Stiletto Workout

Bersenam dengan kasut tinggi? Biar betul! Tetapi senaman ini bukan sekadar trend terkini yang diikuti hanya kerana gaya semata-mata. Ianya sangat bermanfaat sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul, dengan berhati-hati.

Mungkin anda sudah pun mengetahui kesan-kesan negatif pemakaian kasut bertumit tinggi terutamanya untuk jangka masa yang lama. Menurut satu kajian, wanita dalam lingkungan 20-50 tahun yang memakai kasut tumit tinggi (dua inci atau lebih) mempunyai fiber otot betis 13 peratus lebih pendek berbanding wanita yang tidak memakainya. Apabila otot betis semakin pendek, tendon Archilles akan mengalami ketegangan dan hal ini boleh membawa kepada kecederaan.

Namun, ianya tidak bermakna anda harus membuang kesemua kasut bertumit tinggi yang anda atau isteri anda miliki. Ambillah langkah berjaga-jaga dari sekarang agar risiko kesakitan dan kecederaan akibat pemakaian yang berlebihan dapat dielakkan.Kursus Kecergasan 2024

Pelan Stiletto Workout

*pastikan anda memakai kasut bertumit tinggi sepanjang senaman ini kecuali semasa melakukan warm up.

1- Heel walk

Luruskan kedua belah kaki dan mulai berjalan di atas tumit sebanyak 20 langkah. Lakukan dua pusingan.

2- Ankle circle

Berdiri tegak, angkat tumit di sebelah kanan dan pastikan hanya jari kaki sahaja yang mencecah lantai. Selepas itu, pusingkan pergelangan kaki sebanyak 10 kali. Kemudian ulangi gerakan yang sama di sebelah kiri pula.

3- Calf stretch

Berdiri menghadap ke dinding. Kemudian, biarkan jari kaki kanan menyentuh dinding sementara tumit kaki pula mencecah lantai. Setelah itu, bengkokkan lutut sehingga regangan pada tendon Achilles dapat dirasai. Tahan posisi ini selama 10-30 saat (mengikut tahap kelenturan) dan relaks. Ulangi gerakan yang sama di kaki sebelah kiri pula.

4- Core workout

Lakukan juga rutin senaman yang mensasarkan otot teras  contohnya, senaman plank. Hal ini kerana otot teras yang kuat bukan sahaja memperbaiki postur tubuh, malahan dapat mengelakkan gejala sakit belakang.

Demikianlah beberapa pelan senaman asas di dalam stiletto workout ini. Sebenarnya, terdapat banyak lagi variasi stiletto workout yang boleh didapati di internet. Ianya dipercayai membantu memperbaiki dan seterusnya menyeimbangkan fungsi otot serta daya imbangan tubuh ketika memakai kasut tinggi. Tetapi anda disarankan untuk memakai kasut yang berketinggian tiga inci atau kurang sewaktu melakukan senaman ini. Langkah keselamatan lain juga wajar dititikberatkan bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini. Cuba lakukan senaman ini secara berperingkat dan elakkan gerakan yang terlalu ekstrem jika anda masih baru dalam stiletto workout.

Walau sebanyak mana pun kesan-kesan negatif berkasut tinggi diuarkan di setiap cabang media, wanita dan kasut tinggi berpisah tiada. Sekiranya anda harus memakai kasut tinggi, cuba kurangkan pemakaiannya di setiap peluang yang ada. Sebagai contoh, pakailah selipar, sandal atau kasut bertumit rata semasa dalam perjalanan ke pejabat dan bertukar kepada kasut bertumit tinggi setelah sampai di sana. Atau mungkin anda boleh selang-selikan pemakaian kasut bertumit tinggi dan kasut bertumit rata setiap minggu? Perbanyakkan juga koleksi kasut tumit tinggi yang bertapak lebih lebar seperti wedges dan kasut bertumit rendah seperti kitten heels yang bukan sahaja lebih selesa, bahkan tidak kurang keanggunannya.

Rujukan:

  1. http://jeb.biologists.org/content/213/15/2582

Entri: Tini Lorna Lim

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

2 thoughts on “Stiletto Workout

  1. Tidak terbayang menggunakan sepatu model seperti itu untuk olahraga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: