Soalan Lazim 4

Sambungan dari
Soalan Lazim 1
Soalan Lazim 2
Soalan Lazim 3Kursus Kecergasan 2024

30. Adakah elok training sebelum berbuka puasa?

Disebabkan masa terlalu lama sekitar 12 jam perut kosong, keseimbangan nitrogen menjadi negatif. Jadi adalah tidak digalakkan berlatih sebelum berbuka. Keseimbangan nitrogen negatif akan menyebabkan otot dibakar menjadi tenaga. Andai kata di tempat anda tiada gym yang buka lewat malam dan anda masih ingin berlatih, lakukan latihan kompoun sekitar 30 minit sebelum berbuka. Tidak perlu latihan yang berintensiti tinggi.

31. Bilakah masa terbaik bersenam pada bulan Ramadhan?

Seeloknya sekitar 2 jam selepas berbuka untuk memberi ruang kepada penghadaman. Kebanyakan gym di sekitar Kuala Lumpur buka sehingga lewat malam. Cuma mungkin di luar bandar yang tutup awal. Jika perlu, lakukan senaman ringan di rumah menggunakan berat badan bagi yang tidak berkesempatan ke gym. Masa terbaik untuk latihan kardio adalah sebelum sahur. Tidak menjadi masalah bagi seorang yang aktif sebelum ini untuk berehat sebulan bahkan mungkin lebih baik, dengan memberi ruang pada pemulihan.

32. Kenapa saya mengantuk selepas berbuka?

Setelah sekian lama berlapar, tetiba ada kemasukan karbohidrat. Lebih-lebih lagi yang mudah dibakar. Bagi mereka yang sihat, badan dapat menerima purata 5g glukosa dalam darah dalam sesuatu masa. Apabila melebihi, badan akan merembeskan insulin. Insulin akan menarik glukosa ke dalam otot yang kehilangan simpanan glikogen berikutan puasa dalam 1 jangka masa yang lama. Ini menyebabkan glukosa tidak dapat disalurkan. Badan tidak mendapat tenaga yang mencukupi. Jadi ketika berbuka, kurangkan pengambilan gula segera atau elakkan bagi yang sedang menguruskan badan. Jangan makan keterlaluan ketika berbuka.

33. Apa yang patut dimakan untuk pertahankan otot yang ada ketika berpuasa?

Tingkatkan pengambilan lemak. Lemak di sini bukan bermaksud kulit ayam, tetapi lemak yang baik. Paling mudah dapatkan macam minyak flaxseed. Lemak yang baik mengurangkan pecahan protein badan untuk sintesis.

34. Bagaimana dengan pengambilan protein semasa berpuasa? Bila sepatutnya saya ambil makanan tambahan protein?

Pengambilan protein masih boleh mengikut kiraan biasa, cuma mungkin bagi sesetengah orang agak sukar membahagikan masa makan. Sekurang-kurang cuba bahagikan ke 3 menu. Seeloknya lebih. Pengambilan makanan tambahan protein boleh dilakukan diantara masa-masa menu kerana secara lazimnya, berbuka dan bersahur dah makan banyak.

35. Kenapa saya boleh mengangkat bebanan lebih menggunakan dumbbell berbanding menggunakan barbell?

Tarikan graviti dan daya di tempat yang berlainan. Jika menggunakan dumbbell, tangan betul-betul berada di tempat tarikan graviti manakala jika menggunakan barbell, ada jarak diantara daya dan graviti. Hukum fizik mengatakan jika terdapat jarak, momentumnya berlainan.

36. Kenapa saya boleh menggangkat berat yang tinggi menggunakan mesin tetapi apabila mengangkat beban seperti beras masih terasa beratnya?

Mesin di gym menggunakan sistem tuas. Lebih banyak tuas (pulley), lebih ringan beban yang diangkat. Jadi beban sebenar diangkat bukan yang dinyatakan pada plate tersebut.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

45 thoughts on “Soalan Lazim 4

  1. Abg Kidd Rock says:

    salam tuan, maknanya, kalu sebelum berbuka, bulehkah kita buat sedikit eksesais kardio dan juga push up..?

    1. salam, kardio jika boleh elakkan sbelum berbuka. bdn dehidrasi n kecenderungan bakar otot tu tinggi. push up ok

  2. Syauki Afandi says:

    weight training sekitar 15min ok tak?
    thanks…

    1. kalau xde pilihan masa yg lain. buat compound movement sebelum berbuka, cam squat, bench press, deadlift dll.

  3. Bagus nya topik ni…banyak topik trjawab buat kita2Orang baru ni, walaupun nampak simple, tapi amat2 brmakna. Nak tanye segan, asyik tanye je. Yang join blog ni pun ramai org2 baru dlm dunia gym, yang dah lama trlibat pun, kadangkala byk yg x sure. Bila dh join blog ni, baru tau byk nya prkara kena ambil tau WALAUPUN asas nya simple je, Makanan, Senaman n Rehat.

    1. dlm blaja, jgn segan bertanya. x kira di mana berada. saya sendiri slalu bertanya. proses blaja x pernah abis

  4. Bagus info kali ini kerana berkaitan dengan puasa.Saya telah kehilangan berat sebanyak 2kg dalam masa 5 hari.Otot juga semakin susut.Dengan info di atas saya dapat memperbaiki menu makanan saya,terima kasih Tuan.

    1. hilang berat semasa puasa kemungkinan drpd sumber air dan otot.

  5. terjawab persoalan no 32..dari thn lepas lg klu lpas bbuka mst mgantuk gila..huhu

    1. sama juga jawapannya, kalau breakfast heavy pepagi, cam amik nasi lemak. pastu ngantuk. 🙂

  6. salam dato’,
    untuk pertahankan otot, selain myk flaxseed, minyak zaitun tak leh ke?
    selamat berpuasa dato’

    1. salam. minyak zaitun termasuk dlm kategori lemak yg baik juga, tp lebih pada omega-9. boleh diambil. cuma jika hanya menggunakan minyak zaitun, tambahkan ikan dlm diet harian. antara pilihan cam tuna, sardin, salmon

  7. salam dato’
    sy ada dapat diskaun kat kdai spplmnt nie..
    sy tringin nk spend sbb tarikh luput diskaun tu ari isnin nie..
    memandangkan spplmnt sume ni slalunya mahal2 blaka, so diskaun 40% ni dah cukup bagus utk saya guna..
    masalahnya sy tak tau nk beli ape..
    sy dh bli ON whey 100% gold
    sy pun dh ada fish oil dgn multivitamin..
    so, klu sy beli creatine atau glutamine atau branched-chain amino acids (BCAAs), ok tak?
    atau dato’ ada cdgn yg lain?
    just nk tau je..klu tak perlu sume tu, dato’ bgtau la k..

    1. boleh kalau nak beli, tp elok beli whey utk disimpan, kalau abis yg lama, masuk yg baru.

  8. nak tanya. sy pernah gemok 120kg dan sekarang sy sudah berjaya kurang kan berat badan sebanyak 45kg..masalahnya sekarang kulit sy jd gelebih..apa yg patut sy buat dan sy makan?

      1. terima kasih dato..nak tanya lg 1 hehe adakah pati mustajab memberi kesan untuk kulit yg lebih2 ni?

  9. Assalam dato’…
    melalui apa yg sy faham, utk bsrkn badan tidak perlu membuat byk latihan utk satu2 part bdn krn ini akn mengakibatkan byk kalori hilang dan mmpu membantutkan proses mmbesarkan bdn (kalu sy salah tolong perbetulkan)…

    soalan sy, apa cara terbaik utk mmbsrkan bdn? cukupkah sekadar 1,2 jenis latihan utk satu2 part body…?? bagaimana pula dgn kiraan sets dan reps…??

    -p/s : maaf kalau soalan ni dh dijawab… sy dah cari tpi x jumpa… TQ

    1. wasalam

      jika mampu makan byk, boleh je
      jika tidak. boleh buat 1-3 game 1-4@5 set. jika bodybuilding, aim 8-12. set terakhir, atau 2 set terakhir, boleh aim power training, heavy 1-6 rep, supaya boleh tambah berat utk next week.
      atau pun, jika masih x boleh angkat berat. boleh tumpu pada 3 game ni, squat, deadlift, bench press, paling kurang aim 1xberat bdn sendiri atau lebih.

      1. terima kasih dato’… sy akan praktikkan…

  10. salam dato , saya selalu bangun pagi pkul 7.30 dan pkul 8.00 pagi saya terus pi ke gym tanpa bersarapan dah hanya minum protein dah creatine sahaja . saya training dlm masa satu jam dan bila balik barulah saya bersarapan dan mengambil creatine kali kedua . jika ini rutin harian saya adakah boleh membesarkan badan saya dato ? saya makan 6-7 kali sehari

    1. wslm. boleh. tp larat ke nak angkat berat dgn protein shake saja?

  11. Salam Dato.

    Adakah gabungan supplemen weight gainer dan creatine memadai utk buat size ataupun masih memerlukan tambahan supplemen lain utk membuat size dgn pantas?
    saya sudah menjaga pemakanan dan ingin mengetahui kombinasi suplemen yg bagus dlm mempercepatkan sizing.

    tq dato

    1. sy x galakkan penambahan supplement, tp tambah makanan natural.
      kalau x boleh nak tambah gak, mungkin selera makan kurang, tambahkan vitamin b complex

  12. as salam dato,,sy ada beberapa soalan..

    1. sy berat dlm 70 kg n tnggi 173 mcm tu,,kira ok la badan, tp dlu sy pernah gemuk, so skrg bnyk lemak dkt bhgian dada & perut..dan bnyk lg la bhgian lain..mcm mne nk hlgkn lemak tu ye ?? sedih body jd x cntik =(

    2. sy bru jgk maen2 dumbell n pergi gym sikit2 ni..tp bdn sgt sakit lepas tu..smpai x bleh grk..sy perlu mkn suppliment ke,,?? atau mkn je telur bnyk2..?? klu mkn suppliment,,suppliment ape ye,,?? sy xnk tmbh berat bdn, juz nk hilangkan lemak2 yg lebih n bg body cantik skit..

    thx dato coz sudi bantu sy..

    1. 1. pemakanan yg cantik, tu yg 1st, baru diikuti latihan yg betul.

      2. sakit tu normal, doms atau delay onset muscle soreness. aktiviti x pernah buat. jgn fikir supplement dulu. amik telur putih pun dah ok.

      1. thx dato..sy akn praktikkan..
        tp ad lg satu soalan,,ape mksud dato dgn pmakanan yg cantik..ape yg ptt sy mkn dato ??
        dato bleh bg contoh x ape menu yg sesuai untuk pagi, tgh hari n mlm..sbb kdg2 sy mkn je smua bnda..thx dato =)

  13. salam…
    saya confius cara makan telur ayam.

    1)ada yang kata JANGAN makan kuning tlur?
    2)ada yang kata boleh makan kuning dan putih?

    jadi yang mana kah yang betol?

    dan cara masak yang terbaik adakah dgn merebus telor atau sepruh masak?

    trima ksih….harap tuan sudi luangkan masa mnjwab soalan saya..

      1. terima kasih bnyak tuan……

  14. salam dato’…maaf menanya…apakah kesan jika dah lebih dari seminggu x p gym…kerana sambut raya…sibuk dgn kunjung mengunjung…penat layan tetamu….jd apa pendapat dato’ pasal x p gym dalam jangka masa yg lama ? terima kasih dato’

      1. tq dato’….jadual saya untuk latihan beban…isnin; bisep dan dada…selasa: Kaki…Rabu: rehat….Khamis: back…Jumaat: Bahu dan tricep…Sabtu ahad: cuti….saya buat dalama 45-60 minit…12 rep setiap set…untuk semua jenis latihan…apa pendapat dato’?
        tq dato’

          1. ok dato’tq

  15. asallamualaikom dn selamat sejah terah.
    sy ada beberapa soalan yg inging ditujukan. setuasi begini
    saya telah mengambil makanan tambahan seperti supplement dn pada waktu yg sama sy mengambil fatburner untuk membakar lemak sy dgn cepat.
    adakah ini sesuai untuk badan kita atau ada kesan negetif kerana supplement yg kita makan bercampur dgn supplement yg lain.. ???

  16. Salam.sy skrg tgh konfius.sy x pasti sy ni kurus ker gemuk ..perut saya buncit tpi tangan saya kecik and halus?.sy kene amek weight gainer ker fat burner?or both..xtau cner nk start.nk kene makan byk ker ? or kurang kan

  17. 1.salam dato’, sy ada dgar dri kwan2, katanya suplemen ad byak bad effect.. sy takut psal sy goal nk tambah berat, so sy beli serious mass.. adkah ia baik unt sy…

    2.klu ble nk dato’ komen sikit jadual makan sy

    7.30a.m roti w.grain (3keping), telur 1/2masak (3biji)

    10.30a.m roti w.g (2keping), telur 1/2m (2biji)

    12.00a.m pisang (2biji)

    1.45p.m nasi lauk ikan/daging

    4.00p.m 1/2scoop serious mass (1hour 30minit sblum latihan)

    7.10p.m 1/2scoop serious mass (10minit lpas latihan)

    8.00p.m nasi lauk ikan/daging/ayam

    10.30p.m 1/2scooop serious mass (30minit sblum tidur)

    3. sy tidur dari jam 11p.m-5.30a.m, 3p.m-4p.m, adakah tidur sy memadai?

    1. makan ayam bandar pun ada side effect. tp side effect begini biasanya kita tutup mata. mcm tu supplement. jadual xde masalah. sebelum training n sbelum tido elok tambah oat. tp nak kata cukup ke x kena ikut berat bdn dan sasaran.

  18. salam , adakah consume telur 4 biji sehari akn ade side effect?

  19. Hai.. Saya nak tanya.. Sesama saya sedang melakukan latihan untuk sixpack.. Perut saya ada berasa sakit lebih² lagi ketika ketawa.. Hendak baring dan sebagainya.. Adakah itu petanda yang tidak baik ataupun sebaliknya

Leave a Reply to kam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: