Hafthor Bjornsson The Mountain, atlet nombor 1 dunia dalam sukan Orang Kuat 2018 mencuba sukan powerlifting pertembungan penuh buat pertama kali semalam dan berjaya duduk dalam kedudukan 10 terbaik dunia keseluruhan.
Thor yang juga pelakon dalam siri televisyen Game of Thrones dengan memegang watak Gregor “The Mountain” Clegane bertanding dalam pertandingan Thor’s Powerlifting Challenge pada 15 Disember 2018. Lagenda Rudia, Kirill Sarychev juga mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini.
Squat: 420-, 440+, 460-
Bench press: 235+, 240+, 250+
Deadlift: 390+, 410, 430-
Total – 1100 kg
Rekod dunia ketika ini, kalau tak silap dipegang oleh Andrey Malanichev dengan jumlah 1135 kg. Betulkan saya jika silap.
Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.
Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.