Tahukah Anda?
Adakah Anda Tahu?
1. Otot dan Lemak dalam saiz yang sama mempunyai berat yang berbeza, iaitu otot sekitar 4 kali lebih berat daripada lemak. Jika dibandingkan berat, otot dan lemak mempunyai berat yang sama, kerana jika dibandingkan 5kg otot dan 5kg lemak, kan sama itu.:). Jika anda bersenam dan menyasarkan penurunan lemak, jangan risau jika mencecah tahap tiada perubahan, tetapi pastikan ada penurunan dari segi saiz dahulu.
2. Jika anda pergi mendapatkan khidmat urutan dan tukang urut anda sendawa, ada tukang urut mengatakan yang anda banyak angin. Jangan tertipu, kerana angin sendawa dia itu bukannya angin yang disedut dari anda. Angin itu berpunca daripada pergerakan diafram tukang urut itu sendiri disebabkan pengguna teknik pernafasan dalam urutan. Jadi jangan terpedaya dan kata, bagus tukang urut ini, boleh sedut angin orang lain.:)
3. Dalam urutan melayu, terlalu banyak istilah yang digunapakai, seperti urat tersimpul dan sebagainya. Sebenarnya urat tidak tersimpul tetapi berlaku ketidakseimbangan otot yang menyebabkan tarikan di sesuatu bahagian yang mana biasanya menyebabkan tarikan seterusnya yang kena pada bahagian lain. Tukang urat yang bagus biasanya akan mengenali punca dan membetulkannya, bukan hanya menyasarkan tempat yang sakit.:)
4. Kenapa sendi di jari menghasilkan bunyi letupan ketika ditarik atau ditekan? Cuba bayangkan peluru pistol mainan yang lekat pada cermin, akan menghasilkan bunyi apabila ditarik. Ini disebabkan tekanan.
5. Ada yang berpendapat, dengan memakai pemberat pada kaki dan tangan ketika berlari akan menyebabkan lebih cepat kurus sehingga terdapat pemberat yang dijual di kedai-kedai peralatan gimnasium. Memang benar pembakaran kalori lebih dengan memakai pemberat tetapi tidak berbaloi kerana risiko kecederaan tinggi pada buku lali dan bahu. Jika anda menyasarkan pembakaran kalori yang lebih, boleh lakukan high intensity interval training yang mana akan meningkatkan kadar pembakaran selepas latihan. 🙂
good info… haha.. bab mengurut tuu dok pi massage kat danok tukang urut tak sendawa pon?? kikikikiki…
haha. yg sendawa pastu kata byk angin ni tukang urut melayu je kut. 😀
isu no.5 tu mmg baik huraian, ramai sy tgk dkt taman2 duk jog pakai benda tu…nasib baik tuan dah cerita, br duk plan nak beli..hehehe…klu masa workout blh ke pakai tuan..
thnx good info!
Gud info dato’ teruskan usaha.. 🙂
mmg terbaik ..very2 gud info ..keep up dato
salam
dato,macam mana pula dgn lemak air?dan bagaimana nak kurangkanya?
boleh rujuk di entri http://strengthsifoo.com/gemuk-air/