Bina Otot Dahulu – Kurus Kemudian

Aiman Radzi - Bina Otot Dahulu - Kurus Kemudian

Setiap orang mempunyai reaksi dan tindak balas kepada sesuatu jenis stimulus latihan yang berbeza. Maksud saya di sini, ada yang akan bina otot dengan cepat, ada yang perlahan. Ada yang cukup latih beberapa minit sehari boleh dapatkan hasil, ada yang kena berjam-jam. Tetapi, konsep latihan pada semua orang adalah serupa.

Di situ juga kita perlu tahu kenapa anda disyorkan untuk bina otot dahulu sebelum risau tentang pengurusan badan. Meskipun anda ingin fokus kepada penurunan berat, anda perlu juga berlatih untuk membina otot. Jangan risau dengan latihan angkat berat, ia mendatangkan banyak faedah.

Kenapa anda patut bina otot dahulu sebelum berfikir tentang menurunkan berat badan? Jom kita lihat alasannya di Strength Sifoo! Selepas membaca, ia adalah hak anda untuk memilih apa yang terbaik untuk anda.

Kursus Kecergasan 2024

Bina Otot Memakan Masa Lama

Berbeza dengan menurunkan berat badan, membina otot memerlukan konsistensi yang lebih dahsyat daripada menguruskan badan. Lagi-lagi kalau individu tersebut tak reti membezakan penurunan berat badan melalui berat sahaja ataupun pembakaran lemak. Ada beza tahu, dari segi menurunkan berat badan (samada turun lemak ataupun turun berat)!

Alasan yang pertama kenapa anda patut bina otot dahulu ialah membina otot akan memakan masa. Kalau anda mula lambat, maka lambat juga hasilnya. Anda patut mula seawal yang boleh untuk membina otot. Kata “membina otot” di sini bukan sekadar bermaksud menjadi abang atau akak sado, tetapi sekadar meningkatkan tona otot pun memadai.

Bina Otot Turut Membakar Lemak

Daripada alasan yang pertama, ia akan terus masuk ke alasan yang kedua iaitu pembinaan otot turut merangsang pembakaran lemak. Kalau anda fokus pada penurunan berat badan (biasanya melalui latihan jogging), anda tidak memberi rangsangan hipertropi otot yang mencukupi. Walhal, latihan bebanan untuk membina otot memberikan stimulus yang secukup rasa untuk membina otot dan membakar lemak. Macam mana ia berlaku?

Kesan ini datang melalui satu fenomena dipanggil afterburn effect. Ramai suka tengok kalori terbakar dengan banyak semasa senaman, dan tidak dinafikan berjogging memang membakar banyak kalori. Tetapi, jika anda pandang jauh, latihan membina otot akan membakar jauh lebih banyak kalori dengan masa latihan singkat. Bagaimana? Ia membakar kalori selama 72 jam selepas habis latihan! Metabolisme badan anda meningkat secara semula jadi dalam jangka masa tersebut.

Bina Otot Lebih Jimat Masa

Membawa kepada alasan kita yang ketiga, iaitu latihan membina otot menjimatkan masa jauh lebih banyak daripada latihan kardio tradisional. Apabila saya sebut latihan kardio tradisional, tak lari maksudnya daripada berjogging (pada pandangan sayalah). Untuk (terus) membakar kalori dengan baik melalui berjogging, anda kena berjogging sekurang-kurangnya 45-60 minit setiap hari. Bagi menandingi jumlah kalori terbakar ini, latihan rintangan hanya perlukan 30 minit (dilakukan secara berintensiti tinggi) tiga-empat kali seminggu sahaja.

Kalau anda rajin, anda boleh main kira-kira untuk tengok berapa minit anda perlukan seminggu dalam setiap latihan yang disebutkan di atas untuk membakar kalori dengan baik. Pucuk pangkalnya, pengurusan berat badan patut bermula dengan latihan membina otot. Pastinya, penurunan berat badan akan menjelang seiring dengan latihan bina otot anda.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

4 thoughts on “Bina Otot Dahulu – Kurus Kemudian

  1. Yes btul tu. Lagi besar otot. Lagi banyak kalori terbakar. Macam saye dulu silap. Diet kurus dulu baru bina otot. Kalori tak cukup. Pastu tak ambil smpelment whey. So otot kecut kena sedut. Sebab belly fat di tubuh saye dah kurang. Buat penat je workout. Sebab kurang energi kalori. Hehee

    1. Ramai pandang goal jarak dekat, tak tengok matlamat jangka masa panjang.

  2. Saya berat 94kg dan ingin menurunkan berat badan disamping membina otot(cutting n fitneses). Bolehkah tuan memberi senarai latihan menggunakan dumbell untuk saya bersenam di rumah kerana kekangan kerja? Mohon jasa baik tuan untuk guide saya..

    1. byk senaman. boleh buat circuit training. setiap 1 stesen buat 1 minit

      contoh;
      shoulder press
      chest press
      squat
      lunges
      bicep curl
      tricep extension
      abs crunch
      plank

Leave a Reply to Ahboy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: