Vitamin C Mar29

Kongsi

Vitamin C

Apa kegunaan vitamin C. Secara amnya vitamin C membantu dalam sistem imunisasi, kecantikan kulit, perlindungan daripada penyakit kardiovaskular, masalah kesihatan pranatal, penyakit mata dan beberapa lagi. Terdapat pelbagai kajian menunjukkan kebaikan vitamin C, tetapi adakah kita memerlukan vitamin C tambahan?

Kursus Kecergasan 2017Menurut kajian, seorang dewasa memerlukan 75 hingga 90 miligram sehari, yang mana orang dewasa biasa dengan aktiviti normal dan mengamalkan makanan seimbang tidak memerlukan vitamin C tambahan. Makanan tinggi vitamin C terdapat dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah oren, tomato, broccoli, kiwi. Tahukah anda 1 cawan jus oren sudah mengandungi 97 mg vitamin C yang mana sudah menepati keperluan harian seorang dewasa. Menurut kajian secara rawak, kemungkinan hanya 10 peratus orang dewasa memerlukan vitamin C tambahan. Jangan hanya terpengaruh dengan iklan. Jadilah pengguna yang bijak.

Bagaimana pula dengan mereka yang bersenam?

Secara rawaknya, senaman biasa boleh mengambil vitamin C dengan dos sekitar 500 hingga 1500 mg, manakala senaman berintensiti tinggi boleh mengambil 2000 hingga 3000 mg. Ada cadangan pengambilan sehingga 13 000 mg, tetapi tidak digalakkan. Ada kes mungkin memerlukan dos yang tinggi. Tetapi dos yang tinggi juga boleh mendatangkan kesan sampingan. Perokok memerlukan dos yang lebih sedikit sekitar penambahan 35 mg daripada bukan perokok. Perempuan mengandungi atau menyusukan memerlukan dos yang lebih juga. Dapatkan nasihat doktor untuk dos terbaik. Tidak digalakkan mengambil dengan perut kosong.

Apa kesannya dengan dos berbeza?

Dos yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sakit perut, cirit birit dan sebagainya. Vitamin C adalah vitamin larut air, jadi ianya mudah disingkirkan tetapi masih mempunyai kesan hipervitaminosis. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan;

Anemia
– Pendarahan gusi
– Kurang upaya melawan penyakit
– Penyembuhan luka lambat
– Senang lebam
Gingivitis
– Pendarahan hidung
– Kemungkinan penambahan berat badan
– Kulit kering
– Sendi sakit dan membengkak
– Melemahkan enamel gigi
Scurvy

Kenapa mereka yang bersenam memerlukan dos yang lebih?

1. Menjaga daripada radikal bebas

Selepas bersenam, radikal bebas di badan meningkat. Radikal bebas secara amnya adalah produk buangan metabolik yang mana menyerang sel badan. Adakah anda perasan, kebanyakan yang melakukan senaman berintensiti tinggi senang mendapat selsema. Pengambilan vitamin C selepas bersenam mampu membantu mengurangkan radikal bebas. Vitamin C adalah antioksidan yang kuat.

2. Mengurangkan penghasilan kortisol

Tekanan dalam kehidupan harian, angkat berat dan sebagainya menyebabkan kortisol dirembeskan. Kortisol adalah satu hormon catabolic. Kortisol boleh menyebabkan otot merosot dan pembakaran lemak menjadi perlahan. Kortisol menyebabkan otot dibakar sebagai tenaga. Sebab itu, elakkan bersenam ketika dalam keadaan tertekan atau keletihan. Kortisol juga boleh membantu tambah lemak di perut. Kortisol juga memperlahan pemulihan selepas bersenam. Vitamin C membantu mengurangkan penghasilan kortisol, yang mana sekaligus membantu dalam pembakaran lemak.

3. Menguatkan sistem imunisasi

Jatuh sakit adalah benda terakhir yang kita minta, kecuali berniat untuk masuk hospital bermesra-mesra dengan jururawat. Vitamin membantu dalam menguatkan sistem imunisasi.

4. Mengurangkan kesakitan

Makanan tambahan asid amino membantu dalam pemulihan, begitu juga dengan vitamin C. Mereka yang mengambil vitamin C selepas latihan, kurang rasa sakit disebabkan senaman yang berat.

5. Meningkatkan penyerapan zat besi

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan. Zat besi diperlukan untuk mengikat oksigen pada hemoglobin dalam darah. Oksigen sangat diperlukan dalam latihan jenis aerobik.

6. Steroid semulajadi

Tahukah anda, vitamin C membantu meningkatkan steroid semulajadi badan. Tumbesaran bergantung pada hormon tumbesaran dalam badan.

Saya menulis entri ini disebabkan ada yang bertanya vitamin C cucuk untuk apa? Saya menggunakan NC24 Pure Crystalize Skin Whitening yang mana ada glutathione. Ia membantu dalam penghasilan collagen, mengurangkan kekedutan, menegangkan kulit dan mencerahkan kulit.

NC24 Pure Crystalize Skin Whitening diimport daripada Jepun. Setiap kotak mengandungi 5 ampoules 1g/5ml ascorbic acid dan 5 vial glutathione. Kedua-duanya perlu dicampur dan akan menghasilkan larutan tanpa warna.

Kebaikan

– Menghasilkan collagen untuk ketegangan kulit
– Mengurangkan pigmentasi akibat terdedah pada cahaya matahari
– Mengurangkan garisan atau kedutan
– Mengurang dan menghalang pembentukan jerawat
– Awet muda
– Pemutihan kulit

Kesannya boleh dirasa selepas 2 minggu penggunaan. Dos yang dicadangkan adalah seminggu sekali bergantung pada metabolisme badan. Ianya boleh dikurangkan kepada 2 minggu sekali untuk maintain. Produk ini dicucuk menerusi urat, intravenously (IV). Tidak dicadangkan untuk mereka yang menyusukan anak, cucuk pada kitar haid, alergi pada vitamin, atau pesakit jantung.

Nota: Jika berminat untuk beli, boleh hubungi saya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube