Suntikan Untuk Kecederaan

Aiman Radzi - Suntikan Untuk Pemulihan

Ramai daripada kita pernah mendapatkan suntikan untuk memulihkan kecederaan, terutama sekali kecederaan otot dan sendi. Pernah dengar orang bagi nasihat kalau sakit-sakit urat untuk pergi dapatkan “jep” daripada doktor? Suntikan ini adalah sejenis suntikan steroid (corticosteroid) dan ia bertujuan untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan pemulihan.

Kebanyakan daripada mereka yang mengambil suntikan ini akan berkata yang mereka sangat puas hati dengan rawatan tersebut. Mana tidaknya, sakit hilang terus! Kemudian, anda perlu ambil lagi suntikan tersebut setiap beberapa bulan atau tahun (bergantung pada doktor). Jika tidak, sakit selalu datang kembali. Adakah ada suntikan lain selain daripada suntikan ini?

Kursus Kecergasan 2024

Platelet-Rich Plasma Therapy (PRP)

Semasa saya melakukan latihan klinikal di sesebuah hospital di Kuala Lumpur, saya sering mendapat pesakit yang mengalami masalah sendi terutama sekali masalah bahu, siku, lutut, dan buku lali. Biasanya, seperti kecederaan bahu (rotator cuff injury), doktor akan lakukan pembedahan atau memasukkan skop untuk membaikpulih semula kecederaan tersebut. Tetapi, di sini mereka menyarankan pesakit untuk dapatkan rawatan PRP daripada doktor pakar di situ.

Menakjubkan, ramai yang telah mendapatkan terapi PRP ini pulih dan berasa gembira dengan rawatan tersebut. Sakitnya berkurang, malah rawatan tersebut seperti tidak berasa apa-apa!

Aiman Radzi - Proses PRP

PRP adalah sejenis rawatan di mana kita menyuntik semula sebahagian komponen darah anda ke kawasan yang tercedera. Platelet adalah satu jenis komponen darah yang bertindak dalam proses pemulihan sebarang kecederaan dalam badan. Darah kita ada; darah merah, darah putih, platelet, dan beberapa item lain. Semasa berlakunya kecederaan, platelet akan bantu untuk menghentikan pendarahan dan memulakan proses pemulihan.

Dalam rawatan ini, doktor akan mengambil sedikit darah anda yang kemudian akan diasingkan komponen-komponen dalam darah tersebut melalui proses centrifuge. Pernah tengok satu mesin yang doktor letakkan tiub darah dan kemudian dipusingkan laju-laju macam kipas helikopter? Ini adalah untuk melakukan pengasingan tersebut. Ekstrak platelet kemudian diambil daripada darah dan akan disuntik semula ke dalam kawasan kecederaan. Bermakna, kawasan tersebut akan mengandungi jumlah platelet yang lebih tinggi daripada biasa.

Kebaikan PRP

Terapi ini dikatakan mampu membantu pemulihan otot, tulang, sendi, dan berbagai-bagai jenis tisu dalam badan. Ia juga dipercayai mampu membantu menjana semula tendon dan ligamen serta memendekkan masa pemulihan. Satu lagi, PRP turut boleh menyingkirkan keperluan untuk pembedahan. Ada juga yang menggunakan PRP untuk tujuan kecantikan.

Rawatan dan prosedur yang sangat mudah, tetapi sungguh berkesan! Dengan bantuan fisioterapi, anda boleh kembali dengan aktiviti asal dalam masa yang sangat singkat, ibarat tiada apa-apa yang pernah berlaku. Banyak hospital yang menawarkan rawatan ini. Pastikan anda dapatkannya daripada pengamal perubatan yang sah dan berkemahiran.

Rujukan:

John Paul Catanzaro, 8 Injections That Heal Injuries, T-Nation

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

3 thoughts on “Suntikan Untuk Kecederaan

  1. Assallam..
    Bole suggest kat sy bole dptkan injection PRP ni?? Sy di cheras..N brp kosnye??

    1. Saya dahulu buat latihan klinikal di Hospital PUSRAWI, Jalan Tun Razak. Boleh dapatkan maklumat di sana.

      1. Kalau lepas bersalin boleh ke? pantang nk masuk 3bulan,sakit2 urat bila kena econ je rasa nk demam..macam bentan

Leave a Reply to Janggut Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: