Apa Sebenarnya Terjadi Apabila Kita Mula Bersenam Secara Konsisten?

Apa sebenarnya jadi pada badan kita apabila kita mula bersenam secara berkala
Penurunan kadar nadi disebabkan dorongan sympathetic berkurang, kontraksi atrial menurun dan ruang ventrikel kiri bertambah. Kadar nadi rehat mereka yang cergas biasanya di bawah 70 setiap minit. Antara atlet yang pernah direkodkan kadar nadi rehat yang rendah seperti Miguel Indurain, pelumba basikal dengan kadar nadi rehat 28 per minit.
Dalam masa sama, ada penurunan tekanan darah bekerja systolic, jika senaman dibuat dengan cara betul. Senaman juga boleh tambah tekanan. Jumlah darah bertambah dengan peningkatan plasma darah dan sel darah merah, haemoglobin.
Penambahan apa yang dipanggil sebagai Stroke Volume. Cardiac Output biasanya kekal sama disebabkan penurunan kadar nadi. Tapi ada juga kes penurunan berat badan merosotkan cardiac output.
Cardiac Output (Q) = Stroke Volume (SV) x Kadar Nadi (HR)
Dalam masa sama, otot lebih effisien mengambil oksigen. Isipadu kapilari meningkat. Saiz mitochondria dan jumlah meningkat. Mitochondria adalah kilang pengoksidaan. Bila jumlah dan saiz bertambah, maka pembakaran bertambah. Berlaku hipertrofi pada otot. Semakin lama bersenam, semakin kurang kadar penggunaan simpanan glikogen. Bermaksud badan kurang menggunakan tenaga untuk aktiviti senaman tersebut.
Keupayaan badan menggunakan lemak meningkat jika bersenam dengan cara yang betul. Ruang simpanan glikogen bertambah. Secara purata rendah, simpanan mereka yang tak bersenam sekitar 300 gram, boleh naik ke 500 g. Jadi makan berlebihan tidak menyebabkan badan membesar seperti sebelumnya.
Dari segi aerobik, badan mampu bertahan lebih lama. Peningkatan kapasiti daya tahan otot melalui peningkatan pengambilan oksigen, VO2 Max. Potensi peningkatan isipadu paru-paru juga, tapi tiada perubahan dalam tidal volume (TV). Kapasiti meningkat disebabkan meningkatan alveolar-capillary di permukaan peparu.
VO2 = SV x HR x (a-v)O2 atau VO2 = Q x (a-v)O2
(a-v)O2 ini merujuk kepada perbezaan oksigen arteriovenous.
Apa kebaikan pada jantung? Saiz jantung bertambah berikutan berlaku hipertrofi pada jantung dan ruangan ventrikel kiri membesar.
Rujukan
- https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S1050173822000731?via%3Dihub
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5407969/
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7181565/pdf/421_2020_Article_4336.pdf
- https://rc.rcjournal.com/content/62/7/936.short
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3524668/
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6137621/
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5407969/
- https://www.mdpi.com/2072-6643/10/3/298