Sukan Hari Tua

Apa jadi pada badan kita bila kita meningkat usia lebih-lebih lagi seorang atlet? Dalam kebanyakan sukan, usia kemuncak sekitar pertengahan 20 tahun hingga awal 30 tahun. Tiada kajian tepat bila sebenarnya kemuncak untuk setiap sukan. Ia boleh jadi subjektif juga bergantung pada individu.

Ada juga mereka di peringkat olimpik yang masih menang medal pada usia lebih 50 tahun. Tapi perlu ingat, majoriti daripada sukan dimenangi oleh mereka ini daripada sukan kurang aerobik dan anaerobik, lebih kepada teknik seperti sukan menembak, berlayar, kuda dan sebagainya.

Bagi sukan daya tahan otot, umur tertinggi direkodkan menang medal adalah sekitar 40 tahun. Chris Horner menang Vuelta a Espana pada usia 42 tahun. Pelari marathon olimpik tertua pernah menang berusia 38 tahun. Dara Torres, usia 41 menang renang di sukan olimpik 50 meter gaya bebas. Ia cuma contoh, tak semestinya. Ia boleh di pecahkan.Kursus Kecergasan 2024

Badan kita tak menggunakan oksigen sebagaimana zaman muda. Jumlah VO2max kita cenderung merosot sekitar 10 peratus setiap dekad selepas usia 30. Atlet yang teruskan latihan boleh kurangkan kemerosotan sekitar 5 peratus. Kalau tengok daripada formula, 220 – umur bersamaan dengan kadar nadi maksima juga sudah menunjukkan kemorosotan kadar nadi dengan usia.

Bukan saja kemasukan oksigen merosot, tapi jumlah otot juga merosot dengan usia. Sukan berasaskan kekuatan juga menunjukkan kemerosotan. Latihan kekuatan mensasarkan jenis 2 serat otot untuk hasilkan kekuatan. Kajian menunjukkan serat otot jenis 2 ini mula merosot daripada segi jumlah dan fungsi dengan umur.

Bukan saja sel merosot, tapi pemulihan juga merosot. Kemerosotan serat otot jenis 2 lebih perlahan daripada jenis 1. Dalam bahasa mudah, daya tahan otot atau sukan aerobik lebih cepat merosot berbanding sukan kekuatan.

Entri ini bukan bermaksud suruh anda berhenti berlatih, tapi anda tidak boleh berlatih seperti zaman muda berikutan faktor pemulihan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi sukan yang melibatkan pertembungan seperti ragbi dan sebagainya. Jika anda cedera, ia jauh lebih teruk daripada orang muda cedera.

Bila meningkat usia, anda kena latih secara lebih bijak dan bukan lebih banyak. “Training smarter, not harder”. Anda masih boleh sasarkan kemenangan tapi rancang ikut umur anda. Kurangkan volume, lebihkan kualiti.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: