Kongsi

Zaki Khan Merangkul Tempat ke 2 Siam Strongman Classic

Semalam saya telah menyertai pertandingan besar di Bangkok iaitu Siam Strongman Classic 2019. Pertandingan ini disertai oleh 12 negara termasuk Malaysia, Brunei, Thailand, Hong Kong, England, Africa Selatan, US dan sebagainya.

Alhamdullilah, saya telah mendapat tempat ke 2 dalam kategori di bawah 105 kilogram. Persatuan Sukan Orang Kuat Malaysia menghantar sebanyak 5 orang atlet di mana Joyce Heng berjaya merangkul gelaran juara kategori wanita dan Choo Kok Wei tempat ketiga kategori di bawah 105 kilogram.

Walaupun sukan ini dianggap tak popular, tapi kami mampu membawa pulang pinggat untuk Malaysia.

Surat Khabar

https://www.mstar.com.my/sukan/2019/02/18/sukan-orang-kuat

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/02/21/tough-to-meet-with-syed-saddiq-says-strongman-association/

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/21/susah-nak-jumpa-syed-saddiq-persatuan-sukan-orang-kuat-kecewa/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube