Tahniah! Malaysia Negara No 1 Obesiti

Tahniah Malaysia kerana menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik.

Kursus Kecergasan 2024Malaysia mengungguli takhta hampir setiap tahun. Rakyat Malaysia benar-benar bekerja keras untuk menjadi besar. Jika Wong Hong besar dalam kategori heavy, yang lain pun berminat, tapi tidak mampu buat seperti Wong Hong, lalu tumpukan berat pada perut mereka. Bila jadi begini, siapa yang harus dipersalah?

1. Situasi di Malaysia. Terlalu banyak kedai makan, restoren mamak dibuka 24 jam. Jika pemilihan makanan di restoren mamak baik, tidak mengapa, tetapi yang jadi isu, apa yang jadi sasaran? ‘Roti canai banjir 1!’, ‘Teh tarik kaw 1’ dan sebagainya. Kedai makan 24 jam mungkin berguna untuk mereka yang kerja mengikut syif tetapi mereka yang kerja syif siang pun akan melepak di kedai mamak sehingga ke pagi, lebih-lebih lagi jika ada siaran langsung bola sepak melibatkan pasukan ternama seperti Manchester United, Liverpool dan sebagainya. Silap-silap 10 cawan teh tarik.

2. Gaya hidup rakyat Malaysia. Jika dibanding zaman dahulu, orang kita banyak bergerak. Sama ada berjalan, naik basikal, buat kerja-kerja berat dan sebagainya, tetapi kini, kalau masuk pusat membeli belah, akan pusing 50 kali untuk dapatkan tempat letak kereta berdekatan dengan lif, sedangkan ada tempat letak kereta yang perlukan berjalan sekitar 3 minit. Kerja pula, jika susah sikit, menolak. Nak kerja dalam penyaman udara. Kerja duduk besarkan punggung.

3. Bila cerita pasal bersenam, sanggup tutup telinga. ‘Gila apa bersenam, panas-panas ini, tak elok untuk kulit’. Bersenam mungkin merupakan perkara terakhir yang terlintas atau mungkin tak pernah terlintas, ‘mintak simpang’ katanya. Tetapi apabila bercerita, ada produk, minum terus kurus, tengah tidur pun boleh bangun minta, ‘eh, aku pun nak’. Kemudian turun ke bawah pejabat, ada pula orang promote slimming centre, ‘harga pengenalan rm1’, tersenyum dia, ‘lepas ini aku kurus’, padahal belum kurus pun.

4. Pemakanan. Bab pemakanan tak perlu cerita lagi. Cuba tengok kedai makanan segera seperti mcd, kfc, ramai tak? Cuba tengok di pasaraya, makanan bagaimana yang banyak? Banyak ke tak bergantung pada permintaan. Sekarang lebih mudah, ada pula minuman 3 in 1. Siap bawa ke pejabat. Senang katanya.

5. Sentiasa ada alasan. Orang Malaysia sentiasa ada alasan. Bila disuruh bersenam, ‘aduh, aku takde masa lah, sibuk dengan kerjaya’. Padahal kerja tak kemana pun. Dalam masa mereka yang segelintir ini bersenam, mereka melepak di kedai mamak, konon bincang project 23 juta, mereka keluar tengok wayang, sokong industri filem, mereka keluar dating, membina keluarga bahagia, dan sebagainya.

Selepas keluar isu ini, saya yakin, terlalu ramai akan memanupulasi keratan akhbar Kromo! dan Star, lebih-lebih lagi peniaga produk MLM, slimming centre dan sebagainya untuk melakukan produk mereka. Syabas Malaysia! Berbangga kah anda menjadi rakyat Malaysia?

Sumber: Kosmo!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

32 thoughts on “Tahniah! Malaysia Negara No 1 Obesiti

  1. salam dato’
    semlm kat stadium angkasa ada bncg pasal bina badan….syuk ada tp dato xtau yg mana…sepatutnya dato kena jd panel..huhu

    1. wasalam. saya mana boleh muncul kat situ. kang tak pasal2 mbbf melatah. :D.

  2. salam dato’,

    boleh tak dato’ tolong tulis article ttg EPO and any of soy collagen product..sejak amik both product sy rase badan cam berisi skit..sy amik product tu just untuk cantikkan kulit…both product menyumbang untuk pertambahan berat badan ke..

    lagi satu..apa beza protein shake and whey protein…

    tq dato’..

    1. wasalam, boleh diusahakan. bila kaitkan dgn soy, biasanya dikaitkan dgn estrogen, yg mana secara tak langsung menyebabkan lemak senang naik.

      protein shake biasanya whey protein atau mungkin weight gainer atau apa sahaja yg ada protein dan dishakekan.
      whey protein dah khusus kepada whey sahaja.

  3. askum dato,
    ada cust saya nie…dia amik herbalife..nak kurus katanya
    tapi bl tgk kandungan gula dlm produk dia ada 7g 1 serving…sehari amik 4 serving….bl takde penurunan upline dia suh tmbh lg sukatan katanya utk buang toksin….bl bab bersenam upline dia suh jgn main weight…main kardio je….pun takde penurunan…saya bg guide suh buat basic training…tgh tggu result sabtu nie pas 2 mggu dia training under program

    1. ini lah antara masalah ketara, x perlu tgk kandungan gula dlm herbalife kerana berdasarkan plan nak utg segera mereka, mereka cuba potong makanan harian, dan menjadikan diet harian kepada diet low calori, jd gula tu x effect sgt sebenarnya. tp bab buang toksin la, apa kejadahla, ini lah jdnya apabila seorang yg ada sijil MLM bercerita, nak utg punya pasal, apa cerita pun jadi. bila tak turun, salahnya pengguna, x cukup la, x guna cara betul la, x boleh buat weight training la, apa la. bull shit ckp kat upline dia.
      seeloknya ada akta utk mengawal mereka2 ini daripada memberi ajaran merapu.

      1. betul tue dato….ada la pulak yg nak slhkan kita bg weight training nie jdkn berat diorg tak turunlah sbb otot mengembang mcm lelaki….saya sound je…akak ada hormon testeteron ke? hahahahahhaha…cian kat akak tue dgr kata dh beribu dia abis utk beli produk herbalife nie….

        1. jgn ckp dia xde hormon testosteron. ada tu mmg ada, cuma dlm jumlah yg sgt sedikit. bila dah abis berpuluh ribu, akhirnya baru mereka akan bersenam, itu pun kejap, bila kluar produk baru, mereka akan cuba lg

      2. saya amat menyokong dato dlm hal ni, byk sangat produk mlm yang merapu kat m’sia ni. yang paling merapu sekali JM5.

  4. pastu klu kita kata mereka ni menipu..kita pula yg d kata nak tutup rezeki org lain..

    1. terbaiklah Dato`..err out topic jap..mcm mn nak buat floor wiper tu dalam Pelan Latihan 300?..:)

      1. baringg atas lantai dan angkat beban pakai barbell cam buat bench press, angkat kaki ke arah barbell then turun balik

    2. kalau kita mengata pasal club malam, adakah dikira menutup rezeki dorang?

  5. mr.perihatin says:

    sgt sedih dgn situasi rakyat malaysia skang…bila di ajak bersenam atau ke gym..masing2 tarik muka cam wat benda salah dan xberpaedah..bdk2 skang xyah ckp la…masing2 nk jd hero bunga jd mamat korea kaki ppmpuan sana sini…tp bdn cam guni gula je…yg pmpuan plak sgt taksub ngn produk plangsingan…xkn maju negara slagi rakyat xkuat dan sihat…x gitu dato’

    1. kalau tanya saya, apakah idea2 yang boleh dibuat utk mengurangkan, nak mengatasi mungkin sgt sukar
      benda ni kena mula daripada akar umbi balik, anak2 perlu dididik supaya kembali mengamalkan gaya hidup sihat jika kita taknak generasi akan dtg semakin teruk, yg terdekat dgn mereka memainkan peranan, ibubapa sebagai tauladan, disamping guru, peranan masyarakat, kerajaan dan sebagainya.

      1. betul2… apa yg saya belajar kt sini… saya ajar anak saya (skang bayi lagi)… ni jersatu cara nk buat generasi akan dtg akan lebih baik selalin akademik.

  6. saya rasa la x patut Datuk Rosnah yang menyuarakan hal obes ni.. sy xnak la bg tau kenapa.. tp korang suma leh pikir kot.. hahah… x gitu dato zaki khan? xD

    1. xnak la komen pasal Datuk Rosnah, kang jd agenda politik plak. 😀

      1. hahaha.. dato awat x reply email sy…

        1. email mana ni? ada sekumpulan lg email dlm proses reply. terlalu byk email diterima setiap hari.

          1. nanti saya reply, maaf kerana mengambil masa

  7. nk ubah mentality msyarakat Msia skrg susah dah… tambah pulak asyik membudayakan alasan seperti “..ala, susahnya/..ala malas la/… nanti lah..”. Mind set mreka dh dpengaruhi dgn benda2 neh… seperti pepatah Mlayu… “nak seribu daya, tp bila dh xnak… mcm2 alasan dia bagi…” wadefakkk…!

    1. susah ke tak, kita kena buat. kalau x, begini lah generasi kita akan dtg. semua pihak perlu main peranan, termasuk individu, pemimpin, kerajaan dan sebagainya.

  8. sangat2 setuju dgn artikel ni…walau saya sndri di kategori sebagai overweight hehe…tapi alhamdulillah tgh mcuba mndptkn berat ideal 🙂

  9. Kdg2 tersenyum jgk bila dengar si suami bising kat isteri gemuk la, xtau jaga bdn la tp sendiri mcm guni beras. Si ibu marah kat anak asik makan itu ini sbb bru lps kena bebel ngan pakar “dietritian” anak yg obese xdpt trnkn berat bdn. Tp si ibu senirik mcm tong dram.
    Bising bnyk sgt restoran fast food kat Malaysia. Dari dulu dah biasa dgn mknn harian yg krg sihat. Bangun pagi nak sarap p warung cuma jual nasi lemak, roti canai, lontong.Msg2 sibuk slhkn kerajaan la, kantin sekolah la, junk food, semua n segala. Tp xpenah salahkn diri sendiri.
    Mula2 skali. Muhasabah diri dan terimalah kenyataan bahawa klau kita obese itu d sebab sendiri.
    Kita brtanggungjwb ape yg masuk dlm mulut dan ape yg kita buat ngan bdn kita. Jadi ubah la diri kita. Amalkn cara hidup sihat, brsenam, makan secara sihat dan enjoy melakukn nye. Kemudian ubah ahli keluarga kita. Secara xlngsg mungkin kita akan mengubah kawan kita yg mungkin mengubah ahli keluarga dan rakan mereka dan lg dan lg dan lg. “Chain reaction”.Secara tidak langsung mungkin kita melahirkn komuniti dan membudayakn cara hidup yg sihat.
    Klau amal cara hidup yg sihat dan bersenam dgn cara yg betul x lh sekali sekala mkn roti canai, nasi lemak, ayam hutan masak lemak cili api. Musim perayaan juga jgn terlalu pantangkn diri.
    Belajar cara hidup yg sihat utk hidup dalam komuniti dan “enviroment“ yg krg sihat.

    1. betul, bermula dari diri sendiri. x guna saling menyalah sahaja. selagi diri sendiri tidak berubah, slagi tu la kita begini.

      ‘Aku tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya’

  10. john rembo says:

    bleh ZK bgtau kaedah diet yg sesuai utk menurunkn berat badan bagi yg obesiti?

Leave a Reply to Kerol Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: