Bayi Sukar Tidur Malam

Ramai ibu bapa mengeluh apabila bayinya seringkali sukar tidur malam. Persoalannya, kenapa bayi sukar tidur malam? Ramai beranggapan, bayi itu lapar kerana apabila diberi susu ia senyap dan tidur. Keadaan ini berterusan beberapa kali dalam satu malam dan berterusan mungkin berbulan-bulan. Persoalannya, kenapa? Ada beberapa kemungkinan. Kita tidak boleh terus ke kesimpulan.

“Apabila bayi kurang tidur, badannya akan merembeskan hormon untuk rasa lapar. Kurang tidur juga mempengaruhi keupayaan badan memetabolismekan gula dan seterusnya meningkatkan risiko diabetes. Kurang tidur juga boleh menyebabkan kemerosotan imunisasi badan. Kurang tidur juga mungkin merencatkan perkembangan otak bayi.”

Tidur Normal Kanak-Kanak

Usia 1 – 4 bulan : 14.5 – 15.5 jam sehari
Usia 4 – 12 bulan : 14 – 15 jam sehari
Usia 1 – 3 tahun : 12 – 14 jam sehari
Usia 3 – 6 tahun : 10.5 – 12 jam sehari
Usia 7 – 12 tahun : 10 – 11 jam sehari
Usia 12 – 18 tahun : 8 – 9.5 jam sehari

Kenapa?

Sebahagian besar masalah bayi sukar tidur adalah disebabkan alergi atau hipersensif terhadap nutrisi. Dalam perubatan, ia dipanggil Food Allergy Insomnia. Ada juga yang hanya klasifikannya sebagai Insomnia. Masalah ini sering terjadi pada bayi dan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.

Bayi menangis malam, sukar tidur

Tanda-tanda Gangguan Tidur

• Menangis seolah-olah meminta susu. Apabila diberi susu, ia diam dan tidur.
• Sukar tidur apabila dibaringkan di atas tilam, tetapi boleh tidur apabila digendong.
• Bayi tiba-tiba menangis dan menjerit ketika tidur.
• Terjadi beberapa kali dalam satu malam.
• Sering terjadi dan berlarutan lagi-lagi ketika di bawah usia 3 bulan.

Tanda-tanda Gangguan Salur Pencernaan

• Sering muntah, gastrooesephageal refluks.
• Kembung.
• Sering tersengguk, hiccups.
• Sering kentut atau berak terutama pada waktu malam.
• Sering gelisah, dengan tangan bergerak-gerak.
• Kegelisahan melampau juga mungkin dikaitkan dengan risiko umbilical hernia, scrotalis, inguinal.
• Air liur berlebihan.
• Lidah atau mulut sering timbul putih, bibir kering.

Bayi menangis

Masalah alergi juga mungkin disebabkan masalah lain seperti:

Kulit sensitif. Sering timbul bintik merah terutama di pipi, telinga, dan sekitar punggung. Mata, telinga dan sekitarnya sering gatal.
Kuning atau Jaundice. Kebiasaannya, kuning menyebabkan bayi lemah dan terlebih tidur, tetapi ada juga kes sukar tidur.
Napas berbunyi atau bronchial hypersecretion. Pernafasan tersumbat juga boleh menyebakan bayi sukar tidur.
Mulut hipersensitif. Lidah sering timbul putih. Kekadang sukar dibezakan disebabkan susu atau infection. Bibir kering atau sebahagian menjadi gelap. Penghasilan air liur meningkat.
Sesak nafas. Biasa terjadi pada bayi baru lahir. Terdapat kes paru-paru tidak matang disertai dengan transient respiratory ditress syndrome. Biasanya terjadi apabila lahir kurang daripada 35 minggu kandungan. Bayi seperti ini berkemungkinan berisiko asma.
Hidung sensitif. Selalu bersin dan kotoran hidung banyak. Kepala sering mengadap satu bahagian saja. Dikatakan ‘teleng’ dalam istilah.
Mata sensitif. Mata sering berair dan timbul kotoran mata.
Peluh berlebihan. Perhatikan peluh bayi. Jika berlebihan terutama di dahi.
Berat badan berlebihan atau kurang. Pastikan pertambahan berat berada dalam sekala yang sepatutnya.
Saluran kencing. Kencing berwarna merah atau kuning dengan kehadiran bendasing. Kencing bayi sepatutnya jernih.
• Kepala, telapak tangan atau telapak kaki sering rasa panas.
• Alergi juga mungkin terjadi disebabkan pemberian susu formula daripada lembu.
• Alargi susu ibu. Terdapat juga kes dimana bayi alergi susu ibu sendiri.

Apabila bayi menangis, ia sering dianggap lapar. Mulutnya sering kali mencari tetek atau puting. Disebabkan fenomena lapar tipu ini, berat bayi jadi berlebihan kerana sering kali diberi susu berlebihan.Kursus Kecergasan 2024

Perubahan Perilaku pada Bayi yang Mungkin Terjadi

Gangguan Neuro Anatomi. Bayi mudah terganggu dengan suara-suara luar. Kaki sering diluruskan dan kaku. Apabila menangis, nafas terhenti seketika. Mata sering juling.
Gerakan Motor belebihan. Usia bawah 1 bulan dan boleh memusingkan badan. Using kurang 6 bulan dan sering melihat ke atas. Tangan dan kaki bergerak berlebihan dan tak selesa dibedong. Posisi badannya selalu melengkung ke luar. Bila didukung, tak selesa posisi tidur, lebih suka posisi berdiri atau duduk. Usia lebih 6 bulan apabila didukung selalu minta turun.
Gangguan Tidur. Sentiasa gelisah. Mata sering terbuka pada waktu malam dan tidur dengan mudah pada waktu siang. Usia 9 bulan ke atas, malam sering terbangun atau duduk.
Agresif. Pada usia 6 bulan ke atas, sering memukul-mukul atau menarik rambut orang yang mendukungnya. Sering menarik puting susu ibu dengan gusi atau gigi, menggigit, menjilat tangan dan sebagainya. Pada usia 4 bulan, sering memasukkan sesuatu ke dalam mulut.
Gangguan konsentrasi. Cepat bosan terhadap sesuatu. Bila minum susu sering terganggu perhatiannya.
Emosi meningkat. Sering menangis dan tidak sabar hendak menyusu.
Gangguan motor. Ada kes mungkin tercepat, ada kes terlambat. Pada usia 5 bulan baru boleh memusingkan badan. Pada usia 8 bulan baru belajar merangkak dan sebagainya.
Gangguan percakapan. Lambat belajar bercakap. Mungkin pada usia lebih 2 tahun baru boleh bercakap.
Impulsif. Terlalu banyak senyum atau ketawa.
Menambah risiko ADHS dan Autism. Jika anak tidak ada autism, tidak perlu risau.

Bagaimana mengatasinya?

• Cara terbaik mengatasinya adalah mengelakkan makanan atau minuman yang jadi penyebab.
• Ubat anti alergi diberikan untuk masalah kritikal. Antaranya seperti anti histamine, ketotifen, ketotofen, kortikosteroid serta inhibitor sintesaseprostaglandin. Dapatkan nasihat doktor untuk menggunakan sebarang ubat.
• Pengambilan makanan tambahan atau perubatan tradisional seperti gripe water yang boleh didapati di farmasi. Dapatkan nasihat farmasis sebelum menggunakannya.

Ingat: Sebarang gangguan yang tidak normal, perlu dibetulkan. Jangan dibiarkan.

Bayi nangis, bagaimana mengurangkan

 

Rujukan

Boyle J, Cropley M. Children’s sleep: problems and solutions. J Fam Health Care. 
France KG and Blampied NM. 1999. Infant sleep disturbance: Description of a problem behaviour process.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Bayi Sukar Tidur Malam

  1. Excellent post. I was checking continuously this weblog and I’m impressed!

    Very helpful information particularly the final phase
    🙂 I handle such information a lot. I was seeking this particular info for
    a very lengthy time. Thanks and good luck.

Leave a Reply to All Urdu Fresh News | Daily Urdu Breakin… Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: