Tali Pinggang Gim Jun06

Kongsi

Tali Pinggang Gim

Apa kegunaan tali pinggang gim? Persoalan yang menarik untuk dibincangkan. Ada yang pakai tali pinggang ini daripada rumah sehingga pulang daripada latihan. Kayuh basikal pun pakai. Adakah benar ia menjaga keselamatan pinggang?

Tak dinafikan, ia bantu kurangkan tekanan pada belakang pinggang dengan meningkatkan tekanan di dalam perut atau pun intra-abdominal pressure (IAP). Peningkatan IAP menggunakan tekanan yang dihadapi mereka ketika angkat berat jika digunakan dengan cara betul.

Tali pinggang sukan angkat berat, belakangnya lebih besar untuk elakkan atlet hyperextension ke bahagian belakang dalam angkatan mereka. Manakala tali pinggang biasa bersaiz sama. Kebanyakan pengguna sebenarnya tak tahu cara menggunakan tekanan daripada perat dalam angkatannya, menjadikan pemakaian tali pinggang lebih pada sudut psikologi. Ia memikirkan pinggangnya lebih selamat apabila memakainya.

Tali pinggang weight lifting, belakang lebih besar

Tali pinggang ini sepatutnya di pakai dalam 2 kondisi saja iaitu, apabila angkatan terlalu berat, angkatan maximal atau submaximal dalam pergerakan seperti squat dan deadlift. Kedua apabila melakukan pergerakan yang ada kemungkinan menyebabkan belakang hyperextend seperti military press. Bukannya pakai ketika buat senaman menggunakan mesin di gim.

Pemakaian tali pinggang tidak beri kesan yang baik pun pada angkatan yang ringan. Malah boleh meningkatkan tekanan darah jika terus dipakai. Mereka dengan masalah jantung dan tekanan darah tak stabil tidak sepatutnya pakai, terutama jangka masa panjang. Pemakaian tali pinggang untuk jangka masa panjang akan mengurangkan kekuatan di bahagian abdominal. Otot teras mula menjadi lemah. Anda nak pinggang kuat atau lemah dalam jangka masa panjang?

Cedera disebabkan tak pakai tali pinggang? Untuk pengetahuan anda, risiko kecederaan meningkat apabila anda kerap guna tali pinggang disebabkan pinggang anda jadi lemah. Bila sekali buka tali pinggang, mungkin terus cedera. Begitu juga sebaliknya, jika dah biasa latih tanpa tali pinggang, tetiba pakai tali pinggang, di luar kebiasaan, ada kemungkinan cedera juga.

Kesimpulannya, guna jika perlu. Saya sendiri pun menggunakannya ketika angkatan berat. Saya guna tali pinggang lever daripada Cerberus. Cerberus antara jenama terbaik di dunia yang mengeluarkan tali pinggang senaman. Anda boleh hubungi saya untuk dapatkannya.

Tali pinggang lever Cerberus, antara jenama terbaik dunia

Kursus Kecergasan 2020

Zaki Khan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube