Steroid vs Natty

Apa beza pengguna steroid anabolik dengan bukan pengguna atau dipanggil natty atau natural?

Pengguna steroid anabolik boleh bina otot dengan buat latihan bebanan rendah ulangan tinggi. Mereka tidak perlu cetus sintesis protein melalui senaman itu sendiri. Bina otot berpandukan betapa hebat sintesis protein seseorang.

Pengguna steroid anabolik ada peningkatan sintesis protein 24 jam. Manakala natty dalam keadaan homestatis di mana sintesis protain dan pemecahan protein hampir sama. Natty perlu tingkatkan sintesis protein melalui senaman itu sendiri.

Apabila pengguna steroid anabolik buat senaman dengan ulangan tinggi, aliran darah ke otot akan meningkat. Jika darah itu tinggi asid amino, ia akan disalurkan ke otot untuk proses sintesis. Pengguna steroid anabolik tidak perlu senaman seberat natty secara logiknya.

Jadi secara amnya, apabila otot pengguna steroid menjadi terlalu kuat jika dibandingkan dengan tendon, peningkatan beban latihan kemungkinan menyebabkan kecederaan jika latihannya bukan latihan kekuatan.Kursus Kecergasan 2024

Bukan bermaksud bebanan ringan tidak membentuk otot untuk seorang natty. Anda juga boleh meransang hipertrofi dengan latihan sehingga gagal. Cuma anda mungkin perlu buat 15 hingga 20 ulangan berbanding 6 hingga 8. Anda menggunakan 2 kali lebih banyak glikogen untuk kesan yang sama. Lebih tinggi penggunaan glikogen bermaksud lebih tinggi kortisol dirembeskan.

Disebabkan itu, latihan ulangan tinggi tidak sesuai untuk seorang natty. Jika seorang natty masih nak buat ulangan tinggi, boleh dengan syarat ambil karbohidrat tinggi sebelum atau semasa senaman supaya badan tidak menghasilkan kortisol secara berlebihan. Kortisol adalah hormon tekanan. Jadi seorang natty lebih baik cari bebanan untuk latihan 8 hingga 10 ulangan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: