Autisme Tidak Menghalang Tom Stoltman daripada Menjadi Juara Strongman!

Tom Stoltman merupakan juara World's Strongest Man 2021 dan 2022

Autisme ialah superpower! – Tom Stoltman

Tom Stoltman dari Scotland merupakan juara World’s Strongest Man bagi tahun 2021 dan 2022.

Tom Stoltman didiagnos dengan autisme pada umurnya lapan tahun. Autisme ada pelbagai jenis. Ada yang susah untuk bersosial, lagi-lagi dari segi percakapan di hadapan khalayak.

Ada yang susah untuk belajar, membaca dan menulis. Ada juga yang melibatkan perlakuan yang berulang, atau dinamakan repetitive behaviour.

Tom Stoltman menghadapi pelbagai masalah dari dalam dirinya sendiri. Dia mendakwa bahasa dia sangat suka untuk belajar, tetapi ia tidak semudah baginya seperti kanak-kanak normal.

Dia juga suka untuk bersosial.

Akhirnya, dia memberitahu ibunya yang dia hendak berhenti pergi ke sekolah. Dia tidak mampu membiasakan diri dalam kalangan orang ramai di sekolahnya.

Dia berkata lagi, sekiranya kawan-kawannya tahu yang dia ada autisme, lagilah mereka tidak mahu berkawan dengannya.

Dia rasa sedih dan murung. Dia susah hendak masuk ke dalam lingkungan orang ramai kerana autisme yang dia ada.

Dia akan mengurung dirinya dalam bilik selama tiga hingga empat bulan. Ibu bapanya akan setiap kali membawakan makanan kepadanya di bilik.

Begitu punya lama dia mengurungkan diri, abangnya Luke Stoltman yang merupakan seorang atlet strongman juga, mengajaknya untuk ke gim melakukan latihan beban.

Tom Stoltman bersama abangnya Luke Stoltman

“Jom ke gim, mana tahu di sana nanti boleh mengubah hidup kau!” Sedikit sebanyak begitulah kata Luke kepada Tom.

Tom ketika itu tiada minat dengan latihan beban. Dia lebih kepada bola sepak bilamana sukan itu lebih sinonim dengan masyarakat kebanyakan, lagi-lagi di Scotland.

Ketika itu juga, Tom dihantui dengan keinginan untuk “membunuh diri”. Lalu, disebabkan ini Luke mengajaknya ke gim untuk mengubah hidupnya.

Akhirnya, Tom berminat dengan latihan beban lalu menjadi atlet strongman yang profesional.

Tom berkata, “Gim telah menyelamatkan hidup saya!”

Sinead, isteri kepada Tom berkata, melalui strongman, Tom telah menjadi manusia yang terbaik berbanding dirinya yang dahulu. Dia sentiasa berkembang dan membangun.

Dulu, dia sangat sukar untuk berkomunikasi di hadapan khayalak. Sekarang, dia harus berkomunikasi di hadapan dunia, bukan orang Scotland sahaja.

Dia kelihatan lebih baik berbanding dahulu. Benarlah, gim telah menyelamatkan dirinya.

Autisme itu merupakan superpower!

Rujukan

  1. Strongman Tom Stoltman Says the ‘Gym Saved My Life’ After Struggles with Autism and Depression. https://people.com/sports/strongman-tom-stoltman-says-the-gym-saved-my-life-after-struggles-with-autism-depression/
  2. Tom Stoltman describes how he beat autism to become world’s strongest man. https://www.wionews.com/trending/tom-stoltman-describes-how-he-beat-autism-to-become-worlds-strongest-man-442239
  3. Tom Stoltman harnesses ‘superpower’ of autism to become the World’s Strongest Man. https://edition.cnn.com/2022/01/03/sport/tom-stoltman-strongest-man-autism-spt-intl/index.html
Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: