Ujian Kecergasan
Ujian kecergasan membolehkan seseorang mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka, apa yang perlu diperbaik dan dikembangkan. Ujian kecergasan bukan sahaja untuk atlet bahkan sebagai seorang yang bersenam biasa pun boleh dan digalakkan.
Perbandingan
Ujian yang sesuai dipilih dengan aktiviti. Sebuah protokol boleh ditetapkan sendiri untuk setiap ujian yang dilakukan. Perbandingan boleh dilakukan dengan mana-mana individu yang dirasakan sesuai.
Menetapkan Objektif
Menetapkan tujuan yang khusus dan boleh diukur adalah sebahagian daripada pendekatan. Bukan sekadar meletakkan sasaran, ‘aku ingin fit‘ atau mungkin dalam acara marathon, ‘aku ingin lebih pantas menghabiskan 20 km’. Sebuah sasaran yang lebih tepat sepatut berbunyi begini, ‘aku ingin menghabiskan larian 20 km dalam jangka masa 15 minit 10 saat iaitu 30 saat lebih cepat daripada biasa dalam perlumbaan 3 minggu lagi’. Atau mungkin di dalam gymnasium, ‘aku ingin melakukan deadlift 150kg iaitu menambah 10kg daripada biasa dalam jangka masa 2 bulan daripada sekarang’. Atau dalam menguruskan badan, ‘aku ingin mengurangkan 2 peratus lemak badan dalam jangka masa 1 bulan’.
Ujian Kembali
Dalam menentukan samada sesuatu program latihan itu berkesan atau tidak atau ujian kembali mengikut protokol yang telah ditetapkan sebelum ini. Jika untuk suatu tempoh yang agak lama tiada sebarang perubahan atau prestasi merosot, ada sesuatu yang tidak kena dengan program.
Ujian Kecergasan
Berikut adalah beberapa contoh ujian kecergasan yang biasa dilakukan untuk mengukur kekuatan, kelajuan, ketahanan dan fleksibiliti. Ujian-ujian ini samada memerlukan peralatan sedikit atau tidak ada.
Ujian Kekuatan
1. Satu ulangan maksima
2. Sit-up – Menguji kekuatan core
3. Press-up – Menguji daya tahan otot
Ujian Kelajuan dan Kuasa
1. 30m sprint – Mengukur daya tahan otot
2. 30m sprint berkelajuan tinggi – Sesuai untuk sukan seperti bola keranjang, bola sepak, hoki dan sebagainya
3. Ujian kelincahan Illinois
4. Berdiri lompat jauh – Menguji kuasa letupan, kuasa jangka pendek
5. Berdiri lompat tegak – Menguji kuasa ledakan. Sesuai untuk sukan seperti bola keranjang, bola baling
6. Hexagon Drill– Mengukur kelajuan, kelincahan dan keseimbangan
Ujian Daya Tahan
1. 15 minit larian Balke – Mengukur daya daya aerobik (VO2 maksimum) secara tidak langsung
2. 12 minit larian Cooper
3. Larian ulang-alik beberapa tempat – Digunakan untuk menganggar kuasa aerobik untuk sukan-sukan yang memerlukan banyak larian. Juga berkesan untuk menguji kumpulan besar pada suatu masa
4. Rockport – Ujian sederhana untuk menguji individu yang kurang aktif
Ujian Fleksibiliti
1. Duduk dan capai – Mengukur tahap fleksibiliti atau kelenturan otot hamstring dan pinggang
2. Rotasi trunk
3. Fleksibiliti groin
Ujian Kecergasan di Gymnasium
Di gymnasium saya biasa lakukan ujian seperti:
1. Satu ulangan maksima
2. Sit-up
3. Press-up
4. Duduk dan capai (sit and reach)
5. 3 minit step (menggunakan kerusi atau kotak setinggi paras lutut)
(saya akan cerita pasal protokol-protokol ujian dalam entri lain nanti)
komen dari dr alvin rajloo:
Also Fitness Assessmnent:
Serves as a basis for exercise prescription
Serves as a physical response gauge
Reflects the efficacy of prescribed program
Reflects the profesionalism of the trainer
Builds motivation and exercise compliance
bro.. Rotasi trunk & Fleksibiliti groin.cmne 2.xtau la bro.hehe
nanti insyAllah akan masukkan detail pasal fitness test ni
bleh x tolong berikan tentang back strength test..skali dengan alatan,prosedur,kesahan dan kebolehpercayaan..
boleh buat, back extension guna flat bench. kaki sampai ke pinggang atas bench, pastu sorang jaga dari belakang. n yg ditest naikkan bdn dan tahan. tgk brapa lama. amik norm sorang yg average utk set next target.
angkat bdn sehingga lurus pun boleh, 45 degree pun boleh
boleh bagi norm untuk lompat jauh berdiri / lompat jauh menegak
elok buat norm sendiri. xde yg bersesuai dgn malaysian yg saya jumpa. amik sorang yg average sebagai norm, dan set 1 target range.
tuan…
boleh terangkan apa itu ujian illinois?
larian agility tu. ada formatnya.http://www.brianmac.co.uk/illinois.htm