Tidur Selepas Makan

Apakah kesan buruk tidur selepas makan? Adakah ianya menyebabkan kita semakin gemuk? Adakah ia menyebabkan kita dehidrasi? Apabila masuk bulan puasa ini, pelbagai pula isu dibangkit termasuk tabiat tidur kembali selepas sahur. Adakah ianya membawa kesan tidak baik? Jom kita bincangkan.

Persoalan pertama, kenapa kita rasa mengantuk apabila makan sesuatu dalam kadar yang banyak. Badan kita sedang bekerja keras untuk menghadamkan makanan tersebut. Otak kita membawa darah daripada bahagian lain untuk membantu penghadaman. Jadi kurang darah di bahagian kepala dan menyebabkan kita rasa mengantuk.

Tidur Selepas Makan

Adakah tidur selepas makan menyebabkan kita gemuk? Tidak semestinya. Paling penting adalah jumlah pengambilan kalori pada hari itu. Jika anda tidak ambil berlebihan, maka anda tidak akan gemuk. Prinsip mudah, kalori lebih rendah daripada keperluan bersamaan dengan kurus, kalori lebih tinggi daripada keperluan, bersamaan dengan gemuk.

Walaupun ia tidak menyebabkan kegemukan, tetapi ada beberapa masalah boleh berlaku. Ia boleh menyebabkan kondisi heartburn jadi semakin teruk jika anda baring. Ia boleh menyebabkan acid reflux atau gastroesophageal reflux disease. Ia boleh berlaku disebabkan pintu antara perut dan esofagus tidak tutup sepenuhnya.

Mengikut satu kajian di Greeze, tidur selepas makan boleh meningkatkan risiko strok. Kajian dibuat di University of Ioannina Medical School melibatkan 500 peserta dimana 250 ada sejarah penyakit strok dan 250 lagi didiagnosis dengan acute coronary syndrome. Hasilnya mendapati, mereka yang tunggu lebih lama selepas makan kurang berisiko kena serangan strok. Ada beberapa teori di atas keputusan ini. Ada yang kata acid reflux yang berlaku membawa ke strok. Satu lagi teori, perubahan paras gula, tekanan darah dan kolestrol ketika penghadaman berlaku meningkatkan risiko tersebut.Kursus Kecergasan 2024

Ada yang kata, boleh berlaku dehidrasi pada tubuh dan otak. Air tidak diserap tetapi dibawa ke pundi kencing. Anda perlu tahu, bahawa saluran pemakanan berbeza dengan saluran air kencing. Air mesti diserap di usus untuk dibawa ke pundi kencing. Jika ianya tidak diserap, mustahil ianya dibawa ke pundi kencing.

Saluran pemakanan, mulut ke esofagus ke perut, ke usus kecil ke usus besar ke rectum. Manakala saluran air kencing dihasilkan di buah pinggang ke ureter ke pundi kencing ke urethra.

Adakah proses pencernaan terganggu disebabkan tidur? Tidak. Makanan dicerna samada kita bangun atau tidur, kecuali sel otak kita mula mati. Ada 1 kumpulan otot sahaja yang kita boleh kawal, iaitu otot rangka. Kita tidak boleh lakukan biceps curl sambil tidur. Kita tidak boleh matikan 2 kumpulan otot yang lain itu otot kardiak, dan otot licin. Ia akan terus bekerja walaupun kita tidur.

Kesimpulannya, sebenarnya tiada masalah tidur selepas makan selagi mana anda tidak berada dalam kumpulan berisiko, selagi mana kalori diambil tidak berlebihan daripada keperluan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: