Soalan Lazim

Antara soalan yang sering orang tanya saya.

1. Kenapa lepas latihan otot saya kembali kendur?

Latihan bebanan menyebabkan serat otot menjadi ketat demi melakukan kerja mengangkat bebanan disertai penumpuan darah menyebabkan otot nampak membesar ketika latihan. Selepas melakukan kerja, serat otot akan kembali menjadi kendur. Membina otot mengambil masa. Untuk yang baru sekurang-kurangnya 6 minggu untuk nampak hasil yang baik. Antara cara untuk membantu pembesaran cepat adalah melakukan regangan pada otot bekerja selepas latihan bagi membolehkan penyaluran darah lancar untuk memberi nutrien diperlukan otot akibat latihan bebanan.

Kursus Kecergasan 2024

2. Bagaimana caranya untuk mempercepatkan pemulihan akibat latihan yang ekstrim?

Antara cara yang boleh digunakan adalah mandi dalam air ais.

3. Apakah air yang sesuai diminum ketika latihan?

Air yang sesuai diminum ketika latihan adalah air sejuk 2-4 darjah selsius. Kenapa? Kadar mengosongkan perut untuk air bersuhu rendah adalah lebih tinggi berbanding air panas. Air diserap di usus bukan di perut. Pernah tak berlatih selepas minum air suam, merasakan air bergoncang-goncang di perut? Dalam latihan, kita mengeluarkan banyak air dan perlu digantikan segera. Air sejuk dan bukan air ais. Bagi yang menyasarkan bakar lemak, elakkan air bergula termasuk isotonik ketika latihan jika tidak perlu.

4. Kenapa selepas latihan dan saya bercuti untuk dua hari, berat saya bertambah?

Semasa latihan badan akan mengosongkan glikogen simpanan dan glikogen akan kembali disimpan ketika rehat. Satu gram glikogen mampu menyimpan sehingga 4g air. Jadi berat yang bertambah disebabkan retansi air bukan kerana penambahan lemak. Penambahan lemak memerlukan masa sekurang-kurang 7 hari makan berlebihan, kalori akumulatif.

5. Anak saya berusia 12 tahun dan akan mewakili sekolah dalam pertandingan badminton, apa yang patut dia makan?

Yang membezakan antara atlet dan sedenteri adalah jumlah makanan dan masa pemakanan. Untuk atlet, masa pemakanannya berbeza, untuk latihan lain, untuk pertandingan lain, untuk rehat lain dan kuantitinya berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Semasa menghampiri pertandingan, boleh lakukan penambahan karbohidrat untuk tenaga.

6. Kenapa saya kejang ketika berlatih?

Ada banyak penyebab kejang, yang paling biasa adalah disebabkan kebocoran kalsium disebabkan latihan dan juga kekurangan garam. Bagi yang melakukan ulangan yang tinggi, boleh tambahkan makanan tambahan potassium sebelum memulakan latihan.

7. Disebabkan kerja, saya tiada masa bersenam, adakah saya boleh gantikan dengan bersauna?

Seperti yang saya bincangkan dalam topik Adakah Sauna Bakar Lemak?. Sauna tidak boleh digunakan untuk membakar lemak walaupun ada sedikit peningkatan metabolisme ketika bersauna melainkan jika anda bersenam di dalam sauna. Penurunan berat badan selepas bersauna adalah disebabkan kehilangan air dalam badan yang mana perlu digantikan segera. Jangan terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan sesetengah pihak yang hendak melakukan produknya. Jika punyai masa untuk bersauna, elok gantikan masa itu untuk bersenam. Tidak semestinya bersenam di gymnasium, boleh juga dilakukan di rumah.

8. Saya dah main 3 bulan tapi tak nampak hasilnya. Kenapa?

Kaji balik di mana silapnya, mungkin dari segi latihan, makanan, rehat, atau sebab-sebab lain. Cuba lihat topik Orang Baru dan Pelan Pemakanan.

9. Apakah program latihan terbaik?

Jika ditanya secara peribadi, saya sukakan program X-Rep. Saya akan tulis dalam satu topik di masa akan datang. Mulakan dengan program asas dahulu. Lihat Sistem Latihan dan Rangka Senaman. Jika sesuatu latihan itu berkesan, maka baik lah dia.

10. Adakah patut saya pakai steroid?

Sebagai seorang profesional, saya tidak menggalakkan penggunaan dadah sukan. Dadah sukan banyak keburukannya berbanding kebaikan, tetapi bagi atlet yang bertanding yang mungkin memerlukan, dapatkan nasihat pakar dahulu.

11. Apakah makanan tambahan yang patut saya gunakan?

Sebelum memulakan pertambahan makanan tambahan dalam diet, pastikan diet harian cantik. Diet yang merapu jika dicampur dengan penggunaan makanan tambahan mungkin tidak mendatangkan hasil atau sedikit sahaja hasil. Tiada pil ajaib di dunia ini untuk membina badan. Makanan tambahan hanya tambahan dalam diet harian, bukan kemestian. Saya akan cuba menghuraikan serba sedikit tentang makanan tambahan, adakah ianya berkesan atau semata-mata gimik sahaja? Buat sementara sila rujuk laman Makanan Tambahan Bina Badan.

12. Apakah yang sesuai diambil selepas latihan?

Benda pertama diperlukan badan adalah glukosa. Badan sudah kehabisan glukosa dan simpanan glikogen jika melalui latihan yang betul, jadi memerlukan gantian. Karbohidrat juga diperlukan untuk meneruskan membakaran lemak. Jika mengambil protein whey selepas latihan, ada kemungkinan ianya akan ditukarkan ke tenaga. Jadi berlaku pembaziran di situ. Antara cadangan saya, bawa pisang ke latihan dan makan selepas latihan. Jika ingin minum protein whey, 30 minit hingga 2 jam selepas latihan. Jika ada menggunakan makanan tambahan yang lain, boleh amik BCAA selepas karbohidrat dan diikuti glutamine, dan akhir sekali protein whey.

Bersambung ke
Soalan Lazim 2
Soalan Lazim 3
Soalan Lazim 4

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

116 thoughts on “Soalan Lazim

  1. terima kasih kerana menjawab soalan saya itu

  2. sy ni bdn kecik, dah main sekian lama, tp x besar, apa yg patut sy buat? ada supplemen yg elok diambil? serius mass ok ke?

  3. nurfatihah says:

    dato, nak tanya, atkin diet tu ok x?

  4. sasuke, mulakan dgn program asas. tiga yg utama, bench press, squat n deadlift. kukuhkan 3 tu supaya boleh angkat berat. konsep membina ni senang. angkat berat utk otot yg besar disertakan dgn makanan yg cukup. biasa saya tgk, yg kurus2 ni training mcm nak kuruskan bdn. :D. contoh cam main shoulder, dari shoulder press, ke dumbbell shoulder press, ke side lateral, ke front raise, ke back row, ke up right row ke shrug. perlu ke byk2 tu? u burn more calorie compare to what u need to build size.

    lebihkan kalori intake base dgn metabolisme bdn. biasanya yg kurus ni metabolisme tinggi. cara kiraan bleh check dlm topik sbelum ini.

    http://strengthsifoo.com/orang-baru/

    jika ada peruntukan, x salah guna supplement cam serius mass utk increase calori intake. mungkin makanan sehari x cukup kalori dan susah nak tambah makanan solid lg. cuma masa amik, kalau boleh amik in between meal dicampur dgn oat utk delay absorbtion. kecuali lepas training, jgn campur oat

  5. nurfatihah, saya sedang usahakan topik atkin, topik ni agak besar. ada pro con dalam diet atkin ni. nantikan yer. :p

  6. kreko-kreko says:

    dato, 100 plus ok ke minum? ada org kata x elok

  7. xoxo_shiro, terima kasih kerana berkongsi. cuma itu review daripada atkin sendiri.

  8. kreko-kreko, 100 plus walaupun minuman isotonik yg elok, tp perlu diingatkan gula tetap gula, jd bg yg sedang menguruskan badan, bila dah kosongkan glukosa dlm darah then kita supply lg gula, maka gula tersebut yg akan diproses sebagai tenaga dan bukan lemak.

  9. Good post! I have a random question for you. How do you get your blog indexed by bing? I have a related web blog.

  10. dato’… sy nk tya… mcm mane nk berisi kn bdn?? sy umr lingkuan 20an.. tp sy kurang berpuas dgn bdn sy sekarang… sy mahu berisi lg…. sy ketegori jenis kuat makan tp bdn xnaik juga…. sy perlu pndapat dato’ untk bntu masalah sy nie…

  11. Zaki Khan says:

    ping index? what is that?

  12. khairul_aiman says:

    en zaki… sye nk tnya klu cm sya nk burn fat n get ripped?? adakah sya ptut menggunakan fat burner or mass gainer utk membentuk otot2 baru?

    1. Zaki Khan says:

      jgn bergantung pada fat burner saja utk bakar lemak. proper diet tu penting. kalau perlu tambahan dan ada budject lebihan, boleh campurkan whey protein ngan gainer biasa.

  13. salam..
    blog yg sangat bagus dan menarik. rajin gak follow. mbr yg introduce. thanks to both of u.
    berat sye skrg 60.5kg bf 14%. sya nak stay lean n gain muscle dan target pada ujung tahun berat 65kg, bf single digit (below 10%) blh bg advice untuk capai matlamat sye. dah 2 bulan berat x naik tapi getting a bit ripper rasenyer 😛 ( ada gain saiz pada otot overall 1/4″, waist getting narrower by 1/4″) sya ada ambil whey utk post W/O drink dan tidak mengambil ape2 steroid.

    1. Zaki Khan says:

      boleh detailkan sikit apa yg dibuat skrang? dari segi workout, makan dll. antarkan ke email saya di jaytiraa@yahoo.com

  14. thank you bro. Nti sya emailkn details. Highly appreciated and TQVM!

    1. Zaki Khan says:

      nanti saya balas yer.

  15. Dato’ kebiasaan kita measure body parts sebulan sekali utk tau ada improvement atau tak. Tapi kalau kita nak tahu workout yg kita pada hari itu mencukupi utk stimulate muscle growth? Contohnyer mungkin kena ada rasa sore kurang2 24jam slps workout ke atau nak ada rasa muscle fullness 3-4jam slps workout ke? Kena nak ada rasa pain sbb “NO PAIN NO GAIN” :)) hehe.

    1. Zaki Khan says:

      kalau rasa sakit, mungkin baik mungkin x baik. bg yg dpt adapt training dgn cepat n recovery cepat mungkin dgn diet yg cantik atau dgn bantuan supplement, mungkin rasa sakit tu sekejap je. 1-2 jam. kalau sakit lebih drpd 5 hari. ada kemungkinan something wrong gak. ada kemungkinan injury atau slow recovering. kalau lebih 5 hari x recover, ada kemungkinan makan x cukup or rehat x cukup or over training or ada masalah lain yg menyebabkan bdn x dpt terima.

      jd cara terbaik, measure, tgh dari segi muscle size, fat, atau mungkin strength, power dll. boleh buat sebulan sekali, jgn terlalu kerap. kekadang cara paling mudah ialah tgk cermin, buka baju tgk depan cermin, kita puas hati x ngan bdn kita skrang.

      1. sblm ni cuma buat post moterm pada measurement saje. sbenarnye bnyk faktor ln kena ambil kira. penjelasan yg jelas. TQ.

  16. khalid_ipoh says:

    salam dato….klu saye ambik mass protein tp sy jarang ker gym x per ker????
    ader kesan pada badan x???? mmg jarang ker gym workout pun kat rumah jer

    1. Zaki Khan says:

      pengambilan kalori tambahan tanpa workout, tanpa keperluan akan dianggap sebagai kalori berlebihan, dan yg berlebihan akan disimpan sebagai lemak, samada di perut atau part2 lain

      1. khalid_ipoh says:

        dato..suppliment yg dato cadang kan tok saya yg beginner ni aper???
        saya dah 3-4 bulan workout…

          1. khalid_ipoh says:

            terima kasih dato

          2. khalid_ipoh says:

            maklumat yg berguna

  17. dato saya ingin ambil makanan tambahan….tapi tak tahu nak amik whey protien, atau mass protien, atau mass gainer…boleh dato terang kan kegunaan2nya tak????

    1. Zaki Khan says:

      saya ada terangkan serba sedikit dlm e-book kebenaran tentang makanan tambahan tu. boleh cuba baca dulu. pemilihan makanan bergantung pada keperluan. sasaran. nak kena tau gak nak jd camna. x perlu bazir duit utk apa yg tidak perlu

  18. Thank you for the auspicious writeup. It in fact was a amusement account it. Look advanced to far added agreeable from you! However, how can we communicate?

  19. Dah cuba ikut arahan utk buka E-book tentang kebenaran makanan tambahan, tapi tak bole buka dato ~ Hurmmm….

  20. best la info ni dato’..byk dah sy praktikan..
    memang mendatangkan hasil..=)
    dan terlalu byk info di sini..tq

  21. a’salam dato….mengenai rokok,,sya tahu ianya merbahaya….bagaimana dgn keburukan shisya??adakah ianya merbahaya dripada merokok….???

    1. wsalam. insyAllah nanti saya buat 1 entri pasal ni. terlalu panjang utk dihuraikan.nantikan

  22. ekmal hafiz says:

    dato untuk tgh cuting leh mkn pisang ke lpas latihan…

    bleh x bgi cdngan mknan apa yg perlu slepas latihan

  23. si bingung says:

    Dato’ ade mengatakan bole amek whey + gainer protein.
    Bolehkah sy amek myofusion probiotic + real mass?tq

  24. boleh ke turunkan berat badan dengan makan fat burner & whey protein myofusion probiotic?

  25. Salam dato, boleh kah sy mengambil fat burner+ testosterone booster + nitrotech pada msa yg sama?????

  26. hidayat10 says:

    Saya ingin bertanya, berapakah harga Serious Mass pihak anda jual? saya dah menghantar mesej tetapi tidak dibalas, terima kasih

  27. Dato saya baru start whey proten dan setiap kali ke gym saya ambil ikut arahan yg dibenarkan ..nak tanya whey ni bagus x untuk kesihatan ada apa2 infacsion x pada kitney ..kalau pengambilan berterusan..

    1. kalau berlebihan. tp jrg kes berlebihan kat malaysia ni. berlebihan termasuk dgn makanan natural. kebanyakan org di sini cam x cukup protein.

  28. Dato,rmai yg mengatakan membuat protein shake menggunakan telur mentah atau meminum sahaja telur mentah itu tidak memudaratkan kesihatan dan membekalkan protein yg cukup untuk badan . Rmai jugk mengatakan telur mentah tu memudaratkan kesihatan . jadi soalan sye mana satu betul dan salah? harap dato balas . thanks 😀

    1. ada org tiada perut sensitif, tiada masalah dgn bakteria yg masuk. ada org ada masalah n akan menyebabkan sakit perut. seeloknya, elakkan telur mentah utk elakkan masalah yg mungkin timbul.

  29. dato,melakukan latihan yg kerap contohnya abs circuit,chest press dan sbagainya, adakah boleh menyebabkan tumbesaran terbantut??

    1. mungkin. depend dgn faktor2 seperti intensiti dan sebagainya. bdn akan adapt dgn 1 sistem yg sama setiap kali n bdn akan dpt stress dlm masa sama. bdn akan pertahankan lemak daripada dibakar pada tahap stress.

  30. dato,post-workout & pre-workout..yang mane sebelum dan selepas??

  31. dato,adakah merokok akan menjejas kan transformasi badan atau musle2 yg sye nk bina? tolg berikan sebab dato’ thanks 😀

  32. dato’ apakah resipi protein shake untuk 15 ke bawah?

      1. mungkin dato’ ade resipi yg sesuai 😀

  33. 1.[redbull 2 minuman tambah tenaga ke?] 2.[same ke ngan protomalt ke, milo ke ato livita?] 3.[klu minum lps latihan leh ker?] 4.[klu mnm lepas joging] 5.[sesuai ker utk umor 14?]

    1. 1. redbull tu minuman hipertonik, tinggi gula. gula utk tenaga. tp kalau over, insulin mungkin dirembeskan. mungkin jadi tak bertenaga. tp basicly ia air tenaga.
      2. livita kategori sama, hipertonik. milo kategori air berkalori, ada pelbagai nutrition. tp still utk tenaga.
      3. boleh. tp saya jrg cadangkan air hipertonik. better isotonik mcm 100plus dll.
      4. sama seperti jawapan di atas.
      5. boleh, jika menepati latihannya.

  34. klu wat superman back extension sesuai rapat kaki ke, kangkang????

    1. kalau pemakanan cantik, training cantik, rehat cukup. basic program yg baik, 3 bulan.

      1. 3 bulan!! wow ok ok…training cantik tu camne? hardcore ke? tpi kalo x pakai suplement muscle juice,syntha-6 yg jenis protein serbuk tapi saya hnya pakai protein natural macam telur putih boleh ke?

        1. training yg betul. x kisah, jenis mcm scott herman tu ke. atau jenis lain.
          boleh nak makan natural. pastikan cukup dlm apa yg diperlukan.

          1. thanks dato’ 😀

  35. dato’ macam maner nk besarkan badan… saya makan banyak tetapi tiada perubahan macam maner tuh dato’

  36. untuk pengambilan true mass, adakah perlu diambil selang waktu? Maksud saya, minumnya pada waktu srapan, lunch, dinner n lps workout.

    1. masa terbaik, selepas bgn tido dan 30minit-2jam selepas workout. masa lain terpulang.

  37. dato’ weight gainer tambahkan lemak or muscle?

    1. drpd namanya, weight gainer=tambah berat
      berat mungkin otot, mungkin lemak
      seimbangkan dgn latihan dan pemakanan lain kalau xnak naik lemak

      1. kalo badan dh ade lemak , patut ke nk pkai weight gainer kalo nk badan tough? ataupun terus amik whey je?

          1. kalo x leh ambik, kene terus ambik whey kan dato’?

  38. Syafiq Yap says:

    Salam,saya ingin pertolongan tuan

    1. whey myofusion baik ker whey elit xt ni baik?
    2.whey blh membakar lemak ker dan tidak mengemukan bukan ?

    1. 1. dua2 ok, kena try n error
      2. whey makanan utk otot, bantu built otot. otot tinggi=metabolisme tinggi. kalau berlebihan drpd keperluan, boleh gemuk.

  39. dato’ kalo wat dumbell chest press & dumbell flys knape rase lebih lenguh kt bahagian shoulder/tricep? adakah saya buat tu salah?

  40. Salam, bru2 ni sy dah bli super mass gainer. Sy ingn brtye adkh protein ni sesuai untk mmbsarkan bdan,otot atau Zaki boleh cdngkn bbrape susu protein yg mmbsarkan otot,bdan. TQ.

  41. daot’ camne nk dapatkan urat kt tangan?

  42. ebook x leh download la dato’, cmne ni? x retila sy..

      1. dh cube, tp x leh gak..cmne ni?

  43. dato’ sye baru dalam agkat besi ni… 1 soalan untuk dato’..apakah maksud cuting dan bulking??

  44. dato’..adakah mandi air panas/suam/sauna akan mengakibatkan pengeluaran sperm berkurang dan menyebabkan lemah tenaga batin?

    1. terdedah pada suhu tinggi utk 1 jangka masa yg lama boleh beri effect. tp sekejap dan tidak terlalu tinggi tidak perlu risau.

  45. Salam dato.saya ada ambil syntha 6 dengan muscle marinade untuk energy,tapi saya tak tahu Jadual yg betul untuk makan benda2 semua 2..sy baru main gym 5hari,boleh dato kasi wktu yg sesuai saya makan synta 6 dgn muscle marinade ??? Nthen berapa scoop sy perlu guna untuk synta 6??berat 74kg,tinggi 169 😀

    1. amik pagi dan 30 minit selepas workout. muscle marinade sebelum workout.
      amik 1 dulu. yg lain cukupkan drpd solid food.

  46. Dato..lagi soalan dato,sy baru nk buat badan..xmo besar sgt laa..cm model ok la..first sekali sy dtg gym.work out apa perlu saya buat?? berat 74kg tinggi 169 😀

  47. danismail says:

    Sepatutnya protein whey diminum selepas atau sblm workout Dato

    1. bila2 boleh, tp masa paling diperlukan 30minit hingga 2 jam lepas workout.

  48. Muhamad Aidil says:

    Salam dato,ada ke istilah ‘overtraining’ serta kesannya pada beginner.

  49. Bolehkah otot dada kita membesar kalau senaman push up tanpa guna whey protien ?

  50. Salam dato nk tanya yg no 12 tu sy kurang faham sgt ttg karbohidrat apa yg perlu diambil selepas karbohidrat baru amik BCAA ngan glutamine tu?

    1. Zaki Khan says:

      wslm. antara choice mudah, pisang, 100 plus etc.

Leave a Reply to kreko-kreko Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: