Soya

Soya dikatakan memberi manfaat kepada wanita dalam pelbagai cara, manakala soya juga dikatakan memberi pengaruh tidak baik kepada lelaki. Sejauh mana kebenarannya?

Kursus Kecergasan 2024

Menurut kajian kesan pengambilan soya terhadap lelaki, pengambilan diet yang kaya dengan isoflavon soya untuk satu jangka masa panjang boleh mempengaruhi sikap dan tingkah laku lelaki tersebut. Isoflavon adalah bahan penambah semulajadi estrogen dalam protein soya.

Purata kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada 120mg isoflavon setiap hari sekurang-kurang setahun menunjukkan kesan perubahan. Pengambilan kurang daripada 100mg isoflavon sehari setiap hari selama setahun tidak menunjukkan apa-apa kesan ke atas serum seksual, isi padu zakar, atau kualiti air mani. Kajian dijalankan untuk mengkaji kesan phytoestrogen terhadap kesihatan reproduktif lelaki. Terdapat sekitar 20mg isoflavon dalam 1 cawan susu soya.

Nama kimia bagi phytoestrogen adalah isoflavon. Phytoestrogen memiliki sifat seperti estrogen (sangat lemah), juga boleh bertindak sebagai anti-estrogen. Sifat anti-estrogen yang dimilikinya menjadi antara faktor soya digunakan dalam melawat kanser payu dara. Terdapat bukti menunjukkan lelaki vegetarian yang mengambil soya memiliki paras testosteron yang rendah sedikit, tetapi penjelasannya lebih kepada kurangnya pengambilan kolestrol dan bukan disebabkan pengambilan soya.

Jadi adakah lelaki perlu bimbang mengambil soya? Tidak! Lelaki tidak perlu bimbang minum soya. Minumlah dengan hati yang girang selagi mana pengambilan tidak terlalu banyak untuk satu jangka masa yang sangat panjang. Cukuplah mendengar pelbagai mitos tentang soya. Adakah soya boleh digunakan untuk membina otot? Sudah tentu, tetapi soya bukanlah pilihan terbaik. Ini dapat dijelaskan apabila dibandingkan BV (biological value) protein. BV soya 74, ayam 80, telur 100, protein whey 100-160. BV adalah sukatan yang digunapakai untuk mengukur kualiti protein. Lebih tinggi BV, lebih tinggi asid amino dan nitrogen.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

20 thoughts on “Soya

  1. Disebabkan kecoh pasal soya baru2 ini di satu group. saya buat entri pendek berkenaan soya yg mudah difahami oleh semua rasanya.

  2. klu beli kedai ada orang cmpr tepung gandum bagi pekat..buat sndri kat umah lbh slmt untuk diminum…klu tempe mcm mana tuan…huhu

    1. btul tu. lg best kalau minum x campur gula. nak telan pun payah.
      tempe gak sedap. :D.

  3. tempe best bro,makanan ruji orang jawa,heheheheh

  4. alamak dato..sy slalu minum soya la..kat bazaar kalo x air tebu, cendol, mesti soya ~~”

  5. amino acid keluaran optimum nutrition dan amino acid keluaran dymatize..
    mana pilihan dato’ dari segi harga,kualiti,keberkesanan,saiz hidngan,tahan lebih lama dari segi hidangan,,,in short kira lbh berbaloi lah?…heheh

    1. kalau compare amino optimum ngan dymatize, sy pilih optimum, sedap lg, kunyah ada rasa lg drpd dymatize, rasa kayu. :D. bg yg yg penting boleh telan dulu, pastu baru tgk benda2 lain.

      1. hahahhaha…terbaik lah..hahah…size hidangan lak mana menang?

  6. arigho sachi says:

    saya selalu minum soya lepas gym….soya serbuk mcm protein shake jenama milillea..kandungan protein 23g kandungan gula 35g..ok ke dato minum soya ni..kandungan gula tinggi sangatla..risau gemuk je…

      1. arigho sachi says:

        tu la pasalnya…minum rase tawar..tapi kandungan gula tinggi..tu yg heran tu

  7. salam dato’
    saya selalu minum soya beku yang direndam dengan air gula merah/putih.
    elok tak dato’?

  8. dlu aku suka mnum soya pstu ade mbe ckp mnum soya boleh mndul mati pucuk betul ke ????

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: