Valsalva Maneuver

Apa itu valsalva maneuver? Pelik betul bunyinya. Valsalva maneuver dinamakan sempena Antonio Valsalva, seorang ahli fizik pada abad ke-18. Ia digunakan sebagai satu cara untuk menilai sistem kardiovaskular dan secara tak sedar digunakan kebanyakan orang dalam senaman. Secara ringkas, valsalva maneuver adalah daya yang terhasil apabila nafas dipaksa keluar daripada celah suara yang tertutup. Ia merupakan teknik biasa yang digunakan dalam powerlifting atau angkat berat.

Kursus Kecergasan 2024Teknik valsalva maneuver boleh dibandingkan dengan ‘kia’ dalam karate. Mula dengan tarik nafas dan tahan, kemudian jerit ‘kia’ dan lepaskan tumbukan. Sebagai contoh dalam senaman, ketika melakukan squat, kita akan tarik nafas melalui hidung dan tahan, turun ke bawah. Ketika naik melepaskan nafas menerusi mulut secara paksa untuk menghasilkan momentum.

Valsalva maneuver membantu untuk meningkatkan tekanan intra-thoracic dan intra-abdominal. Apabila tekanan intra-abdominal meningkat, berlaku pengurangan tekanan di vena dan kadar output jantung dikurangkan. Kadar denyutan jantung meningkat dan dalam masa sama berlaku pembesaran pada salur darah untuk menstabilkan tekanan darah. Jika dilakukan secara paksa melebihi limit, anda akan rasa ringan kepala dan boleh pitam disebabkan kekurangan oksigen di otak. Selepas melakukannya, tekanan darah boleh meningkat secara mendadak.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahaya valsalva maneuver. Antaranya yang dipamerkan dalam ‘Archives of Physical Medicine and Rehabilitation‘. Kajian dilakukan dengan senaman leg press. Subjek melepaskan nafas secara normal pada intensiti maksima dan tekanan darah direkodkan 198/175 mm Hg. Subjek yang sama melakukan teknik valsalva maneuver dan tekanan darah direkodkan pada 311/284 mm Hg. Tekanan darah tertinggi direkodkan adalah 370/360 mm Hg.

Melakukan teknik valsalva maneuver ketika latihan bebanan menyebabkan oksigen kurang disalirkan ke otak. Terdapat kajian yang dipamerkan dalam ‘Neurology Research‘ menunjukkan kecederaan otak boleh terjadi termasuk stroke, cerebral hemorrhage, retinal hemorrhage dan retinal detachment. Tekanannya boleh menyebabkan angin ahmar, buta dan sebagainya.

Apa itu tekanan intra-abdominal? Secara mudah, cuba pakai belt dan lakukan squat. Anda boleh rasa tekanan yang dihasilkan ke tali pinggang. Apabila memakai tali pinggang, tekanan intra-abdominal beralih ke tali pinggang. Latihan tanpa tali pinggang membantu menguatkan tekanan intra-abdominal. Tekanan intra-abdominal membantu menyokong vertebra atau tulang belakang. Dalam bahasa mudah lagi, sering kali kita kata, kuatkan ‘core‘ atau teras. Antara benda yang perlu dikuatkan adalah tekanan intra-abdominal.

Valsalva maneuver dicadangkan sebagai cara meningkatkan tekanan intra-abdominal termasuk dalam buku ‘Essentials of Strength Training and Conditioning‘, hasil tulisan Stuart McGill. Valsalva maneuver secara klinikalnya terdiri daripada 4 peringkat.

1. Kenaikan sementara tekanan darah sebagai tanda peningkatan tekanan intra-thoracic.

2. Kejatuhan tekanan atrium yang membawa kepada penurunan dalam tekanan darah. Peningkatan dalam pengaktifan simpatatik yang mana meningkatkan rintangan peripheral vascular. Dalam bahasa mudah, tekanan arteri dan denyutan jantung meningkat.

3. Tekanan dilepaskan dan tekanan darah arteri jatuh secara tiba-tiba kerana tekanan intra-thoracic jatuh.

4. Kadar denyutan jantung menurun dan kembali normal.

Walaupun terdapat bahaya peningkat tekanan darah semasa latihan tetapi ia tidak mengubah tekanan ketika rehat. Valsalva maneuver hanya menjadi bahaya untuk mereka yang ada masalah tekanan darah tinggi pada asalnya tetapi menjadi baik untuk mereka yang terlatih tanpa sebarang masalah. Ia boleh dilakukan tetapi jarang diajar. Kebiasan dalam gym, kita diajar cara bernafas yang biasa iaitu bernafas ketika pergerakan eccentric dan keluarkan nafas ketika concentric. Cara biasa pernafasan ini sesuai dengan semua orang.

Jika anda ingin gunakan teknik valsalva maneuver, gunakan dengan berhati-hati dan ketahui limit badan anda. Saya percaya secara tidak langsung, ramai yang suka gunakan teknik ini. Teknik ini sesuai digunakan dengan beban yang tinggi.

Rujukan

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK537248/#:~:text=The%20Valsa
  2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23222073/
  3. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/8129587/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan. Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

13 thoughts on “Valsalva Maneuver

  1. kalau lepas blah bwh mcm mana?

      1. kentut lar tu…hahaha

  2. benda ni jugak berisiko utk mendapatkan buasir right?

  3. aslmkm dato.dah nak dkt setahon maen gym ni.jd mcm bongkok sikit plak.ade tips atau senaman ke dato ?

    1. membengkok kebiasanya disebabkan over train chest. lebihkan train back, barbell row. dlm masa sama buat streching utk luruskan badan.

  4. saya sedang menghadapi sakit kepala yg diorg sebut sebagai EXERTION HEADACHE.. http://forum.bodybuilding.com/showthread.php?t=444006&page=1

    boleh ka valsalva maneuver ni menyelesaikan masalah ni.. samada melalui menyembuh atau mengelak masalah ni?

    atau dato boleh buka satu topik mengenai exertion headache ni melalui kajian dan pandangan dato..

  5. salam dato.. saya sedang menghadapi masalah sakit kepala yang diorang sebut sebagai EXERTION HEADACHE.. http://forum.bodybuilding.com/showthread.php?t=444006&page=1

    boleh ka valsalva maneuver ni mengatasi masalah exertion headache.. tak kira la melegakan atau mengelakkannya..

    atau blh juga dato buat 1 topik mengenai masalah ni mengikut kajian dan pandangan dato..

      1. mula2 kena masa buat squat.. pastu xleh buat leg press, preacher curl, dan banyak lagi.. sakit masa tgh buat.. kita stop ok ja.. kena p mengurut ke ni? kalo kt klinik biasa ada ubat kasi sembuh?

        1. circulation bdn x brapa cantik. darah bertumpu kat 1 tempat. klinik cuma akan bg pain killer.

          1. Salam Dato’,
            Saya pun kadang kala menghadapi masalah yang sama seperti Daim. Jika circulation badan tak berapa cantik apa yang patut kami lakukan untuk mengelakkannya berlaku lagi? Thanks.

Leave a Reply to nidzam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: