Whey Untuk Kuruskan Badan May01

Kongsi

Whey Untuk Kuruskan Badan

Aiman Radzi - Whey Untuk Kuruskan Badan

Dalam kalangan bina badan, protein whey adalah sejenis protein yang, boleh dikatakan, mustahil tidak diketahui oleh penggemar besi. Mana tidaknya, hampir semua atlit bina badan menggunakan protein ini. Ia bukan sesuatu yang luar biasa, kerana ianya adalah susu, seperti susu-susu yang anda beli di kedai, cuma yang ini tinggi protein.

Disebabkan ia bagus untuk membina badan kerana kandungan protein yang tinggi, namanya melekat sebagai supplement untuk membina badan sahaja. Tidak ramai tahu, ia adalah sejenis supplement yang bagus untuk kesihatan. Malah, kalau anda mahu turunkan berat badan juga, protein whey boleh bantu anda untuk mencapat matlamat tersebut!

Kursus Kecergasan 2017

Dah Ambil Protein Ke Belum?

Protein whey telah ditunjukkan untuk mempunyai kesan positif terhadap hormon kita yang terlibat dengan penghadaman, otak, dan juga peredaran darah. Secara ringkasnya, protein whey mempunyai kesan untuk memberi rasa kekenyangan dan menghalang kelaparan berbanding protein yang lain seperti protein casein. Jom kita lihat lagi kenapa protein whey bagus untuk penurunan berat badan:

1- Meningkatkan Hormon Untuk Melawan Kelaparan

Dalam protein whey, ada beberapa kompaun yang mempunyai kesan tertentu dalam badan kita. Salah satunya dipanggil Glycomacro protein yang berperanan besar untuk melawan kelaparan. Glycomacro protein juga dipercayai mampu meningkatkan rembesan cholecystokinin, iaitu sejenis hormon dalam usus kita. Hormon tersebut menghantar signal kepada otot untuk berasa kenyang.

2- Memberi Isyarat Bekalan Tenaga Tersedia

Antara sumber protein yang anda, protein whey mengandungi leucine (sejenis asid amino) yang paling banyak dan terbanyak sekali untuk setiap gram. Satunya, leucine amat penting untuk menjana pertumbuhan otot. Jadi, bagi mereka yang mahu bina badan, leucine adalah asid amino yang dikira “lubuk emas” pada mereka. Kenapa? Ia meningkatkan pengaktifan mTOR, dan meskipun ia penting untuk bina badan, ia memberi satu lagi kesan iaitu menghantar isyarat kepada otak anda yang ada tenaga tersedia dalam badan. Jadi, anda tidak perlu makan lebih untuk dapatkan tenaga (kata lain, ia membendung selera makan).

3- Menstabilkan Glukosa Dalam Darah

Kalau gula dalam darah kita rendah, kita akan senang berasa lapar (tapi terlalu tinggi juga boleh beri kesan yang sama). Apabila anda mengambil karbohidrat, gula dalam darah akan meningkat, seiring dengan peningkatan hormon insulin untuk membawa “gula” tersebut dan nutrien lain ke dalam sel. Disebabkan kenaikan kedua-dua komponen ini, akan ada satu fasa di mana gula darah anda turun rendah dan anda berasa lain macam lapar. Protein whey mampu mengawal kesan ini dengan meningkatkan respon insulin untuk mengawal gula dalam darah.

Hydro Whey

Letih Minum Protein

Kalau nak minum protein selalu sepanjang hari memenatkan anda, idea penyediaan lain perlulah dicari dan direka. Sekarang, ada macam-macam jenis resepi untuk penyediaan protein whey. Ia boleh dijadikan sebagai kek, sebagai biskut, dimasukkan ke dalam oat, dijadikan protein bar, dan macam-macam lagi! Tetapi, saya sendiri lebih gemar minum kerana kemudahan untuk membancuh dan goncang sahaja. Terpulang kepada anda kerana apa yang terbaik untuk anda, lakukan!

Rujukan:

Paul Salter, 3 Ways Whey Protein Can Help You Lose Weight, Bodybuilding.com

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube