Ada Soalan Tentang Creatine?

Aiman Radzi - Ada Soalan Tentang Creatine

Creatine adalah antara makanan tambahan yang sangat kontroversi sekarang. Ramai yang menggunakannya, tak kurang juga ramai yang mengecam penggunaannya. Ada yang kata creatine ini berbahaya, atau seakan-akan steroid. Benarkah kenyataan ini? Adakah betul creatine mampu membawa kesan positif, ataupun sekadar gembar-gembur sahaja?

Apa kata kita lihat beberapa soalan biasa yang dikemukakan berkenaan creatine. Mungkin salah satu daripada soalan ini turut bermain di fikiran anda!

Kursus Kecergasan 2024

Apakah Sebenarnya Creatine?

Creatine adalah sejenis protein, tetapi bukanlah protein yang digunakan dalam pembinaan sel otot. Sebaliknya, creatine adalah protein yang bertanggungjawab untuk mengitarkan tenaga dalam sel-sel otot anda. Bukan itu sahaja, creatine turut berkerja untuk tisu-tisu otak anda!

Apabila kita mengambil creatine sebagai makanan tambahan, kita menyediakan bekalan fosfat untuk digunakan oleh sistem tenaga kita (menukarkan ADP menjadi ATP). Semua sains belaka, apa yang anda perlu tahu, creatine membenarkan anda untuk memiliki tenaga yang lebih sewaktu berlatih.

Apakah Kebaikan Creatine?

Creatine sememangnya berkesan, tetapi ada juga bagi sesetengah orang tidak menampakkan sebarang hasil. Jika anda seorang pengama diet vegetarian, penggunaan creatine pasti akan membawa perubahan yang sangat ketara. Kenapa?

Creatine terdapat dalam daging-daging. Kalau anda seorang vegetarian, anda tidak memakan daging sekaligus mengurangkan bekalan creatine. Jadi, apabila anda mengamalkan creatine sebagai makanan tambahan, ia akan bawa perubahan yang jelas. Berbeza dengan mereka yang kerap memakang daging, mungkin sekali badan mereka telah mempunyai kandungan creatine yang tinggi. Maka, mereka akan menampilkan hasil yang kurang sedikit berbanding orang lain.

Cuba rujuk entri 5 Sebab Anda Patut Ambil Creatine untuk baca tentang kelebihan-kelebihan pengambilan creatine dalam diet harian anda.

Betulkah Creatine Memberikan Saiz Dan Tenaga?

Creatine disimpan sebagai phospho-creatine dalam sel otot kita dan ini membekalkan lebihan fosfat untuk digunapakai dalam kitara tenaga badan ketika melakukan kerja berintensiti tinggi. Secara amnya, anda dapat tingkatkan tenaga sebanyak 15%, atau lebihan 1-2 rep dengan beban sedikit tinggi daripada biasa.

Hampir semua pengguna creatine akan mengalami kenaikan berat. Kebanyakan orang kata kenaikan ini hanyalah air, apabila berhenti maka badan kita akan turun kepada berat asal. Tidaklah begitu tepat dan setiap orang akan mengalami kenaikan yang berbeza-beza. Ada yang naik 1kg, ada yang naik 5kg. 73% daripada otot terdiri daripada air, dan kenaikan berat otot akan sejajar dengan kenaikan air.

Creatine Bantu Pemulihan Atau Tidak?

Salah satu kelebihan creatine adalah cell volumization atau meningkatkan tahap isipadu sel melalui penyerapan air. Dari sini datangnya istilah ambil creatine jadi sebu air. Tapi tidak mengapa, kerana apabila sel anda tinggi dengan kandungan air, ia juga akan tinggi dengan bahan-bahan penting untuk proses pemulihan. Kandungan glikogen juga akan meningkat. Sel anda turut akan berasa lebih mudah untuk melakukan proses penyebaran nutrien melalui suasana penuh air ini.

Apakah Cara Terbaik Untuk Ambil Creatine?

Creatine tidak bertindak mengikut masa. Jadi, tidak perlu risau untuk diambil samada sebelum, semasa, atau selepas latihan. Creatine bertindak melalui kepekatan creatine dalam otot kita. Ini hanya boleh dicapai melalui penggunaan masa panjang dan berterusan.

Untuk menggunakan creatine juga, ada yang mencadangkan anda perlu lakukan fasa loading. Antara cadanganya adalah mengambil 5g creatine sebanayk 2-3 kali sehari untuk 4-5 hari. Kemudian, pengambilan creatine diteruskan sahaja dengan 3-5g sehari. Ini adalah kaedah yang lebih cepat, tetapi saya sendiri tidak menggunakan kaedah loading kerana saya hanya kekal ambil 3g setiap hari dari dahulu lagi.

Dan, anda tidak perlu cycle penggunaan creatine, sebenarnya. Jika anda tidak mengambil secara berlebihan, creatine adalah bahan yang selamat digunakan secara konsisten. Malah, itu sahaja cara terbaik untuk anda dapatkan hasil daripada penggunaan creatine.

Adakah Kafein Mengurangkan Kesan Creatine?

Tidak, kafein seperti kopi dan teh tidak menghampakan hasil yang ditawarkan creatine. Kebanyakan kajian yang dilakukan ke atas creatine terhadap atlit-atlit adalah melalui penambahannya ke dalam minuman-minuman berkafein seperti teh dan kopi, dan kajian mereka masih memberikan hasil yang memberansangkan!

Jika anda risau tahap asid kafein merosakkan creatine, ketahuilah tahap asid dalam perut anda adalah lebih tinggi berbanding asid kafein. Meskipun begitu, creatine masih dapat dibawa masuk ke dalam darah tanpa sebarang kerosakan selepas melalui saluran perut.

Apa Jadi Kalau Saya Berhenti Guna Creatine?

Satunya, anda mungkin akan kurang berat badan melalui penyingkiran air. Kekuatan anda mungkin juga akan berkurangan. Ketahanan turut boleh terkesan. Tapi, ini semua akan sama bergantung pada jenis latihan anda.

Yang pasti, anda tidak akan hilang jisim otot yang anda bina sewaktu penggunaan creatine dan kerja latihan berat. Sel otot yang ada bina akan kekal, cumanya isipadu air sahaja akan berkurangan. Mungkin ini lebih sesusai bagi mereka yang ingin menampakkan lebih jaluran-jaluran otot.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

21 thoughts on “Ada Soalan Tentang Creatine?

  1. Kalau kita ambik creatine lps tu badan nampak bulky sgt jadi kita pun nak reduce muscle boleh ke ?

    1. Nak kurangkan otot, kurangkan latihan sahaja. Tapi stop guna creatine boleh kurangkan saiz badan bagi sesetengah orang.

  2. Makna nya nk nampak shredded tak
    boleh amik creatine lah ye

    1. untuk cutting boleh ambil creatine, tapi bila hampir dengan competition.. akan drop daripada guna creatine sementara

  3. Makna nya nk nampak shredded tak
    boleh amik creatine lah ye

  4. Zul iskandar says:

    Saya seorang yg dalam proses menurunkan berat badan. Adakah creatine sesuai untuk saya,sebab saya dh order. Huhu..
    Saya tidak berminat untuk badan saya nampak bulk. Macammana ya Tuan?

    1. Zaki Khan says:

      boleh. ada kesan water bloating sikit tapi x jadi masalah.

  5. Creatine boleh campur dgn BCAA x..?

      1. Semingu berpa kali ambik creatine?

  6. Amirul akmal bin jamaluddin says:

    Kenapa saya kerap nk pergi kencing? Pakai creatine ni dari dulu saya cuba cari jawapan

    1. Zaki Khan says:

      water bloating. carb ikat dgn air, bila carb digunakan, air terlalu byk. jadi akan dibuang. kalau terlalu kerap, mungkin ada beberapa sebab lain, contoh pengambilan cafein. possibility teruk, kidney problem.

  7. Saya telah berhenti seminggu untuk penggunaan creatine dan Protein kerana hendak tukar kepada natural food . Jadi Saya medapati susah untuk tidur dan Bila tidur jantung bergerak pangas menyebabkan Tidak dapat tidur. Bagaimanakah harus Saya lakukan untuk Itu?

  8. Sesuaikah cretine dicampur dgn mass

  9. Firdaus Jois says:

    Saya ambi creatine lebih setahun ok saja, baru2 ni saya ambi creatine badan gatal2 dn sendi2 mencucuk-cucuk. Adakah ni antara simptom kesan sampingan pengambilan creatine

  10. Adakah kreatin memberi kesan positif atau negatif ketika dalam proses ujian air kencing?

Leave a Reply to Awang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: