Tulang Aug12

Kongsi

Tulang

Tahukah anda, terdapat 206 tulang di badan seorang lelaki atau perempuan dewasa manakala 270 tulang pada seorang bayi. Bukannya tulang itu hilang satu persatu, tetapi tulang-tulang kecil bercantum menjadi tulang besar sehingga mencapai 206 tulang ketika dewasa. Terdapat 5 jenis tulang secara umumnya;

Kursus Kecergasan 2017

1. Tulang Panjang – Terdiri daripada tulang padat dengan jumlah sum-sum yang kurang. Contohnya seperti tulang-tulang tangan dan kaki, termasuk di jari.

2. Tulang Pendek – Berbentuk kiub dan mempunyai satu lapisan nipis tulang padat. Contohnya seperti di pergelangan tangan dan buku lali.

3. Tulang Rata – Nipis dan melengkung kebiasaanya dengan dua lapisan selari tulang padat. Contohnya tulang-tulang tengkorak dan sternum.

4. Tulang Tidak Tetap (Irregular) – Terdiri daripada lapisan nipis tulang padat dan seperti namanya mereka tidak memiliki bentuk yang tetap dan rumit. Contohnya tulang belakang dan tulang pinggul.

5. Tulang Sesamoid – Tulang yang tertanam dalam tendon. Ia memegang tendon jauh dari sendi. Contohnya tulang patela dilutut.

Adakah tulang penting untuk manusia? Apakah fungsi tulang? Antaranya seperti;

1. Pergerakan

Tulang, otot, tendon, ligamen dan sendi bekerjasama dalam pergerakan. Bayangkan jika tiada tulang, bagaimana kita bergerak? Seperti lintah?

2. Memberi Bentuk

Tulang menyediakan rangka dan menentukan bentuk badan selain otot yang mencantikkannya.

3. Perlindungan

Tulang berfungsi melindungi organ-organ dalaman seperti tengkorak yang melindungi otak dan tulang rusuk yang melindungi jantung dan paru-paru.

4. Pengeluaran Darah

Darah dihasilkan di sum-sum tulang yang terletak dalam rongga tulang panjang dan celah-celah tulang cancellous. Darah dhasilkan dalam proses yang dipanggil haematopoiesis.

5. Penyimpanan Mineral

Tulang menyimpan mineral-mineral penting bagi tubuh seperti kalsium dan fosforus.

6. Penyimpanan Lemak

Sum-sum tulang menjadi tempat simpanan asid lemak.

7. Organ Endokrin

Tulang mengawal metabolisme phosphate dengan membebaskan fibroblast growth (FGF-23), yang mana bertindak ke atas buah pinggang untuk mengurangkan menyerapakan semula phosphate. Sel tulang juga akan melepaskan hormon osteocalcin yang mana menyumbang kepada pengawalan gula dalam darah dan penyimpanan lemak. Osteocalcin meningkatkan rembesan insulin dan kepekaannya di samping meningkatkan sel yang menghasilkan insulin. Ini antara isu yang menyumbang kepada kencing manis apabila meningkat usia dimana berlaku kemerosotan tulang.

8. Trandusi Bunyi

Tulang juga penting dalam aspek mekanikal pendengaran, dalam memantulkan bunyi dalam gegendang.

9. Detoksifikasi

Tisu tulang juga boleh menyimpan logam berat dan lain-lain unsur asing, mengeluarkan mereka daripada darah dan mengurangkan kesan-kesan ke atas tisu lain.

Tahukah anda?

1. Kalsium penting dalam pergerakan. Kalsium membantu meningkatkan ulangan dalam latihan sekaligus meningkatkan fungsi aerobik yang mana kesan akhirnya membantu membakar lemak.
2. Tulang paling besar dalam badan manusia adalah tulang femur di kaki.
3. Pernahkan anda makan sup tulang sehingga menyedut-nyedut isu kandungan tulang tersebut? Apa yang anda sedut itu lemak.

Sup tulang

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube