid take place before berbuka puasa?

  11. salam..
    Dato..
    saya nak tanye,kalu pemakan untuk bina badan lebih kepada protein n karbo…betul ke??
    makanan pantang untuk bina badan ape ye?
    kalu tido berape jam pula?
    kalu first time masuk gym….ape langkah pertama perlu dibuat??

    1. malim deraman says:

      langkah dengan kaki kanan

  12. salam…dato..nk tanya

    12 lbs serious mass baper serving ?

    bodyfat saya 15-20% boleh pakai serious mass x? just untuk build otot

  13. dato ,masa rest day selepas hari workout adakah patut diminum whey protein ke tak perlu?

      1. dato’ apa tips nak kekalkan kepejalan otot secara semula jadi tatkala puase mahupun x? supplement2 kat lua mahal sngt.

  14. Ghazali Sahib says:

    Apa pantang larang semasa amik steroid sustanon

  15. As salam dato..
    berat saya 93kg tinggi 175cm..saya mula minat nak jaga badan dan Berjinak2 dlm Dunia gym..Untuk hasil yg terbaik adakah saya perlu buat senama kardio untuk turunkan berat badan dulu atau terus dengan latihan bebanan..

  16. Assalam Dato’
    Bagi yang hendak kecikkan peha, boleh ke buat squat setiap hari tanpa rehat sehari? Tq in advance.

  17. Sye nk tanya sye nk slum sado kene workout yg seimbang ke .sye tgk ade yg dada je besa ramping ,geli

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: