Tahniah Dato Malek Noor dan Datin Dr. Wan Asma yang melangsungkan perkahwinan mereka hari ini 12 Mac 2012 di Kota Bharu, Kelantan.
Lagenda ahli bina badan Malaysia, Dato Malek Noor, 56 telah selamat bergelar suami kepada pakar pediatrik, Datin Dr Wan Asma Wan Ismail, 52. Tahniah buat mereka berdua. Menariknya perkahwinan ini, pengantin lelaki hanya memberikan senaskah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.
Nota: Ada tak perempuan nak berkahwin dengan saya tanpa wang hantaran? 🙂
Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.
Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.
Tahniah untuk beliau…
tahniah dato malek. tunggu dato zaki plak. hehe
haha. pengantin prempuan x jumpa lg
dato zaki bila lgi..? haha
:D. blum ada pasangan
komen untuk nota dato tu saya rse ade kot..
kne tggu jodoh smpai je..hehehe =)
tunggu je x guna gak kut, kena usaha. 🙂
hehehe…yg tu da smestinye tp ssh nk dpt mcam yg dato nk tu =P