Static Monster 2019

Pada 26 Oktober 2019, saya cuba masuk Static Monster di Hale Athletic, Kelana Jaya. Static Monster adalah pertandingan yang diadakan serentak di seluruh dunia pada 26 atau 27 Oktober atau minggu terakhir oktober setiap tahun. Kali terakhir saya bertanding Static Monster adalah pada tahun 2016. Saya tak berapa kuat pada pergerakan statik.

Akhirnya saya berjaya angkat deadlift 320kg dan log press 110kg dengan berat terkumpul 430kg. Saya berjaya bergelar juara di Kuala Lumpur untuk kategori bawah 105kg di kedudukan kedua terbaik daripada keseluruhan di Kuala Lumpur.

Kursus Kecergasan 2024

Paling mengejutkan, saya berada pada kedudukan ke 24 dunia daripada 149 atlet yang bertanding dalam kategori berat badan di bawah 105kg. Sesuatu yang tak dijangkakan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: