Touch-n-Go Deadlift

Aiman Radzi -Touch-n-Go Deadlift

Untuk tahu apa itu deadlift Touch-n-Go, anda kena buat dahulu deadlift yang biasa! Kalau sampai sekarang anda masih takut untuk melakukan deadlift, mungkin anda kena buka dahulu entri-entri berkaitan deadlift, seperti 13 Sebab Kenapa Deadlift? dan banyak lagi!

Deadlift Touch-n-Go adalah variasi deadlift yang dikira ramai sebagai cheating. Tetapi, pada hakikatnya, ia bukanlah teknik yang salah. Mungkin yang menghempas macam nak robohkan bangunan patut ditegur, tetapi Touch-n-Go yang terkawal adalah satu cara deadlift yang memberikan banyak kebaikan.

Kursus Kecergasan 2024

Apakah Perbezaan TnG Dengan Yang Biasa?

Deadlift sebenarnya dilakukan dengan menghentikan setiap rep di tanah. Maksdunya, anda kena reset barbell setiap kali hendak mengangkat. Apabila sudah angkat, jatuhkan dan biar barbell berhenti sebelum mengangkat semula.

Untuk deadlift TnG, ia adalah berbeza. Variasi ini memerlukan anda untuk cukup menyentuh bebanan ke tanah sbeleum mengangkat semula. Apabila bunyi sahaja plate terkena lantai, anda terus dengan rep yang seterusnya. Ini tidak bermakna anda patut hempas-angkat hempas-angkat. Tidak, sebaliknya anda kawal turun naik. Cuma, sesaat plate sentuh tanah, terus angkat!

1- Deadlift Biasa Tiada Fasa Eksentrik

Untuk membina badan, fasa eksentrik dalam sesuatu gerakan adalah keutamaan bagi merangsang setiap gentian otot untuk menjalani proses hipertropi. Eksentrik bermaksud menurukan beban secara terkawal. Kalau dalam deadlift, anda mula dengan fasa konsentrik dahulu iaitu mengangkat bebanan melawan graviti. Berbeza dengan pergerakan lain seperti squat dan bench press, anda mula dengan eksentrik dahulu sebelum konsentrik. Jadi, dalam deadlift variasi biasa, anda hanya melepaskan terus barbell ke lantai, menyebabkan anda ketinggalan fasa eksentrik.

Latihan kekuatan akan fokus pada kekuatan konsentrik, manakala latihan bina badan akan memanfaatkan sepenuhnya fasa eksentrik. Apabila anda gunakan variasi TnG, anda terpaksa kawal turun naik deadlift sepenuhnya, menyebabkan anda terpaksa melalui fasa eksentrik yang berat. Ini akan memberi rangsangan tumbesaran pada otot disebalik menguatkan sistem saraf rantaian otot belakang.

2- Kekuatan Genggaman

Deadlift yang biasa adalah latihan yang bagus untuk menguatkan kuasa genggaman. Kalau anda nakkan otot forearm yang besar, anda tidak boleh lari daripada melakukan deadlift! Tapi, apa yang lebih baik untuk bina forearm dariapada deadlift biasa? Jawapannya, deadlift TnG!

Kalau deadlift biasa, anda angkat dan lepas. Maksudnya, masa-di bawah-ketegangan adalah kurang pada otot-otot yang anda kerjakan. Untuk deadlift TnG, anda akan pastikan otot anda berterusan dalam pengucupan, menyebabkan masa-di bawah-ketegangan meningkat. Ini meningkatkan isipadu latihan dan merangsan lebih hipertropi. Anda mungkin kena kurangkan sikit bebanan untuk mencapai sasaran ini.

Jangan Tinggalkan Dua-dua Jenis

Ada masa, anda latih guna variasi biasa. Ada masa pula, mungkin lebih sesuai menggunakan variasi TnG. Tengok kepada program latihan anda sekarang. Jika anda fokus pada kekuatan, gunakan variasi biasa. Jika anda ingin bina saiz, mungkin TnG adalah lebih baik. Apa-apa pun, gabungan kedua-dua teknik ini akan mendatangkan hasil yang maksimum!

Rujukan:

Lee Boyce, 4 Reasons to Do the Touch-and-Go Deadlift, T-Nation

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: