Tahniah! Malaysia Negara No 1 Obesiti Nov16

Kongsi

Tahniah! Malaysia Negara No 1 Obesiti

Tahniah Malaysia kerana menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik.

Kursus Kecergasan 2017Malaysia mengungguli takhta hampir setiap tahun. Rakyat Malaysia benar-benar bekerja keras untuk menjadi besar. Jika Wong Hong besar dalam kategori heavy, yang lain pun berminat, tapi tidak mampu buat seperti Wong Hong, lalu tumpukan berat pada perut mereka. Bila jadi begini, siapa yang harus dipersalah?

1. Situasi di Malaysia. Terlalu banyak kedai makan, restoren mamak dibuka 24 jam. Jika pemilihan makanan di restoren mamak baik, tidak mengapa, tetapi yang jadi isu, apa yang jadi sasaran? ‘Roti canai banjir 1!’, ‘Teh tarik kaw 1’ dan sebagainya. Kedai makan 24 jam mungkin berguna untuk mereka yang kerja mengikut syif tetapi mereka yang kerja syif siang pun akan melepak di kedai mamak sehingga ke pagi, lebih-lebih lagi jika ada siaran langsung bola sepak melibatkan pasukan ternama seperti Manchester United, Liverpool dan sebagainya. Silap-silap 10 cawan teh tarik.

2. Gaya hidup rakyat Malaysia. Jika dibanding zaman dahulu, orang kita banyak bergerak. Sama ada berjalan, naik basikal, buat kerja-kerja berat dan sebagainya, tetapi kini, kalau masuk pusat membeli belah, akan pusing 50 kali untuk dapatkan tempat letak kereta berdekatan dengan lif, sedangkan ada tempat letak kereta yang perlukan berjalan sekitar 3 minit. Kerja pula, jika susah sikit, menolak. Nak kerja dalam penyaman udara. Kerja duduk besarkan punggung.

3. Bila cerita pasal bersenam, sanggup tutup telinga. ‘Gila apa bersenam, panas-panas ini, tak elok untuk kulit’. Bersenam mungkin merupakan perkara terakhir yang terlintas atau mungkin tak pernah terlintas, ‘mintak simpang’ katanya. Tetapi apabila bercerita, ada produk, minum terus kurus, tengah tidur pun boleh bangun minta, ‘eh, aku pun nak’. Kemudian turun ke bawah pejabat, ada pula orang promote slimming centre, ‘harga pengenalan rm1’, tersenyum dia, ‘lepas ini aku kurus’, padahal belum kurus pun.

4. Pemakanan. Bab pemakanan tak perlu cerita lagi. Cuba tengok kedai makanan segera seperti mcd, kfc, ramai tak? Cuba tengok di pasaraya, makanan bagaimana yang banyak? Banyak ke tak bergantung pada permintaan. Sekarang lebih mudah, ada pula minuman 3 in 1. Siap bawa ke pejabat. Senang katanya.

5. Sentiasa ada alasan. Orang Malaysia sentiasa ada alasan. Bila disuruh bersenam, ‘aduh, aku takde masa lah, sibuk dengan kerjaya’. Padahal kerja tak kemana pun. Dalam masa mereka yang segelintir ini bersenam, mereka melepak di kedai mamak, konon bincang project 23 juta, mereka keluar tengok wayang, sokong industri filem, mereka keluar dating, membina keluarga bahagia, dan sebagainya.

Selepas keluar isu ini, saya yakin, terlalu ramai akan memanupulasi keratan akhbar Kromo! dan Star, lebih-lebih lagi peniaga produk MLM, slimming centre dan sebagainya untuk melakukan produk mereka. Syabas Malaysia! Berbangga kah anda menjadi rakyat Malaysia?

Sumber: Kosmo!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube