Adakah Pemanis Tiruan itu Berbahaya untuk Manusia?

Sejak kebelakangan ini banyak produk kesihatan yang berfokus kepada pemanis tiruan seperti Stevia dipasarkan kepada orang awam sebagai alternatif gula. Terdapat banyak kontroversi yang berkaitan dengan pemanis tiruan. Ada beberapa pihak mengatakan yang pemanis tiruan boleh menyebabkan penyakit seperti kanser atau kencing manis dan ada juga pihak atau individu yang memmasarkan produk mereka mengatakan yang pemanis tiruan yang dijual mampu mengawal dan menyembuhkan kencing manis. Artikel kali ini berfokus kepada pemanis tiruan dimana kajian-kajian terkini digunakan sebagai rujukan.

Sebelum kita melihat mengenai keburukan atau kebaikan pemanis tiruan, apakah itu pemanis tiruan? Pemanis tiruan digunakan sebagai bahan tambahan makanan dan juga digunakan sebagai alternatif gula. Tahukan anda, pemanis tiruan adalah lebih manis daripada gula dan mengandungi jumlah kalori yang sangat sedikit sehingga boleh diabaikan kandungan kalorinya. Walaupun pemanis tiruan boleh manjadi alternatif yang hebat, beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengunaan tiruan pada jangka waktu yang lama atau kronik mampu menyebabkan pengubahan metabolism glukosa dalam tuduh kita. Bukan itu sahaja, malahan penggunaan pemanis tiruan juga telah dikaitkan dengan peningkatan risiko obesiti dan Diabetes Mellitus ( DM Type 2). (1)

Kursus Kecergasan 2024

 

Jenis- jenis pemanis tiruan

Terdapat beberapa jenis pemanis tiruan di pasaran. Antara jenis-jenis pemanis tiruan yang diginakan adalah seperti aspartame, saccharin, acesulfame potassium, neotame, sucralose dan stevia.

Aspartame dan acesulfame potassium (Ace-k) adalah serbuk putih, tidak berbau yang dua ratus kali lebih manis daripada sukrosa dan mudah larut dalam air. Walaupun ia adalah pemanis rendah kalori dan tidak memberi kesan yang nehatif pada kawalan glisemik, pesakit diabetes dinasihatkan untuk mengambil kuantiti yang minimum kerana kajian telah menunjukkan bahawa aspartame dalam kuantiti yang banyak adalah berbahaya untuk metabolisme pesakit diabetes. Aspartame juga diiktirafkan sebagai selamat diginakan oleh manusia oleh FDA (Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat dan Perkhidmatan Manusia). (2)

Ace-K adalah stabil di bawah haba jika dibandingkan dengan aspartame. Bukan itu sahaja, malahan Ace K juga lebih stabil di campuran yang berasid yang membolehkan ia digunakan sebagai bahan tambahan makanan atau dalam produk yang memerlukan jangka hayat yang panjang. Walaupun Ace K mempunyai jangka hayat yang stabil, ia mampu larut dan mengubah secara kimia kepada acetoacetamide, yang toksik dalam dos yang tinggi.(3)

Saccharin adalah pemanis tiruan yang 300-500 kali lebih manis daripada sukrosa dan ia juga digunakan secara luas dalam produk makanan yang dofokuskan untuk pesakit diabetes. Saccharin mampu diserap dalam sistem pencernaan manusia tanpa penghadaman. (4, 5) Banyak kajian tentang sakarin telah dilakukan secara meluas, namun banyak penyelidikan telah melaporkan keputusan kajian yang berbeza. Kajian terhadap tikus yang dijalankan oleh Bailey et al melaporkan bahawa penggunaan jumlah sakarin yang lebih besar mengakibatkan berkurangan hiperinsulinemia, penurunan insulin sensitivity dan kawalan gula darah yang baik dan terkawal dikalangan tikus yang dikaji. (6)satu lagi kajian oleh Suez at al melaporkan bahawa dos Sakarin yang disyokan oleh FDA ialah 5mg/ berat badan per kg (Kilogram). Sakarin menunjukkan tahap tertinggi perubahan dalam intoleransi glukosa dikalangan tikus yang obes dan tikus yang mempunyai berat badan normal. (7)

Neotame adalah pemanis tiruan yang 8000 kali lebih manis daripada sukrosa dan ia juga digunakan secara luas dalam produk makanan seperti minuman bersoda. Neotame juga telah diiktirafkan oleh FDA sebagai selamat digunakan dan tidak menyebabkan kanser atau mutasi gen.(8) Sucralose adalah kira-kira 320 hingga 1,000 kali lebih manis daripada sukrosa, tiga kali lebih manis daripada kedua-dua aspartam dan Ace-K, dan dua kali lebih manis daripada sakarin. Sucralose juga telah diiktirafkan oleh FDA sebagai selamat digunakan dan tidak menyebabkan kanser atau mutasi gen (9)

Stevia adalah sejenis pemanis tiruan yang dihasilkan dari herba yang dikenali sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni. Stevia adalah 50-300 kali lebih manis daripada sukrosa. (10) Tahukah anda bahawa herba ini telah digunakan sejak 1500 tahun yang lepas oleh rakyat Guarani yang berasal dari Amerika Selatan.  Daun stevia telah digunakan secara tradisional selama beratus-ratus tahun di Paraguay dan Brazil untuk memaniskan teh dan untuk membuat ubat kampung atau jamu.(11) Goyal et al telah lakukan kajian pada tahun 2010 melaporkan yang penggunaan pemanis Stevia rebaudiana sebagai pengganti gula mampu memberi manfaat kepada kanak-kanak, penghidap diabetes, dan mereka yang ingin mengurangkan pengambilan kalori mereka.(12)

Kesimpulan

Berdasarkan carian informasi dengan meneliti kajian-kajian yang berkaitan dengan pemanis tiruan yang dijelaskan diatas, satu jadual telah dilampirkan dalam artikel ini bagi rujukan pembaca. Pada pendapat saya sebagai seorang pemgamal perubatan,  adakah pemanis tiruan bahaya atau tidak? Jawapan saya adalah ia tergantung kepada individu yang berlainan. Kalau anda mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit kronik seperti barah atau kanser saya sarankan untuk mengurangkan atau ambil pemanis tiruan dengan kuantiti yang rendah dan tidak melebihi dos ADI (acceptable daily intake atau dose yang dibenarkan perhari). Oleh itu, sebagai seorang dokter, saya juga berharap yang pemanis tiruan diterokai dan dikaji secara klinikal dari kedua-dua sisi positif dan negatif, mengarahkan tahap keselamatan dalam penggunaan makanan dan farmaseutikal.

Jadual 1: Potensi Toksik Pemanis Tiruan. (12, 13)

Potensi Toksik Pemanis Tiruan
Nama Nama lain dalam label makanan ADI (mg/kg/hari) Manifestasi Ketoksikan pada Manusia
Akut (< 2 minggu) Kronik(>2minggu)
Acesulfame-K Ace-K, acesulfame potassium 15 Sakit kepala Klastogenik, genotoksik dan tumor tiroid

dalam tikus dengan pemgambilan dose yang sangat tinggi.

Aspartame Methanol, aspartic acid, phenylalanine 50

 

Sakit kepala, mulut kering, pening kepala, thrombocytopenia. Lukemia pada tikus dan lymphoma.
Neotame De-esterified neotame, methanol 2 Sakit kepala, toksik pada hati pada dos yang tinggi(hepatototoxic) Kadar kelahiran yang lebih rendah, penurunan berat badan
Saccharin O-sulfamoylbenzoic acid 5 Ganguan system pencernaan Ganguan system pencernaan
Sucralose 5 Cirit-birit Pengecilan thymus dan pembesaran cecal pada tikus.
Stevia 4 Mual, muntah, pening kepala Kerosakan buah pinggan, Gangguan endokrin, ganguan system pencernaan

 

Rujukan

  1. Ali A, More TA, Shaikh ZJBBRA. Artificial sweeteners and their health implications: A review. 2021;18(2):227-37.
  2. Hanin SA, Priya VV, Gayathri RJDIT. Awareness of health effects of aspartame among diabetic patients. 2018;10(7).
  3. F?nd?kl? Z, Türko?lu ?JJoT, Sciences EH. Determination of the effects of some artificial sweeteners on human peripheral lymphocytes using the comet assay. 2014;6(8):147-53.
  4. Amin KA, Al-Muzafar HM, Abd Elsttar AH. Effect of sweetener and flavoring agent on oxidative indices, liver and kidney function levels in rats. 2016.
  5. Spillane WJ, Ryder CA, Walsh MR, Curran PJ, Concagh DG, Wall SNJFc. Sulfamate sweeteners. 1996;56(3):255-61.
  6. Bailey CJ, Day C, Knapper JM, Turner SL, Flatt PRJBjop. Antihyperglycaemic effect of saccharin in diabetic ob/ob mice. 1996;120(1):74.
  7. Suez J, Korem T, Zeevi D, Zilberman-Schapira G, Thaiss CA, Maza O, et al. Artificial sweeteners induce glucose intolerance by altering the gut microbiota. 2014;514(7521):181-6.
  8. Kokotou MG, Asimakopoulos AG, Thomaidis NSJAM. Artificial sweeteners as emerging pollutants in the environment: analytical methodologies and environmental impact. 2012;4(10):3057-70.
  9. Food, Drug Administration HJFr. Food additives permitted for direct addition to food for human consumption; folic acid. Final rule. 2016;81(73):22176-83.
  10. Brandle JJCA, Agri-Food. FAQ-Stevia. Nature’s Natural Low Calorie Sweetener. 2004.
  11. Parsons WT, Cuthbertson EG. Noxious weeds of Australia: CSIRO publishing; 2001.
  12. Goyal S, Samsher n, Goyal RJIjofs, nutrition. Stevia (Stevia rebaudiana) a bio-sweetener: a review. 2010;61(1):1-10.
  13. Whitehouse CR, Boullata J, McCauley LAJAJ. The potential toxicity of artificial sweeteners. 2008;56(6):251-61.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

2 thoughts on “Adakah Pemanis Tiruan itu Berbahaya untuk Manusia?

  1. Abdul Aziz says:

    Tuan, saya menggunakan SWEET GLUKOLESS (Dextrose Monohydrate, Sucralose), adakah ia mendatangkan kesan sampingan keatas diri saya.

    terima kasih tuan.

    1. Dr. Vishnu Raj .S Dr. Vishnu Raj says:

      Jika tidak lebih dari dose yang direkomendasi di artikel ini tiada masalah. Jika tuan mengalami gelaja atau tanda klinikak yang negatif seperti cirit atau muntah disarankan untuk hentikan pengambilannya n berjumpa dengan dokter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: