Atkin Melanggar Hukum Tabii Manusia

Atkin yang cuba mencetuskan revolusi

(bersambung dari entri Diet Atkin)

Apa persamaan Atkin dengan Darwin? Darwin mencipta satu teori yang melanggar hukum kejadian manusia itu sendiri manakala Atkin cuba membina piramid terbalik yang juga melanggar hukum tabii manusia. Kedua-duanya cuba mencetuskan revolusi.

Kursus Kecergasan 2024

Pernahkah kita belajar suatu ketika dahulu, bagaimana pemakanan yang sihat? sistem piramid makanan? bagaimanakah bentuknya? Karbohidrat di bawah, bukannya di atas. Berdasarkan bacaan sistem piramid, di bawah bermaksud pengambilan lebih. Itu piramid pemakanan yang klasik. Kenapa saya kata klasik? kerana terdapat sedikit perubahan pada tahun 2011. Secara ringkasnya sistem piramid pemakanan yang baru masih meletakkan majoriti karbohidrat  di bawah. Dahulu dah elok-elok belajar sistem piramid makanan, tetiba jadi pengikut atkin. Karbohidrat terus berada di atas. Lemak dan protein berada di bawah. Adakah ini menunjukkan sistem pembelajaran di sekolah salah?

Sebelum anda bercadang memulakan diet terlalu rendah karbohidrat, fahami fisiologi dan struktor sel. Di sel badan terdapat simpanan glikogen. Apabila terlalu rendah kemasukan karbohidrat, simpanan glikogen ini akan menyusut. Untuk pengetahuan anda, setiap gram glikogen menyimpan 4 gms air. Jadi apabila berlaku penyusutan simpanan glikogen, berlaku juga penyusutan air. Jadi secara logiknya, berat akan menyusut.

Maka dengan penyusutan itu, bergembiralah ramai orang kerana berjaya menurunkan berat. Seminggu turun sebanyak 5 hingga 10 kg. Bagaimana jika seseorang yang mengamalkan diet terlalu rendah karbohidrat kembali kepada diet biasa? simpanan glikogennya meningkat kembali? adakah seseorang itu akan terikat dengan diet jenis itu seumur hidup?

Secara logiknya bagi seseorang yang normal, bukan atlet, apabila menurunkan kemasukan karbohirat, adakah akan berlaku peningkatan kemasukan protein? Peningkatan peratus ya, tetiba bagaimana dengan jumlah kemasukan protein? jika ada peningkatan pun berapa banyak? adakah cukup untuk menampung keperluan badan? secara tidak langsung memang tidak cukup dan terus menjadikannya rendah kalori. Bukan setakat rendah tetapi terlalu rendah berbanding keperluan.

Bayangkan seseorang yang biasa makan sehari 4 pinggan nasi ayam, tiba-tiba makan ayam untuk 1 hidangan sahaja. Dah pasti badan ‘mengecut’. Adakah mengecut bersamaan bakar lemak? Apa kesannya diet jenis ini untuk jangka masa panjang?

Bersambung di
Bakar Lemak Dengan Karbohidrat
Pakar Membidas Atkin

Atkin yang cuba mencetuskan revolusi

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

33 thoughts on “Atkin Melanggar Hukum Tabii Manusia

  1. Saya tahu, ada pengikut atkin akan bersuara apabila saya buka lagi isu atkin ini. 😀 .kalau x disini, di tempat2 lain.

  2. fazli rozi says:

    sy setuju n cukup pantang org diet nasi.kita bukan mat slleh.sy mkn nasi gak tp still berat turun huu

  3. Will Smith says:

    Salam, saya ada beberapa soalan dan kemusykilan. Saya pernah buat diet Atkins ni cuma xlah lama, paling lama pun seminggu saya buat. Setahu saya diet ni bukan xboleh langsung amik carbs tapi pd peringkat pertama cuma 20g carbs sahaja dibenarkan. Disebabkn pengurangan carbs dlm bdn, bdn akan blaku satu proses yg dinamakan KETOSIS. Proses Ketosis ini yg akan menyebabkan pembakaran lemak dlm bdn kita. Pd peringkat seterusnya, jumlah carbo akan ditingkatkn secara perlahan-lahan. Jadi semasa peringkat permulaan, kita masih mengambil carbo cuma dilimitkan sahaja.

    Sebab bagi kami org2 yg berbadan gemuk ni memang badan kami banyak lemak, bayangkan org yg berat 130kg boleh jadi 66kg, adakah air sahaja yg turun dlm bdn dia?

    Jika saya makan lebih carb sprt dlm piramid suruh ambil byk carbo, badan saya tidak akan ada penurunan langsung malah makin naik lagi tapi bila saya limitkan pengambilan carbs, akan berlaku penurunan.

    Itu sedikit pemahaman saya mengenai Atkins.

    1. 20g carb tu terlalu rendah. sbb tu saya ckp, atkin bina pyramid secara terbalik. masuk fasa seterusnya ditingkatkan ke 25g.
      crita ketosis tu betul. selepas 4 hari tanpa carbo/kurang carb akan berlaku ketosis.

      apa yg saya crita dlm entri di atas blum sentuh pasal ketosis tp kalau ada baca entri2 saya sebelum ni, saya dah buka cerita pasal ketagonik diet. sila rujuk pada entri2 saya sbelum ni. entri kali ini saya crita pasal glikogen store yg menyimpan air. saya x masuk lg kepentingan carbo dlm diet dlm proses bakar lemak dan juga fungsi2 fisiologi. sbb tu saya kata ada sambungan. :).

      anyway ada buat senaman? ada jaga makan? ada mana2 part x btul? 🙂 pelik bila xde penurunan. saya dah train ramai org, mkn carbo, semua ada penurunan. malah rakan saya (bukan saya train), syukri, mungkin ramai yg kenal, daripada berat hampir 130kg, menjadi mr malaysia dalam jangka masa 6 bulan. daripada sgt gemuk, menjadi sgt muscular dgn detail sixpack, bdn berurat2. 🙂

      1. Will Smith says:

        tapikan kalau kata Atkins ni x sihat, knp eh ramai yg buat Atkins yg follow the rules bila mrk check glukosa dan kolestrol dlm badan menurun? bukankah itu bagus?

        1. aik, ingatkan amik masa yg lama utk membalas sbb membaca entri2 sebelum ini. rupa2 x membaca. :D. tahap kesihatan diukur drpd 5 komponen

          1. kardiovaskular
          2. muscular endurance
          3. muscular strength
          4. body composition
          4. flexibility

          http://strengthsifoo.com/data/entri/

          1. Will Smith says:

            erk yeke? tapi knp doc kat hospital check kesihatan kita guna darah? dan dia tgk paras gula, kolestrol dsb?

          2. Will Smith says:

            saya baca tapi ada ayat2 yg saya kurang faham juga sbb byk ayat2 sains…. sebenarnya saya juga tgh carik gak diet yg seswai…

  4. salam..saya pernah try gak tu pun dlm 3,4 hari sb truja nak kurus..tp bila 2,3 hari rasa mcm merosakkan tubuh je..yela tahap pertama kalau xsilap saya xboleh makan buah..sayur pun kene pilih2 yg rendah carbs..saya ni dah la xminum manis, n kurang makan makanan manis(sejak diet) hanya buah sumber gula untuk badan, roti pun xsilap saya thap pertama atkin xboleh makan…so dlm tmpoh percubaan tu rasa macam menyeksa diri je….memanglah teruja bila tengok orang diet atkins boleh turun mendadak, & pernah follow satu page kt fb yg memang pasal atkins…tp bila difikir untuk kesan jangka panjang,akhirnya saya berhenti dah diet macam biasa,kadang2 memang fed up, kecewa bila berat turun xla seperti yg dijangkakn..n kadang2 xturun..tp alhamdulillah setakat ni ramai ckp dah nampak susut…n masih lg bermotivasi untuk meneruskan diet n exercise, cuma bulan2 puasa ni kurang siktla hehehe pe pun xsabar nak tunggu sambungan entri ni 🙂

    1. :). x perlu tergesa2 nak turunkan bdn. ramai yg x sedar, membina bukan mengambil masa 5 minit, tetiba nak turun dlm masa 5 minit. 😀

      nantikan. tgh plan entri2.

  5. tegap macho says:

    diet yg terbaik ialah diet rasulullah
    1. makan ketika lapar
    2. berhenti sebelum kenyang
    3. minum air 10 min sblm or slps mkn.
    4. kunyahan 41 kali
    5. selalu melakukan puasa sunat..terbaik puasa nabi Daud
    6. banyakkan berlapar dari kenyang
    7. ehh.,….bnyak lagi le katakan

  6. Dato..baru jumpa blog ni semalam..mmg blog yg terbaik dan mudah difahami..saya tak mensasarkan badan yg berketak,fit dan tegap sudah berbaloi..Soalan saya : Soalan 1 : Dah dua bulan saya workout,di gym dan juga di rumah.Hasilnya mmg nampak tanpa guna protien powder..Jika saya nak guna protien powder,apakah protien powder yg terbaik untuk permulaan?Dulu ada guna protien powder tp tak berkesan.Mgkin brand die cap ayam kot..Tq

  7. sedih kan….semasa kita kecil ibu bapa suapkan NASI..dan kini kita tolak Nasi…sedih sangat,kata org tua2 nasi makan habis,klu tidak nasi akan nagis.eee ada benar kata2 ..itu

  8. belum penah dengar dlm dunia ini…NASI PUNCA GEMOKKKKKKKK>>>
    kita hilang nikmat dunia sapa tak makan NASI…

  9. che temah says:

    tp mcm saya. mak sy kalo boleh mmg x bg mkn nasi. huhuhuhu…dia suroh mkn sayor je. bile nmpk sy mkn nasi dia bising2 katenya mcm mane nak kurus kalo mkn nasi? berat sy 121kg. seminggu ni sy try wat diet x mkn nasi dan karbohidrat ni. sy mkn telor je. cume mkn malam sy amek ayam sikit dan sayor. air manis mmg x minom lansung. tp air putih sy ambil lebih dr 3 liter sehari. setiap hari sy bersenam 2 jam. sesi pagi 1 jam, sesi ptg 1 jam. alhamdulillah, bile timbang turun 3kg. ade kah cara diet sy betul?

    1. ramai dah set dlm mind, nasi menggemukkan. suruh dia baca strengthsifoo.com :D. gantikan dgn spagetti ke. dgn berat 121kg, pemakanan camtu mmg akan menyebabkan catabolic. bdn akan drop, tp lemak sgt susah.

      1. che temah says:

        oh. mcm tu ke? hurm, bermakna saya kena tukar menu la ye. harap2 dato dpt membantu, sbb sy mmg x tau mcm mana nak mula kan diet yg betul. tq.

  10. hye.sbelum ni sy amalkn atkins,.then ramai yg cakap kburukannya,dan sy pun sedar dgn kpntingan carbs tu sndri..sy amalkan dalam sbulan lebih,tp takde la straight sgt,wlopun ada pnurunan berat tp sy masih risau tntg kesan jangka panjang.sy nak mula diet rendah kalori mcm rmai org amalkan,adakah sy prlu trus berhenti dan mulakan trus diet rndah kalori,tak de kesan pada badan ke.sy pempuan,berat 85 kg.harap ada maklum balas.

  11. John Cena says:

    Atkins & Darwin. sama gila dan sewel tp dlm bidang yg berlainan. tp yg plg sewel org yg mengikut dan percaya. adoi.. rosak2.. diet nabi adalah yg sebaik2 nya jika dikaji..

  12. elok lah tu…low calorie vs low carbo…last2 yg high…body weight…he..he..terpulanglah nak ikut yg mana…tepuk perut tanya akal….

  13. fizaamani says:

    Kawan saya disahkan mengidap penyakit gout setelah 2 bulan amalkan atkins diet dan juga kolesterolnya sangat tinggi. saya dah bagitau dia tentang bahanya atkin ni tapi dia tak dengar, nak buat mcm mana.

  14. akak sudah buat atkins dekat 20 tahun. i was in u.s before , diperkenalkan oleh seorang rakan yang bekerja di hospital di u.s.
    so far, alhamdoulilla, sampai hari ni akak masih mengamalkan atkins fasa 4, akak semakin sihat. umur akak 52 tahun.

  15. pada pendapat Dato, Diet Kevin Zahri selamat tak?

Leave a Reply to A.Alias Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: