Tahniah Sazali Samad

Tahniah, Sazali Samad yang terus mengharumkan nama negara setelah dinobatkan Mr. Asia kategori 70kg ke bawah, lightweight buat kali kelapan pada Kejohanan Bina Badan Asia di Guangzhou, China minggu lepas, 19-24 September 2012. Tahniah juga buat Ismadi Riji, pingat gangsa kategori heavyweight dah Shahrul Azman Mehan Mike naib juara kategori Klasik 170cm+. Tahniah juga buat mereka yang mewakili Malaysia, Buddha Anchah, Badrulshah Baharuddin, Mark Allen Mogindol dan George Alious.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

3 thoughts on “Tahniah Sazali Samad

  1. Tahniah kepada Sarjan Sazali Samad..saya bangga dengan Tuan! ;))

  2. Tahniah…3org wakil malaysia dpt pingat..

Leave a Reply to Addy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: