Air Kelapa
Ada bermacam-macam isu bila bercerita tentang air kelapa. Ada yang kata air kelapa elok, ada yang kata air kelapa tak elok. Sehinggakan ada yang kata air kelapa boleh rosakkan otot. Betul ke? Sedangkan di Amerika, air kelapa dijadikan air minuman sukan disebabkan kandungan potassiumnya walaupun secara teknikalnya kandungan sodium agak rendah.
Terdapat kajian menunjukkan air kelapa sesuai dijadikan air minuman selepas senaman. Terdapat juga kes dimana air kelapa digunakan sebagai air intravena penghidratan menggantikan saline yang mungkin sukar didapati di negara-negara sedang membangun.
Air kelapa bebas daripada lemak dan kolesterol. Ia mungkin tidak sesuai untuk mereka yang menjalani latihan yang berintensiti tinggi kerana kandungan karbohidrat yang rendah dan juga protein sekitar 2g berbanding keperlukan purata 15 hingga 17 gram protein untuk pemulihan seseorang selepas berlatih. Cytokinins dalam air kelapa antara kandungan yang bermanfaat.
Kelebihan Air Kelapa
– Air kelapa lebih bernutrisi daripada susu krim penuh
– Air kelapa lebih sihat daripada pelbagai jenis jus buah-buahan dengan kalori yang lebih rendah
– Air kelapa lebih baik daripada susu bayi yang diproses dengan kandungan asid laurik yang terdapat dalam susu ibu
– Air kelapa menggandungi lebih potassium (294 mg)jika dibandingkan dengan kebanyakan air minuman sukan (117 mg)
– Air kelapa mengandungi kurang sodium (25 mg) jika dibandingkan dengan kebanyakan air minuman sukan (41 mg), dan air tenaga (200 mg)
Kebaikan Air Kelapa
– Memastikan suhu badan tidak terlalu tinggi dan menurunkan suhu ketika demam
– Membantu membawa nutrisi dan oksigen ke sel
– Membantu menaikkan metabolisme
– Meningkatkan sistem imunisasi
– Mengawal diabetis
– Seimbangkan PH badan
– Membantu merawat batu karang
erm…saya setuju..kelapa byk khasiatnya cuma kita jerq yg terlepas pandang….
ramai yg bertanya pasal air kelapa ni. kata boleh potong otot la. potong steroid la n mcm2
salam tuan, ada orang2 tua pesan, air kelapa hanya seelok2 nya minum sebulan sekali utk buangkan toksin dalam badan, kalau minum kerap akan melemahkan badan, adakah teori tu betul tuan..?terima kasih
salam. atas dasar itu juga, dah beberapa hari saya baca beberapa research, tp xde plak yg mengatakan keburukan air kelapa sampai melemahkan bdn. malah ada research yg support air kelapa meningkatkan imunisasi.
salam bro bukan kah air kelapa kadang kala sejuk ..terlalu kerap bleh menyejukkan urat …leh kembang urat org utara kata .heh kalau salah tlg betoi kan trima kasih….
air kelapa menyejukkan bdn. menyejukkan urat tu camna plak? then kalau sejuk camna bleh kembang? mcm2 istilah org melayu ni
salam tuan,
orang2 tua slalu kata air kelapa ini penawar segala racun,baik diminum…tambah2 pula kelapa bakar..hehehe
malaysia ni, mcm2 org tua kata, ada kata x elok, ada kata elok. :D.
orang-orang tua ke orang tua-tua …hehehehe 🙂
dato penah cuba bancuh supplement dgn air kelapa x?
hehehe. yg saya tau air jus oren je x bleh campur dgn creatin
nanti nak try experiment la LOL
(azab nak telan supplement pas training.. cam nak muntah, wekkk)
supplement apa pas training yg azab tu bro…setau aku pas training pnyer supp sume sedap jer tekak..haha..
kebanyakan supplement skrang direka sedap. x mcm dulu2. 😀
protein nitrotech. bau aje da mual! gullp!!
creatin plak rasa mcm… ntah. tapi loya tekak dowhh
laa ni makan protein isolate, rasa ok sikit. tapi tetap mual
apa2 pun aku telan je, apa nak buat. x larat makan ayam rebus hari2
nitrotech boleh thn lg rasa. cuba try XXL. boleh muntah balik rasanya. 😀
air jus oren tu crita dari mana plak?
jrg pakai supplement.
random fact dari intenet la dato.. x ingat dah baca kat mana
katanya acid citrus bertindak balas chemichal dgn creatin monohydrate jadi x bagus..
badan macam dato x pakai supplement?? fuuuuhh!!! makan ayam rebus apa??
jrg. bukan x pakai. kekadang ada amik asid amino.
kena cari pasal creatine gak ni. kekadang ada isu sengaja dibawa oleh company jual supplement. bukan fact
So tips kat atas nampak cam lebih sesuai utk workout drink utk org yg nak kurus sebab low karb, tapi tu la.. low protein -_- .Pernah dulu sekali masa join race 10km dapat percuma air kotak yg air kelapa as main ingredient.. cari balik tak jumpa pon produk tu. Kotak pon cun. My favorite drink 🙂
Once ade cerita Jackie Chan yg dia guna air kelapa cucuk masuk badan utk org yg kene patuk & dah buang racun. Kes darurat tgh gurun… 😀
aik, ada ke kat malaysia?
ada.. buatan Malaysia. Tapi cari balik tak jumpa. Kotak air tu pon dah hilang, sayang kotak lawa 😀
salam dato.. ade terbaca yg org diabetes kene elakkan minum air kelapa tp kat sini ckap boleh mengawal diabetes.. Mana satu yg nak ikut ni..
baca kat mana tu?
Mungkin yg tak elok tu kelapa campur gula la kot. hehee.
satu hari sy lepas berlari sy beli air kelapa tanpa gula ais sekadar nk bg dingin je…layan..tp elok ke melantak dgn isi2 dia dato….ade detail isi kelapa tak..
bila dgn isi, jadi kalori sgt tinggi. air kelapa kosong 70-100 kalori. dgn isi + lagi gulu boleh cecah 600kalori