Kongsi
Tekanan

Ada beberapa cara mudah untuk menangani stress
1. Bersenam – Dengan bersenam sekurang-kurang 30 minit 3 kali seminggu akan membantu mengurangkan rembesan adrenalin dan merembes kan lebih endorphin. Endorphin berfungsi sebagai neurotransmitter yang mengawal stress.
2. Yoga – Kenapa yoga? yoga menumpukan pada teknik pernafasan yang mengaitkan mental dan spiritual. Tak semestinya yoga, banyak lagi jenis pergerakan seperti tai-chi, silat yang mana bukan sahaja melibatkan pernafasan tapi dalam masa sama melancarkan peredaran darah. Regangan mampu mengurangkan tension pada otot. Selepas habis senaman, buatlah sedikit regangan.
3. Jaga pemakanan – Cuba kurangkan makanan yang tidak berkhasiat. Kurangkan pengambilan alcohol, kopi.
4. Urut – Rasanya semua tahu, yang urut mampu merehatkan badan kita dan mengurangkan tekanan. Carilah urut sebenar. Kini banyak rumah urut ‘geli-geli’. :D. Terdapat banyak jenis urut seperti urut thai, aromatherapy, ayorveda dan lain-lain. Atau mungkin anda boleh cuba sport massage.
5. Ketawa – Biar betapa sibuk pun kita, keluarlah mencari hiburan seperti tengok wayang. Jangan cari cerita yang boleh tambah stress. Sekali sekala tengok cerita kanak-kanak, kartun apa salahnya. Saya mencadangkan Rapunzel.:D.
6. Bercuti – Amik lah cuti untuk 1 jangka masa. Bawa keluarga bercuti. Cari tempat-tempat menarik. Tak perlu jauh-jauh jika kewangan tidak mengizinkan. Nanti tambah lagi stress pasal takde duit nak bercuti. 😀
7. Hobi – Cari hobi yang sesuai dengan minat kita. Ada orang hobinya main gym. Ada hobinya berenang. Cuba cari masa untuk buat sesuatu yang kita suka.
8. Dapatkan pakar – Jika terlalu stress, cuba dapatkan seorang counselor atau seseorang yang boleh kita bercakap untuk meluahkan masalah. Jangan pendam sesuatu. Kita ini macam bom jangka, lama kita pendam, meletup 1 hari nanti.
9. Rohaniah – Mantapkan rohani dengan pengisian.
Are you making this up as you go along?
I have been following posts. I constantly find you articles enlightening.
This information is very interesting, I really enjoyed, I would like get more information about this, thanks for sharing!