Berat Badan Berlebihan Dan Obesiti Jejas Produktiviti?

Tahap berat badan berlebihan (overweight) dan obesiti yang semakin tinggi di kalangan tenaga kerja disertai dengan beban kos tersembunyi akibat kehilangan produktiviti. Artikel kali ini membahas mengenai tahap produktiviti yang terjejas akibat berat badan berlebihan dan obesiti.(1)
Obesiti telah menjadi kebimbangan kesihatan awam di Malaysia dan secara global. Bukan itu sahaja, malahan peningkatan kadar berat badan berlebihan dan obesiti juga menigkatkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari dan strok. Penyakit-penyakit NCD juga menyebabkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.(2)
Artikel di akhbar Berita Harian pada 13 April 2024 melaporkan yang peningkatan masalah obesiti rakyat Malaysia pada kadar 4.7 peratus setiap tahun bakal memberi kesan ekonomi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 2.8 peratus atau RM94.4 juta menjelang 2035.(3)
Seramai 9782 orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas telah dimasukkan dalam kajian ini, mewakili negeri dan wilayah persekutuan daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019. Tambahan, NHMS 2019 mendapati, 50.1 peratus golongan dewasa di Malaysia adalah mengalami kegemukan (adiposity atau overweight and obesity). (3) Ia bermakna, seorang daripada dua dewasa di negara ini mengalami adiposity atau kegemukan.
Peningkatan prevalens berat badan berlebihan dan obesiti juga berkaitan dengan kos tidak langsung akibat morbiditi dan kematian. Kos tidak langsung ditakrifkan sebagai kerugian daripada pengurangan produktiviti kerja akibat ketidakupayaan jangka pendek dan jangka panjang untuk bekerja. (4)
Kursus Kecergasan 2024

Kajian oleh Goettler et al melaporkan yang pendedahan kos yang besar disebabkan oleh kehilangan produktiviti di kalangan pekerja yang mengalami obesiti. Khususnya, obesiti dikaitkan dengan peningkatan risiko kehilangan kerja sementara seperti cuti sakit (ketidakhadiran) dan pengurangan produktiviti semasa berada di tempat kerja (presenteeism). Ia juga dikaitkan dengan kehilangan kerja kekal, termasuk hilang upaya dan kematian pramatang.(4)

Kajian oleh Ishida et al melaporkan mengenai kesan obesiti terhadap penggunaan perkhidmatan kesihatan dan produktiviti kerja adalah lebih besar bagi mereka yang mempunyai persentil yang lebih tinggi berbanding persentil yang lebih rendah. Berat badan berlebihan dan obesiti dikaitkan dengan penggunaan penjagaan kesihatan yang lebih besar, dan kehilangan produktiviti kerja di Australia. (5)
Pencegahan adiposity atau kegemukan diunjurkan menghasilkan keuntungan ekonomi yang besar disebabkan oleh peningkatan kesihatan dan produktiviti. Ini seterusnya menekankan keperluan strategi pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan wabak kegemukan yang semakin meningkat.
Bukan sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia atau pihak yang bekerja dalam bidang kecergasan dan kesihatan, namun semua agensi dan rakyat Malaysia harus berganding bahu untuk mencegah berat badan berlebihan dan obesiti untuk mengurangkan kos ke atas individu dan meningkatkan hasil pasaran buruh tanah air.

 

1. Goettler A, Grosse A, Sonntag D. Productivity loss due to overweight and obesity: a systematic review of indirect costs. BMJ open. 2017;7(10):e014632.
2. Raine KD, Nykiforuk CI, Vu?Nguyen K, Nieuwendyk LM, VanSpronsen E, Reed S, et al. Understanding key influencers’ attitudes and beliefs about healthy public policy change for obesity prevention. Obesity. 2014;22(11):2426-33.
3. Mohd Noh SN, Jawahir S, Tan YRo, Ab Rahim I, Tan EH. The health-seeking behavior among Malaysian adults in urban and rural areas who reported sickness: findings from the national health and morbidity survey (NHMS) 2019. International Journal of Environmental Research and Public Health. 2022;19(6):3193.
4. Neovius K, Johansson K, Rössner S, Neovius M. Disability pension, employment and obesity status: a systematic review. Obesity Reviews. 2008;9(6):572-81.
5. Ishida M, D’Souza M, Zhao Y, Pan T, Carman W, Haregu T, et al. The association between obesity, health service use, and work productivity in Australia: a cross-sectional quantile regression analysis. Scientific Reports. 2023;13(1):6696.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: