Apakah Itu Depression Atau Kemurungan?

Ramai individu yang sering memaparkan di komen media sosial yang mereka mengalami depresi. Tahukah anda para pembaca bahawa depresi atau kemurungan adalah berbeza daripada perubahan mood biasa. Penyakit ini menjejaskan semua aspek kehidupan, termasuk hubungan dengan keluarga, rakan dan komuniti. (1)
Gangguan kemurungan (juga dikenali sebagai depression) adalah gangguan mental yang biasa. Penyakit ini melibatkan perasaan tertekan atau kehilangan keseronokan atau minat dalam aktiviti untuk jangka masa yang lama.(2)
Kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Orang yang telah melalui penderaan, kehilangan teruk atau trauma berkemungkinan mengalami kemurungan. Wanita lebih cenderung mengalami kemurungan berbanding lelaki.(2)
Bukan itu sahaja, dianggarkan 3.8% daripada populasi mengalami kemurungan, termasuk 5% daripada orang dewasa (4% di kalangan lelaki dan 6% di kalangan wanita), dan 5.7% daripada orang dewasa yang berusia lebih daripada 60 tahun (warga emas). WHO melaporkan yang kira-kira 280 juta indivdu di dunia mengalami kemurungan.(2)
Di seluruh dunia, lebih daripada 10% wanita hamil dan wanita yang baru melahirkan mengalami kemurungan . Lebih daripada 700 000 orang mati akibat bunuh diri setiap tahun. Bunuh diri adalah penyebab utama kematian keempat dalam usia 15-29 tahun.(2)
Walaupun terdapat rawatan berkesan untuk gangguan mental yang diketahui, lebih daripada 75% orang di negara berpendapatan rendah dan sederhana tidak menerima rawatan. Halangan kepada penjagaan yang berkesan termasuk kekurangan pelaburan dalam penjagaan kesihatan mental, kekurangan penyedia penjagaan kesihatan terlatih dan stigma sosial yang berkaitan dengan gangguan mental.(3)
Gejala kemurungan adalah berbeza daripada turun naik mood biasa. Mereka bertahan hampir sepanjang hari, hampir setiap hari, selama sekurang-kurangnya dua minggu. Beberapa gejala lain yang harus diperhatikan adalah seperti berikut:(4)
- Konsentrasi atau fokus yang lemah
- Perasaan bersalah yang berlebihan atau rendah diri
- Putus asa tentang masa depan
- Pemikiran tentang mati atau bunuh diri
- Tidur terganggu
- Perubahan selera makan atau berat badan
- Berasa sangat letih atau kurang tenaga.
Tambahan, kemurungan juga boleh menyebabkan kesukaran dalam semua aspek kehidupan, termasuk dalam masyarakat dan di rumah, tempat kerja dan sekolah. Para pembaca sekalian, jika anda berasa tertekan saya menyarankan anda untuk buat temujanji untuk berjumpa doktor atau profesional kesihatan mental secepat mungkin. Jika anda enggan mendapatkan rawatan, berbincang dengan rakan atau orang tersayang, mana-mana profesional penjagaan kesihatan yang anda percayai.
- Brown GW, Harris TO. Depression. New York: Guilford. 1989.
- Metrics IoH, Evaluation. Global health data exchange (GHDx). Institute of Health Metrics and Evaluation Seattla, WA, USA; 2021.
- Woody C, Ferrari A, Siskind D, Whiteford H, Harris M. A systematic review and meta-regression of the prevalence and incidence of perinatal depression. Journal of affective disorders. 2017;219:86-92.
- Evans-Lacko S, Aguilar-Gaxiola S, Al-Hamzawi A, Alonso J, Benjet C, Bruffaerts R, et al. Socio-economic variations in the mental health treatment gap for people with anxiety, mood, and substance use disorders: results from the WHO World Mental Health (WMH) surveys. Psychological medicine. 2018;48(9):1560-71.