Bolehkah Makanan Proses Diambil Ketika Diet?

Tanggapan Pertama Tentang Makanan Proses
Makanan yang diproses secara amnya dianggap sebagai yang tidak sihat kerana makanan tinggi garam, lemak tepu, asid lemak trans dan gula. Pengambilan makanan ini secara berlebihan dianggap sebagai punca utama peningkatan risiko kesihatan awam di seluruh dunia, seperti obesiti, diabetes jenis 2, kanser dan penyakit kardiovaskular.
Tujuan Makanan Diproses
Makanan secara semulajadi amat mudah rosak dan senang dicemari oleh patogen. Untuk mengawal kerosakan makanan oleh mikroorganisma teknik pemprosesan makan digunakan untuk mengawal pertumbuhan mikrob atau menyahaktif mikroorganisma tersebut dalam produk makanan. Pemprosesan makanan membolehkan makanan lebih selamat dimakan. Antara tujuan makanan proses adalah untuk memudahkan penyediaan, pengangkutan, penyimpanan dalam yang lama dan penjualan kerana lebih menarik. Pemprosesan makanan telah wujud sejak 1.8 juta tahun dahulu.

Klasifikasi Makanan Proses oleh NOVA
Kumpulan 1 – Tidak Diproses atau Minima Proses

Kumpulan 2 – Diproses Dengan Memasak
Makanan dimasak dan ditambah bahan seperti garam atau makanan-makanan yang diestrak seperti minyak, tepung, gula, cuka. Bukan makanan yang dimakan secara terus.

Kumpulan 3- Makanan Diproses Sederhana
Makanan-makanan yang diproses seperti makanan dalam tin, keju, yogurt.
Kumpulan 4- Makanan Terproses Tinggi
Makanan yang diformulasi, kebanyakannya terhasil daripada satu siri proses perindustrian banyak yang memerlukan peralatan dan teknologi tinggi seperti makanan ringan , daging yang diolah seperti nugget, sosej, burger, pizza. Juga menggunakan bahan tambahan seperti pewarna tiruan, perisa, penambah rasa, pengemulsi, pemekat, dan pemanis tiruan untuk menjadikan produk akhir lebih sedap .

Cara mengambil makanan proses
- Makan makanan yang biasa dimakan seperti jika sebelum diet makan nasi/roti putih, mula diet teruskan makan nasi/roti putih supaya kita tidak stress. Menukar segala menu hanya menyukarkan perubahan tabiat pemakanan kerana kita sukar bertahan dengan sesuatu yang ekstrim.
- Pilih makanan proses dari kumpulan 1 hingga 3 (minima proses) seperti pasta atau mi/bihun yang kita akan masak sendiri, bukan mi/bihun segera.
- Baca label nutrisi, pilih yang kaya nutrisi yang membantu mencukupkan keperluan nutrisi harian seperti susu segar, kekacang, yogurt, tauhu, tempe.
- Baca kandungan sodium dan gula tambahan. Hadkan pengambilan sodium sebanyak 5g dan gula 10% dari jumlah kalori mengikut saranan dari WHO.
- Pelbagaikan menu supaya kita mendapat pelbagai manfaat dari kepelbagian dan mengelakkan jemu menu sama. Boleh pilih antara oat, bihun, pasta, mee, roti dan sebagainya.
- Elakkan makanan dari kumpulan 4 terutama manisan seperti coklat atau gula-gula dari sukrosa (gula putih) dan fruktosa (dari high fructose corn syryp) dan makanan yang mengandungi hydrogenated oils seperti marjerin, vegetable shortening, susu pekat manis.
KESIMPULAN

AKRONIM
WHO
NOVA
NCD
World Health Organization
Novel approach to food categorization
Noncommunicable diseases