Wanita Angkat Lebih Berat Daripada Lelaki?

Aiman Radzi - Perempuan Angkat Lebih Berat Daripada Lelaki

Mungkin dahulu kita nampak pelik bagaimana wanita boleh jadi lebih kuat daripada lelaki. Tetapi, apabila anda sudah berkecimpung lama dalam dunia kecergasan, anda akan dapati yang memang ada banyak wanita yang lebih kuat daripada lelaki!

Hakikatnya, banyak lelaki sekarang yang malas untuk menjaga kesihatan. Sama juga dengan perempuan, bukannya semua rajin untuk ke gym. Tetapi, tengok pada isu utamanya, iaitu memang ada banyak wanita yang boleh angkat lebih berat daripada lelaki, hatta sampai ratusan kilogram.

Bagaimana mereka melakukannya, dan apa yang kaum lelaki boleh ambil iktibar daripada situasi begini? Mari kita lihat!

Kursus Kecergasan 2024

1- Mereka Berlatih Untuk Kuat

Kalau anda jumpa perempuan yang lebih kuat daripada anda, perkara paling jelas yang tidak perlu ditanya atau diselidik adalah sebab apa mereka berlatih. Kalau mereka hendak jadi kuat, mereka perlu berlatih jadi kuat. Jadi, mereka merangka latihan mereka ke arah kekuatan.

Kebanyakan daripada mereka (wanita) yang kuat-kuat juga, turut memiliki bentuk badan yang baik. Kepada lelaki yang bermain gym dan kekuatannya dikalahkan wanita-wanita ini, apa anda perlu buat adalah mengkaji semula dan menyelidik cara latihan anda. Adakah program yang anda gunakan boleh jadikan anda kuat, atau anda berlatih kosong sahaja tanpa misi khusus?

2- Mereka Bermotivasi Dan Konsisten

Sesetengah lelaki hanya pergi ke gym apabila mereka bersama kawan-kawan. Susah betul untuk berlatih seorang diri. Wanita lagilah susah untuk dapatkan teman seperjuangan, lagi-lagi yang berlatih untuk kekuatan. Ramainya datang untuk main dumbbell warna pink sahaja.

Tetapi, yang kuat-kuat semuanya boleh kata berlatih seorang diri, ataupun memiliki rakan seperjuangan yang merupakan seorang lelaki yang juga kuat! Mereka boleh dikatakan partner yang unik di gym mereka, kerana kuat mengalahkan orang lain. Tercegat mata semua tengok.

Mesej di situ adalah untuk sentiasa berlatih meskipun anda berasa tidak mahu berlatih jika anda benar-benar mahukan hasil yang terbaik daripada latihan anda!

3- Mereka Tak  Endahkan Cakap-cakap Luar

Yang ini adalah antara penyakit yang parah dalam masyarakat kita, di mana kita suka sangat dengar cakap orang lain untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita. Contohnya, orang gemuk yang nak ke gym tapi dikeji orang di sana kerana badan terlalu berisi, disuruhnya pergi berjogging di taman dahulu. Orang kurus pula dikeji di gym kerana badan rangka macam tak boleh angkat berat. Perempuan lagilah, dikeji pergi ke gym sebab macam langgar fitrah (saya tak faham yang ini).

Tetapi, wanita kuat yang berlatih di gym tidak mengendahkan hal-hal ini. Sebaliknya, mereka menggunakan tanggapan-tanggapan negatif tersebut sebagai bahan bakar kepada enjin motivasi mereka supaya mereka dapat membuktikan orang yang mengeji mereka salah. Kita boleh contohi sifat ini, iaitu tidak mudah mengalah untuk mencapai apa yang kita mahu. Adakah anda memiliki sifat sebegini?

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: